Golok

Ini Cerita Ibu Mangsa Tembak Di Golok.

“Saya terkejut apabila mengetahui kejadian itu namun reda dengan ketentuan Allah.”


 

Pasir Mas: Rakyat Malaysia yang parah ditembak individu dikenali di rumahnya di Golok, Thailand. Meninggal dunia malam tadi.

Mangsa, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33. Meninggal dunia jam 9 malam selepas mengalami kecederaan parah.

Mangsa yang berasal dari Kampung Kepas Apam. Mengalami kecederaan parah akibat terkena lapan das tembakan.

Ibu mangsa, Zaiton Abdul Rahman, 64, berkata. Dia dimaklumkan oleh menantunya, Wan Fatihah Mat Hussin, 35, jam 9 malam tadi.

REDA DENGAN KETENTUAN ALLAH

Katanya, dia dimaklumkan mengenai kes tembakan jam 8 malam sebelum mendapat panggilan sekali lagi jam 9 malam mengatakan anaknya sudah meninggal dunia.

“Saya terkejut apabila mengetahui kejadian itu namun reda dengan ketentuan Allah. Jenazah anak akan dibawa pulang tengah hari ini,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, mangsa cedera parah selepas ditembak seorang lelaki sejurus berlaku pertengkaran.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Golok dan suspek dikatakan melarikan diri dengan meninggalkan sepucuk pistol di lokasi kejadian.

“Malam tadi menantu saya hubungi sambil menangis. Memaklumkan Fuad Fahmie ditembak di depan matanya oleh individu yang mereka kenali.”

Demikian kata Zaiton Abdul Rahman, 64, iaitu ibu kepada mangsa tembakan, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33. Ketika memaklumkan insiden menimpa anak keempat daripada enam beradik itu di Golok, Thailand.

“Saya kaku apabila menerima panggilan dan menantu, Wan Fatihah Mat Husin, 35. Memaklumkan anak saya ditembak dipercayai lapan das tembakan termasuk di dada.

“Sebaik tiba di hospital menantu memaklumkan keadaan anak saya kritikal dan tidak boleh diselamatkan. Kerana tembakan mengenai organ penting sebelum anak saya disahkan meninggal dunia sekitar jam 9 malam tadi,”. Kata ketika ditemui di kediamannya di Kampung Kepas Apam di sini, hari ini. “Malam tadi menantu saya hubungi sambil menangis memaklumkan Fuad Fahmie ditembak di depan matanya oleh individu yang mereka kenali.”

Demikian kata Zaiton Abdul Rahman, 64, iaitu ibu kepada mangsa tembakan, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, ketika memaklumkan insiden menimpa anak keempat daripada enam beradik itu di Golok, Thailand.

SUSPEK DIKENALI MANGSA

Zaiton berkata, individu yang menyerang anaknya itu memang dikenali oleh anak serta menantunya.

“Kejadian berlaku di rumah anak saya di Golok apabila dia datang menyerang sebelum melepaskan tembakan ke arah anak saya.

“Sebelum ini pun kediaman anak saya sudah diberi tembakan amaran beberapa bulan lalu dipercayai oleh individu sama kerana tidak berpuas hati dengan arwah.

“Arwah pernah bercerita mengenai lelaki itu yang tidak puas hati dengannya. Ada yang mengaitkan unsur hutang namun kisah sebenar adalah anak saya tidak berhutang dengan dia.

“Sebaliknya dia yang menipu duit menantu saya sebanyak RM2,000 namun anak saya sudah menghalalkan wang berkenaan, namun masih timbul isu tidak puas hati,” katanya.

Menurutnya, anak dan menantunya berniaga beg dalam talian selain menjual batu permata.

Terdahulu media melaporkan, rakyat Malaysia parah ditembak di sebuah rumah jam 6.40 petang semalam disahkan meninggal dunia jam 9 malam tadi.

 

Sumber : HM

Share.
Leave A Reply