Lelaki Bawa Motosikal Maut Dilanggar Kereta Dan Lori Serentak | GOMBAK – Seorang lelaki maut selepas dilanggar sebuah kereta dan sebuah lori di Kilometer 13, Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2) menghala ke Ampang, di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian pukul 9.30 pagi itu melibatkan sebuah kereta, sebuah lori dan sebuah motosikal.

Kereta dari kanan tukar lorong

Kata beliau, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun berada lorong tengah dari arah Batu Caves menghala Ampang.

“Apabila sampai di tempat kejadian, telah datang sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita tempatan berusia 48 tahun dari lorong paling kanan.

“Pemandu tersebut dipercayai telah mengubah laluan masuk ke lorong tengah dan telah terlanggar bahagian hadapan sebelah kanan motosikal tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noor Ariffin, akibat daripada kemalangan itu, mangsa telah terseret bersama motosikalnya ke lorong kiri dan telah dilanggar oleh sebuah lori.

“Lori tersebut dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun ketika berada di lorong kiri jalan,” ujarnya.

Meninggal dunia tempat kejadian

Ariffin berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Selayang.

“Pemandu kereta dan lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya.

Sumber: Kosmo

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Lelaki Bawa Motosikal M4ut Kemalangan Dilanggar Kereta Vios | KUALA PILAH – Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar sebuah kenderaan yang masuk persimpangan secara tiba-tiba di kilometer sembilan, Jalan Kuala Pilah – Batu Kikir, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Mohd Razif Idris, 37, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani berkata, kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun dari arah Taman Jemapoh Indah menghala ke Taman Jemapoh Lama.

“Manakala motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang oleh seorang lelaki berusia 37 tahun dari arah Felda Raja Alias menghala ke Melang.

“Apabila sampai di tempat kejadian, semasa motosikal sedang bergerak terus, tiba-tiba kereta telah masuk ke simpang kanan arah ke Taman Jemapoh Lama secara mengejut dan berlaku perlanggaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Amran, akibat perlanggaran tersebut, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan, manakala pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut beliau, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Penangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kosmo

 

Baca Juga: Kereta Terbabas Ketika Lari Daripada Polis, 3 Individu Cedera Parah | SUBANG JAYA – Tindakan memecut kenderaan untuk melarikan diri daripada pihak polis membawa padah apabila kereta dinaiki sekumpulan individu termasuk kanak-kanak terbabas dalam kejadian di susur keluar Putra Heights, Lebuhraya Elite di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.05 pagi itu, kenderaan polis terserempak dengan kereta dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota polis kemudian mengekori kenderaan suspek sambil membunyikan siren serta menyalakan lampu biru untuk mengarahkan suspek supaya berhenti bagi tujuan pemeriksaan.

“Bagaimanapun, suspek enggan berhenti dan cuba melarikan diri dengan memecut laju kenderaan yang dinaiki sehingga melanggar palang Plaza Tol Seafield menuju ke Lebuhraya Elite,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, kenderaan suspek kemudiannya terbabas ketika melalui susur keluar Putra Heights.

“Pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut dinaiki dua lelaki dan seorang wanita berumur berumur antara 20 hingga 30-an dan seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun.

“Tiga suspek mengalami kecederaan parah kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, semakan dijalankan mendapati kesemua suspek terlibat mempunyai rekod jenayah lampau.

“Salah seorang suspek masih dikehendaki dalam kes dadah di daerah Hulu Selangor.

“Buat masa ini kesemua suspek masih belum ditangkap kerana masih dalam keadaan tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di hospital,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 / 279 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply