Bayi 10 Bulan Mececah Berat 27 kg | Usia seorang bayi lelaki di Indonesia baru berusia 10 bulan, namun beratnya mencecah 27 kilogram (kg).

The Sun melaporkan, berikutan itu, Muhammad Kenzi Alfaro terpaksa dipakaikan dengan baju bapanya.

Bukan setakat itu, Muhammad Kenzi hanya muat memakai lampin bersaiz 3XL.

Rakaman video kanak-kanak itu tular ketika ibunya membantunya duduk di rumah mereka di Bandung, Indonesia.

Pitriah berkata, badan Muhammad Kenzi terlalu besar sehingga kereta sorong bayi tidak cukup kuat untuk menampungnya.

Muhammad Kenzi masih belum boleh duduk atau berdiri sendiri kerana usianya yang masih muda, tetapi terus membesar.

Kanak-kanak itu dikatakan sudah muat memakai baju bapanya yang berusia 41 tahun.

Katanya, badan ayahnya juga kecil. Pakaian ayah hanya muat untuknya, kadang-kadang juga dipakai pada anaknya.

Pitriah berkata, lampin yang mereka beli untuk Muhammad Kenzi tidak ‘cukup kuat’, jadi mereka

menggunakannya ketika bayi itu tidur pada waktu malam untuk menjimatkan wang.

Menurut Pitriah, tidak banyak produk lampin bersaiz 3XL dijual di bandar mereka, jadi Muhammad Kenzi terpaksa memakai lampin bersaiz 2XL, namun lampin saiz itu terlalu kecil.

Ibunya pakaikan Muhammad Kenzi dengan lampin 2XL, kerana lampin 3XL di kedai itu tidak ada.

Selepas meneliti berat kanak-kanak lelaki itu, pekerja kesihatan Indonesia menyediakan rawatan pesakit luar intensif kepadanya.

Muhammad Kenzi dilaporkan sedang menjalani pemeriksaan rutin di Hospital Hermina Bekasi, Jawa Barat, sebagai usaha menurunkan berat badan bayi itu.

Mengikut anggaran, Muhammad Kenzi mempunyai berat yang sama dengan purata kanak-kanak berusia lapan tahun.

Purata berat 16 bulan adalah kira-kira 10 kg meletakkan Muhammad Kenzi 17 kg lebih berat berbanding bayi seusianya.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

Malang Tidak Berbau, Lelaki Berat 275kg Patah Dua Tulang Betis. Ini Puncanya..

Malang Tidak Berbau, Lelaki Berat 275kg Patah Dua Tulang Betis. Ini Puncanya.. Seorang lelaki yang memiliki berat 275 kilogram patah tulang betis selepas tali lif yang dinaikinya putus dalam satu kejadian di Jawa Timur, Indonesia. Baca seterusnya.

Malang tidak berbau! Itulah peribahasa paling sesuai menggambarkan detik cemas yang dilalui seorang lelaki yang memiliki berat 275 kilogram ini selepas tali lif yang dinaikinya putus dalam satu kejadian di Jawa Timur, Indonesia.

Memetik laporan Tribunnews, mangsa yang dikenali dengan nama Dwi Ariesta Wardhana berusia 38 tahun mengalami patah tulang betis selepas lif barang yang dinaikinya terjatuh dari tingkat dua dengan ketinggian sekitar tiga meter pada 7 Mei lalu. Menurut sumber, saat mangsa menekan butang turun, tali lif di bangunan rumahnya itu tiba-tiba terputus dan mengakibatkan mangsa terjatuh sehingga tulang kedua-dua betisnya patah.

Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada ahli keluarga mangsa. Sementara itu, ketua pasukan bomba Kota Malang berkata, misi menyelamatkan mangsa mengambil masa kira-kira tiga jam. Mangsa kemudian segera dikejarkan ke hospital dan menurut sumber, seramai 12 orang anggota bomba termasuk ahli keluarga cuba mengangkat mangsa. Tambahnya lagi, tali webbing berserta papan tripleks setebal 18 milimeter serta kain terpal terpaksa digunakan pasukan penyelamat untuk mengangkat mangsa.

Setibanya di hospital, pasukan perubatan menyediakan dua buah katil untuk meletakkan mangsa bagi rawatan selanjutnya. Menurut sumber, ahli keluarganya yang lain turut memiliki berat badan dalam lingkungan 130kg ke atas. Kesemua mereka dikatakan kerap menggunakan lif tersebut untuk turun dari tingkat dua ke tingkat bawah rumah mereka.

Sumber: OB

Share.

Leave A Reply