(VIDEO) 2 Rakan Cemas Diganggu Lelaki Ketika Beriadah, Minta Dipanggil Abang | PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi detik-detik cemas dia dan rakannya diganggu seorang lelaki semasa beriadah di sebuah taman rekreasi.
Duduk sebelah sambil pandang-pandang
Menerusi pautan klip video yang dimuat naik @S0ftiexrin di akaun TikTok miliknya memaparkan, seorang lelaki duduk di sebelah mereka sambil memandang ke arah mereka berulang kali dan cuba berbual.
@s0ftiexrin ladies out there, please be careful. mohon teliti dengan apa yang jadi disekeliling. banyak manusia yang tua atau muda kadang takde otak approach stranger, tambahan lagi paksa kita ikut kehendak dia. kita di dunia yang tak lepas dari perkara ni. jangan provoke, handle it softly supaya orang macamni tak guna kekerasan. save yourself first ! so many predators out there wearing a kind innocent mask. please don’t get fooled. #spreadawareness #stranger #malaysia #foryoupage
“Lelaki itu dah perhati kita orang dan semasa kawan baik saya nak hantar basikal. Dia tengok dua kali,” katanya.
“Lelaki tersebut juga meminta mereka supaya memanggilnya abang kerana mendakwa belum berkahwin.
“Ada ‘part’ yang lupa nak rakam, tapi dia tanya duduk dekat mana dan dia cakap ‘jangan panggil pakcik, panggil abang, belum kahwin lagi,” ujarnya.
Ajak bergambar
Tidak lama selepas itu, lelaki terbabit bertindak lebih berani apabila cuba memaksa mereka untuk bergambar dengannya.
Bagaimanapun, lelaki tersebut dilihat beredar daripada kawasan itu setelah ajakannya untuk bergambar ditolak.
Justeru, dia menasihati wanita di luar sana supaya lebih berhati-hati dalam menjaga diri apabila berada di luar rumah.
“Ladies out there, please be careful (wanita di luar sana, tolong berhati-hati). Mohon teliti dengan apa yang jadi di sekeliling.
“Banyak manusia yang tua atau muda kadang tiada otak ‘approach stranger’, tambahan lagi paksa kita ikut kehendak dia.
“Kita di dunia yang tak lepas daripada perkara ini. Jangan ‘provoke’, ‘handle it softly’ supaya orang macam ini tak guna kekerasan,” ciapnya.
Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih daripada satu juta tontonan dan 78,200 tanda suka.
Sumber: Kosmo
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
[VIDEO] Seorang Wanita Kena Gangguan Seksual Oleh Lelaki Siuman Cium Cermin Kereta
Seorang lelaki kurang siuman ditahan kerana melakukan gangguan seksual ke atas seorang wanita.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa, berkata, penahanan ke atas suspek berusia 21 tahun itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa, 26, semalam.
Selain itu, beliau berkata pihaknya turut mengesan satu video berdurasi 21 saat yang tular di laman Twitter yang menunjukkan perlakuan suspek itu.
Dalam video berkenaan, suspek yang menunggang motosikal bertindak menghentikan kereta mangsa, lalu mencium cermin hadapan kereta mangsa.
“Kira-kira pukul 7 malam di Jalan Kampung Rampangi, pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching telah membuat tangkapan ke atas suspek.
“Turut dirampas motosikal yang digunakan suspek semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menjelas lanjut, Merbin berkata semakan rekod lampau mendapat suspek mempunyai dua rekod berkaitan kes jenayah narkotik dan jenayah harta benda.
Malah, katanya suspek turut didapati mempunyai kad rawatan pakar psikiatri dari Hospital Umum Sarawak dan masih menjalani rawatan susulan.
Sehubungan itu, beliau berkata satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 28 Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Sarawak 1957 dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sumber: KMN