Ingat Bunyi Mercun, Rumah Ketua Kampung Ditembak Oleh Lelaki Tidak Dikenali | BAGAN SERAI – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila bunyi letupan yang disangkakan mercun rupanya merupakan bunyi tembakan dilepaskan oleh seorang lelaki tidak dikenali di hadapan pintu pagar rumahnya di Taman Muhibbah, Kuala Gula di sini kira-kira pukul 2.50 pagi tadi.
Lelaki Bertopeng Di Luar Rumah Pegang Pistol
Wanita yang enggan dikenali itu berkata, sebaik mendengar bunyi tersebut, dia segera ke tingkap bilik tidurnya untuk melihat sekiranya terdapat individu yang bermain ‘mercun’ di luar rumahnya.
“Menerusi tingkap itu, saya nampak seorang lelaki yang memakai topeng muka di luar hadapan pintu pagar sambil memegang sepucuk pistol dan melepaskannya secara rambang ke arah rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Mengulas lanjut, menurutnya, dia segera mengejutkan suaminya yang sedang tidur dan memberitahu tentang apa yang telah berlaku.
Ibu kepada empat orang anak itu menegaskan, dia bersama suaminya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa sebelum ini.
“Suami saya menternak kerang di Kuala Gula dan dia (suami) baharu sahaja dilantik sebagai ketua kampung di kawasan ini. Kami sekeluarga tidak pernah bermusuh dengan sesiapa dan tidak pernah terlibat dalam sebarang bentuk pinjaman dengan ah long,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan dari pemilik rumah berusia 56 tahun itu.
Terdapat Bunyi Letupan Dan Kesan Tembakan
“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati, mangsa yang tinggal bersama isteri dan empat orang anaknya telah terdengar bunyi letupan di luar rumah. Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan tembakan pada kereta, motosikal serta pintu cermin rumah mangsa,” katanya.
Menurut Mohd. Yusri, hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Forensik D10, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah mendapati beberapa kesan tembakan telah dilepaskan.
“Dijumpai lima kelonsong peluru kaliber 9 milimeter (mm) di tempat kejadian. Hasil siasatan juga mendapati, suspek adalah seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah rumah mangsa,” katanya.
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Seorang Lelaki M4ut Ditembak Tiga Individu Di Kedai Aksesori Telekomunikasi
SUBANG JAYA – Seorang lelaki maut ditembak oleh tiga individu tidak dikenali dalam kejadian di sebuah kedai aksesori telekomunikasi di Jalan PJS 11/28, Bandar Sunway, di sini tengah hari kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.35 petang itu, mangsa berusia 32 tahun, mempunyai rekod jenayah samun serta curi disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Serdang.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan awal mendapati, mangsa didatangi tiga lelaki bangsa tidak pasti yang masuk ke dalam premis berkenaaN.
Menurut beliau, dua daripada tiga suspek berkenaan melepaskan tembakan ke arah mangsa.
“Tembakan itu menyebabkan mangsa terlantar dalam keadaan berdarah akibat kesan tembakan. Satu laporan polis dibuat seorang lelaki mengenai kejadian tersebut sebelum pihak kami tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Wan Azlan, pihak forensik hadir ke tempat kejadian dan menemui dua kelongsong peluru, serpihan peluru dan anak peluru (masing-masing satu).
“Selain itu, dua swab darah dan sepasang selipar di temukan di tempat kejadian. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh,” jelasnya.
Dalam pada itu, kata beliau, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut supaya tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis melalui Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya ditalian 03-78627100.
“Atau boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Ahmad Faizal Shaikh Ab. Rahim di talian 019-7506606. Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.
Sumber : KMN
BACA JUGA :
2 Penyamun Berparang M4ut Ditembak Polis Sebelum Sempat Pecah Masuk Rumah | Kuala Lumpur: Dua penyamun bersenjatakan parang maut ditembak polis sebelum sempat memecah masuk sebuah rumah di sekitar Lorong Jintan, Taman Supreme, Cheras di sini, awal pagi tadi.
Difahamkan, dalam kejadian 3.30 pagi itu polis menerima maklumat awam berkaitan pergerakan mencurigakan empat lelaki disyaki warga asing di kawasan berkenaan.
Susulan itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang sedang membuat rondaan diarahkan membuat pemeriksaan di lokasi terbabit.
Tiba di lokasi, empat penyamun dianggarkan berusia antara 30-an ke 40-an itu cuba menyerang anggota polis menggunakan parang.
Anggota polis yang cuba mempertahankan diri terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek dan membunuh dua daripada mereka, manakala dua lagi suspek melarikan diri.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya menemui beberapa peralatan dipercayai untuk kegiatan pecah rumah termasuk pemotong besi dan parang.
“Buat masa ini kita sedang siasat pembabitan mereka. Selepas kita buat siasatan lanjut dan kenal pasti identiti mereka baru kita boleh tahu siapa dia (suspek) dan kaitkan dengan kes-kes lain.
“Kita dapat maklumat kemungkinan besar mereka ini empat orang… dua melarikan diri guna sebuah kereta dengan nombor plat palsu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.
Menurutnya, siasatan awal tidak menjumpai sebarang senjata api pada kedua-dua suspek terbabit.
Katanya, usaha mengesan saki-baki suspek yang dipercayai warga asing itu sedang giat dijalankan.
Sumber: KMN