Pesakit Jumpa Doktor Nak Ubat Kurus Cepat. Apa Jadi Seterusnya Buat Ramai Sedih. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS: Dalam dunia perubatan, tidak semua pesakit datang untuk mencari rawatan ada yang datang membawa ego dan keyakinan. Bahawa mereka lebih tahu daripada doktor sendiri.

Kisah benar yang terjadi kepada seorang Doktor ini kami kongsikan agar dapat dijadikan peringatan buat kita semua, bahawa ilmu tanpa adab boleh membawa padah. Kesihatan bukan sesuatu yang boleh diperjudikan dengan kesombongan. Ikuti Kisah Di bawah.
PERKONGSIAN DOKTOR SAFWAN
Hari ini saya ingin bercerita berkenaan dengan seorang pesakit yang dikatakan lebih cerdik daripada doktor. Semoga kisah ini menjadi teladan kepada pesakit lain di luar sana.
Satu pagi saya dihadiri oleh seorang pesakit yang dikatakan ada pengaruh di bandar ni. Sampai di klinik sahaja, pesakit itu terus request dengan staff kaunter untuk berjumpa dengan Dr Safwan.
Tanpa senyum dan dengan nada yang agak tegas, beliau cakap minta doktor panggil dia cepat sedikit sebab dia ada meeting penting nak kena attend.
Jadi staff tersebut terus masuk bilik saya dan inform berkenaan dengan issue ni. Saya terus skip beberapa pesakit sebab ingatkan ada perkara serius dan urgent
Apabila beliau masuk, saya bagi salam dan senyum seperti saya menyapa kebanyakkan pesakit lain. Tapi beliau nampak agak sedikit serius dan tidak senyum.
Dalam hati saya, beliau mungkin sakit. Jadi tidak dapat ukir senyuman balas kepada saya.
Duduk sahaja di kerusi, beliau terus berkata. “Saya dengar kata, klinik ni dapat bantu pesakit untuk turun berat baran. Sebab tu saya datang ke sini”.
Saya terus jawab “InsyaAllah, saya boleh bantu sebaik saya”.
Kalau nak kurus secara sihat, Primer Cherang Clinic ada caranya. Boleh call 011 1161 1805 atau terus WASAP (LINK) untuk detail. Kami akan guide sampai jadi.

DOKTOR NI USTAZ KE TOK IMAM
Sebelum saya cerita tentang rawatan yang ada, saya biasanya akan tanya beberapa soalan.
Soalan pertama ‘Apakah tujuan utama pesakit saya ingin turunka berat badan?’
Adakah kerana penampilan atau kecantikan semata-mata? atau menurunkan berat badan untuk sihat dan mengelakkan masalah penyakit 3 serangkai?
Sekiranya pesakit saya baritahu ingin kurus semata mata untuk cantik sahaja. Saya akan terus minta pesakit betulkan niat. Kerana niat itu akan menentukan rawatan kita mendapat pahala atau dosa.
Nak tahu apa jawapan pesakit saya kali ni?
“Doktor ini USTAZ ke TOK IMAM???”
Allah. Tergamam saya seketika. Perasaan marah campur geram pun ada, tapi saya tetap bersabar. Dia nampak saya agak sedikit lain, tapi dia terus desak untuk saya ceritakan ubat ubat dan pakej yang ada.
Baru bukak mulut tentang ubat makan dan suntikan yang ada di klinik kami, beliau terus potong. “SAYA NAK UBAT YANG PALING CEPAT. SAYA NAK KURUS CEPAT. DAH MACAM MACAM CARA SAYA BUAT. SEMUA GAGAL.” Kalau dengan Klinik Ni pun gagal, saya nk potong je la usus saya.
Kali kedua dia buat saya terdiam. Dalam hati saya, agak sukar utk bantu pesakit ni. Sebab dia dah “set mind” dia nak kurus cepat, nak hasil sekelip mata. Dia tak faham yang obesity ini adalah penyakit yang kita kena rawat secara berpanjangan.

BARU BERCERITA TENTANG UBAT
Baru mula bercerita berkenaan suntikan semaglutide dan suntikan Tirzepatide (mounjaro). Saya baru cerita fungsi ubat, dia dah tanya pasal dose. Saya cerita yang biasanya start dengan dose rendah, selepas satu bulan penggunaannya, baru kita naikkan dose yang seterusnya.
Dia hentak meja saya. Dia cakap, “Doktor ini pekak ke? SAYA CAKAP SAYA NAK KURUS CEPAT!! SAYA BUKAN NK TUNGGU SEBULAN BARU NAK KURUS, NAK ADJUST ADJUST DOSE BAGAI. BAGI JE LA DOSE PENUH. APE MASALAH DIA.”.
Haishhh. Speechless saya.
Saya cakap dekat dia, “Kalau macam tu, saya memang tak mampu nak rawat dia”. Saya bukan doktor menjual barang atau service untuk duit dia.
Kami nak rawat yang terbaik dan paling selamat. Saya minta dia balik atau pergi cari tempat lain yang dia boleh arah doktor ikut suka rasa dia dan consultasi saya pun tak perlu bayar. Saya bagi percuma sahaja. Dia dengan selamber keluar bilik saya tanpa rasa bersalah. Jeng otak saya rasa masa tu.

NAK TAHU APA JADI SELEPAS HARI ITU
Beberapa hari selepas itu, dia datang semula ke klinik saya. Dia datang dalam keadaan muntah teruk, naik kerusi roda, kering bibirnya dan rasa nak pitam.
Saya tanya dia, “kenapa jadi macam ni? “. Dia cakap, dia beli ubat suntikan diet ( nama ubat dirahsiakan) melalui kawan dan cucuk ubat itu dengan dose yang penuh tanpa fikir panjang.
Tak sampai 2 jam selepas cucuk, dia terus muntah, cirit birit sampai lembik. Satu malam tidak dapat tidur akibat daripada suntikan tersebut. Haishhh, kesian dia.
Saya hanya mampu mendengar. Nak cakap lebih takut nanti tersilap kata lagi. Dalam hati hanya berdoa agar tidak keluar kata-kata dari mulut saya yang akan menyakitkan hati dia.
Saya nak refer dia ke hospital tapi dia tak nak sebab malu. Jadi saya cucuk ubat gastrik, bagi ubat terbaik untuk kurangkan acid dalam perut, ubat angin, ubat vertigo dan ubat tahan muntah. Kali ni nampak lembut je cakapnya, bahasa pun sopan. Dalam lembik-lembik pun sempat senyum kepada USTAZ depan mata dia ni. Haishhh. Dunia ni mmg kejam la.

Kisah ini bukan untuk memalukan sesiapa, tetapi sebagai peringatan buat kita semua. Jangan sesekali bermain dengan ubat atau rawatan tanpa ilmu dan bimbingan yang betul.
Kesihatan bukan sesuatu yang boleh dirunding dengan ego. Kadang, ubat sebenar bukan pada jarum atau pil, tapi pada kesabaran dan keikhlasan kita untuk mendengar nasihat yang benar.
Kalau nak kurus secara sihat, Primer Cherang Clinic ada caranya. Boleh call 011 1161 1805 atau terus WASAP (LINK) untuk detail. Kami akan guide sampai jadi.
Sumber : Thread @safwansaifudin



