Golok

Anak Ditembak 8 Das Di Golok. Ini Luahan Pilu Si Ibu.

“Rutin arwah setiap kali mahu kembali ke Golok, dia akan peluk cium saya dan bapanya.”


 

PASIR MAS: “Saya sedih mengenangkan arwah anak saya dijangka menimang cahaya mata pertama bulan depan iaitu pada hari kelahirannya. Namun, dia pergi buat selama-lamanya meninggalkan isteri sarat mengandung,”. Kata Zaiton Abdul Rahman, 64, ibu kepada Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang maut ditembak di Golok, Thailand, malam tadi.

Lebih menyedihkan, anak keempat daripada enam beradik itu baru pulang ke rumahnya di sini pada Khamis lalu sebelum kembali ke Golok pada jam 3 petang semalam.

Artikel berkaitan : Ini Cerita Ibu Mangsa Tembak Di Golok.

“Rutin arwah setiap kali mahu kembali ke Golok, dia akan peluk cium saya dan bapanya.

“Selepas enam jam anak kembali ke Thailand dalam keadaan sihat. Siapa sangka saya menerima panggilan memaklumkan anak meninggal dunia akibat ditembak.

“Malah hasrat arwah Mohd Fuad untuk melihat anak sulungnya pada bulan depan juga tidak kesampaian,”. Katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Pesara guru itu berkata, anaknya berkahwin dengan menantu, Wan Fatihah Mat Husin, 35. Dari Rantau Panjang dua tahun lalu.

“Selepas berkahwin anak berulang alik tinggal di Pasir Mas dan Golok memandangkan besan saya tinggal di Golok. Jadi anak tinggal di sana sambil berniaga beg dan jualan batu permata secara dalam talian.

“Boleh dikatakan sekurang-kurangnya dua kali seminggu arwah akan pulang ke rumah keluarga di sini memandangkan suami saya sakit dan terlantar.

“Menantu juga menjalani pemeriksaan kandungan di sini dan sepatutnya pada Selasa ini. Dia pulang semula kerana menantu perlu berjumpa doktor pakar.

“Saya tidak sangka pelukan kami semalam adalah yang terakhir. Tiada tanda pelik ditunjukkan arwah dan kami berborak seperti biasa sambil memaklumkan akan pulang semula pada esok. Apa yang berlaku sangat mengejutkan, namun saya reda dengan ketentuan Allah,” katanya.

Zaiton berkata, jenazah anaknya dijangka dibawa pulang selepas Zohor dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Lubuk Surau di sini.

“Anak saya sejak kecil seorang yang tegas, namun tidak menyangka hayatnya berakhir begini,” katanya.

Sumber : BH

Share.
Leave A Reply