Anak Cerita Jumpa 2 Wanita Dalam Mimpi. Identiti Mereka Mengejutkan Ibu.
“‘Kakak’ tu seorang dah besar, tinggi dan putih. ‘Kakak’ seorang lagi kecil je, rambut pusing-pusing”
Kadang-kadang, Allah hadirkan rindu dengan cara yang tak disangka. Bukan melalui gambar atau kenangan, tapi melalui mimpi seorang anak kecil yang suci hatinya.
Begitulah yang terjadi kepada seorang ibu, apabila anak lelakinya, Khaleeq, tiba-tiba menceritakan tentang dua orang “kakak” yang datang menemuinya dalam mimpi. Baca kisah Selanjutnya.
Pernah satu hari bangun pagi, anak sulung aku beritahu, “ibu, Khaleeq mimpi dua orang ‘kakak’. Seorang ‘kakak’ ni putih dan seorang ‘kakak’ lagi rambutnya pusing-pusing (kerinting).
Aku pun terus tanya Khaleeq, Siapa ‘kakak’ tu? Khaleeq kenal ke?
Dia balas, Khaleeq tak kenal, tapi ‘kakak’ itu ajak Khaleeq pergi main di pantai. Aku tetap tak puas hati dan soal lagi, ‘kakak’ tu dari rumah Nenna (panggilan Nenek sebelah suami) ke? Dia jawab, bukanlah ibu, ‘kakak’ tu dari rumah tok ama (panggilan nenek sebelah aku).
AKU DAH BOLEH TAHU
Aku soal lagi, Kak icha ke? (sepupu Khaleeq). Jawab dia bukan. Habis tu siapa? Aku dah merinding sebab jauh di sudut hati aku, aku tahu siapa ‘kakak’ tu. Mustahil!!, dia tidak pernah jumpa ‘kakak’2 itu sepanjang hidup dia.

‘Kakak’ tu seorang dah besar, tinggi dan putih. ‘Kakak’ seorang lagi kecil je, rambut pusing-pusing, Khaleeq ulang statement tadi. Aku terus soal nama ‘kakak’2 tu, jantung aku laju time ni. Khaleeq jawab, nama dia Hawa, lagi seorang Khaleeq lupa la ibu. Nama dia macam Hayah.
Aku terus macam kena renjatan terus sambung seorang lagi nama Hidayah kan?. Dia terus, eh macam mana ibu tahu? Mata aku terus berair, itu kakak dan adik kandung akuyang dah tiada, penghuni Syurga. Kakak aku meninggal time bersalin dan adik aku meninggal masa 4 bulan.
‘Kakak’ tu nak apa dari Khaleeq? soal aku. Dia ajak pergi rumah dia tapi Khaleeq tak nak sebab Khaleeq dah ada rumah sendiri.
Aku cuma boleh cakap dekat Khaleeq, kalau Khaleeq jumpa lagi dengan ‘kakak’ tu lagi, jangan ikut sekarang sebab ibu masih ada dengan Khaleeq kat sini (ibu belum sedia).

Aku cerita pada mak dan adik beradik aku, semua speechless. Cuma ayat mak aku yang aku ingat, “betul, Hidayah sangat putih. Alhamdulillah dia dah besar kat sana. Hawa pula memang lahir kecil sebab dia sakit, memang rambut dia kerinting. Alhamdulillah, cucu tok ama jumpa anak-anak tok ama.

Tidak ada perpisahan dalam kasih sebenar. Yang pergi hanya jasad, bukan cinta. Mungkin Allah izinkan mimpi itu sebagai tanda, bahawa di alam sana, mereka sedang membesar dalam damai, menunggu masa untuk bertemu kembali.
Sumber : Thread eliyarzb




