Suami Ditembak Sehingga Habis Peluru. Ini Cerita Isteri Mangsa Ditembak Di Sungai Golok.
“Sebaik terkena beberapa das tembakan, suami terus rebah dan saya memeluknya dalam keadaan berlumuran darah.”
Pasir Mas: ‘Pembunuh sangat kejam apabila menembak suami bertalu-talu. Saya yang melihat suami rebah terus memeluknya, namun pembunuh masih melepaskan tembakan sehingga habis peluru.”
Demikian luahan Wan Fatihah Mat Husin, 35, iaitu isteri kepada Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 35, yang maut ditembak di Sungai Golok petang semalam.
TERKENA 18 DAS TEMBAKAN
Wan Fatihah yang sarat mengandung itu mendakwa. Suaminya terkena 18 das tembakan selepas pemeriksaan dibuat di hospital dan kejadian itu didalangi dua individu.
Menceritakan kejadian tragik itu, beliau berkata. Ketika kejadian dia dan suami sedang memasang kamera litar tertutup (CCTV) sebelum didatangi dua individu dan melepaskan tembakan ke arah suami dari arah belakang.
“Sebaik terkena beberapa das tembakan. Suami terus rebah dan saya memeluknya dalam keadaan berlumuran darah.
“Namun pembunuh masih melepaskan tembakan sehinggalah peluru habis, barulah mereka melarikan diri dengan kereta.
“Akibat kejadian itu, suami mengalami kecederaan parah dan peluru mengenai leher, badan dan dada,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Jelasnya, sebaik suami dibawa ke hospital. Doktor yang merawat memaklumkan suami terkena 18 das tembakan sebelum disahkan meninggal dunia jam 9 malam.
“Saya terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku kerana kejadian ini berlaku di depan mata saya sendiri,” katanya.
Terdahulu, seorang peniaga rakyat Malaysia meninggal dunia selepas ditembak individu dikenali di kediamannya di Sungai Golok, petang semalam.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok jam 9 malam waktu Malaysia.
JENAZAH SELAMAT DIKEBUMIKAN
Jenazah lelaki yang maut ditembak di Sungai Golok, petang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Apam, Apam Putra, jam 2.30 petang tadi.
Mangsa, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, disemadikan dengan dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga, rakan serta penduduk kampung.
Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Kubur Besar, Sungai Golok. Sebaik selesai proses bedah siasat di Hospital Golok sebelum dibawa ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, jam 11.30 pagi, untuk dibawa pulang ke rumah keluarganya di Kampung Kepas Apam.
Media hari ini melaporkan, Mohd Fuad Fahmie mengalami kecederaan parah selepas ditembak sebanyak lapan das oleh seorang lelaki sejurus berlaku pertengkaran pada jam 6.40 petang semalam, dibawa ke Hospital Sungai Golok untuk rawatan lanjut.
Sumber : HM




