Turkiye Tahan Datuk Bandar Jadi Kontraktor Bangunan Runtuh | Polis Turkiye menahan seorang datuk bandar daerah Nuragi di Gaziantep untuk membantu siasatan kes bangunan runtuh di kawasan yang dilanda gempa bumi.
Datuk Bandar Okkes Kavak juga merupakan kontraktor untuk dua bangunan di daerah itu yang runtuh akibat gempa bumi, lapor Agensi Anadolu.
Dia dibawa ke mahkamah dan kini ditahan reman.
Menurut angka rasmi terkini, lebih 44,218 orang terbunuh dalam gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye pada 6 Feb lalu.
Ramai kontraktor telah ditahan bagai membantu siasatan susulan ribuan bangunan runtuh dalam gempa itu.
Sumber: Sinar Harian
Artikel Lain
Lebih 100 Kontraktor Di Turkiye Ditahan, Menjadi Sasaran Dipersalahkan
Lebih 100 Kontraktor Di Turkiye Ditahan, Menjadi Sasaran Dipersalahkan | Ketika kemarahan rakyat memuncak atas usaha menyelamat dikatakan perlahan oleh Kerajaan Turkiye dengan angka kematian di negara itu melebihi 24,000 orang, pegawai kerajaan pada Sabtu, mula melakukan tindakan menahan ratusan kontraktor.
Kontraktor menjadi sasaran dipersalahkan kerana beberapa bangunan runtuh dalam gempa bumi dahsyat Isnin lalu itu, dikatakan dibina dengan tidak memenuhi keperluan untuk kawasan yang terdedah kepada gempa bumi besar.
Portal The New York Times melaporkan, lebih 100 kontraktor sudah ditahan di seluruh 10 wilayah yang terjejas oleh gempa bumi.
Agensi Berita Anadolu yang dikendalikan kerajaan melaporkan pada Sabtu bahawa Kementerian Kehakiman Turkiye juga mengarahkan pegawai di wilayah terjejas untuk menubuhkan Unit Siasatan Jenayah Gempa Bumi.
Arahan juga diberikan supaya pegawai yang berkenaan melantik pendakwa raya untuk membawa tuduhan jenayah terhadap semua ‘jurubina dan mereka bertanggungjawab’ bagi keruntuhan bangunan gagal memenuhi kod sedia ada, tindakan sama dilaksanakan selepas bencana serupa pada 1999.
Penangkapan itu adalah langkah pertama Turkiye untuk mengenal pasti dan menghukum orang yang mungkin menyumbang kepada kematian rakan senegara mereka dalam gempa bumi itu.
Rakyat sudah meluahkan kemarahan terhadap apa yang mereka pertikaikan sebagai pembina korup yang mengambil jalan pintas untuk meraih keuntungan berganda.
Di kejiranan Saraykint di Antakya, penduduk menunjukkan hasil kerja yang buruk di bangunan mewah 14 tingkat baru dibina dan di situ, kira-kira 90 pangsapuri runtuh.
“Ia dibina terlalu cepat. Konkrit itu seperti pasir,” kata seorang lelaki yang enggan memberikan namanya, berdiri berhampiran bangunan itu sambil melihat penyelamat bekerja.
Antara mereka ditahan pada Sabtu ialah Mehmet Ertan Akay, pembina kompleks bangunan yang runtuh di bandar Gaziantep.
Pejabat pendakwa Gaziantep berkata, ia mengeluarkan perintah penahanan itu selepas memeriksa bukti yang dikumpul daripada runtuhan kompleks yang dibina syarikat pembinaan milik Mehmet.
Sumber: Harian Metro
SAYU… (VIDEO) Presiden Türkiye Azan & Namakan Bayi Mangsa Gempa Bumi
Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdogan dilaporkan telah azan dan menamakan seorang bayi mangsa gempa bumi yang baru lahir di sebuah hospital di Istanbul pada Isnin lalu, lapor Anadolu Agency.
Semasa melawat mangsa gempa bumi yang terselamat di Basaksehir Cam dan Hospital Sakura City, Erdogan telah mengazankan seorang bayi perempuan yang baru lahir itu.
Erdogan juga telah menamakan bayi berkenaan “Ayse Betul” dan memanggilnya sebanyak tiga kali.
Menurut laporan Anadolu Agency, penamaan bayi perempuan tersebut dibuat atas permintaan dari ibu bayi itu sendiri.
Beribu-ribu mangsa yang terselamat kini menerima rawatan di banyak bandar, termasuk Istanbul dan Ankara.
Sekurang-kurangnya 31,643 orang terkorban dalam dua kejadian gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Türkiye pada 6 Februari lepas.
Manakala lebih 80,000 mangsa yang lain dilaporkan cedera, lapor Anadolu Agency.
Gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 magnitud, berpusat di wilayah Kahramanmaras telah menjejaskan lebih 13 juta penduduk di 10 wilayah.
Antara wilayah-wilayah yang terkesan termasuk Hatay, Gaziantep, Adıyaman, Malatya, Adana, Diyarbakir, Kilis, Osmaniye dan Sanliurfa.
Beberapa negara di rantai itu, termasuk Syria dan Lubnan juga turut merasai gegaran kuat yang melanda Türkiye dalam tempoh kurang 10 jam.
Terdahulu, Siakap Keli melaporkan seorang bayi baru lahir ditemui masih hidup dan berjaya diselamatkan.
Bayi tersebut telah ditemui oleh saudaranya dalam runtuhan bangunan rumahnya, ketika mereka sedang mencari jasad ahli keluarga yang terkorban dalam insiden tersebut.
Ketika diselamatkan, tali pusat bayi berkenaan didapati masih bersambung dengan ibunya. Malangnya, ibu bayi berkenaan dilapor terkorban.
Difahamkan, bayi tersebut merupakan satu-satunya ahli keluarga tersebut yang terselamat, manakala saudara yang lain pula ditemui dalam keadaan tidak bernyawa.
16 bayi berjaya diselamatkan
Seramai 16 bayi ditemui bersendirian selepas gempa bumi yang menggegarkan Türkiye dan Syria dilaporkan telah selamat dibawa ke Anakara menggunakan pesawat Presiden Türkiye.
Bayi-bayi itu dipercayai tidak mempunyai kecederaan dan akan dijaga oleh pertubuhan kanak-kanak yang bergabung dengan Kementerian Perkhidmatan Keluarga dan Sosial.
Dua daripada bayi itu dikeluarkan dari serpihan akibat gempa bumi dan identiti mereka masih belum dikenal pasti.
Manakala 14 lagi sedang dirawat di hospital di Kahramanmaras ketika gempa bumi berlaku namun pihak berkuasa masih belum dapat menghubungi keluarga mereka.
Turkiye's President Recep Tayyip Erdogan recited the Adhan upon a newborn baby whose mother survived the earthquake. He named her Ayşe Betül.pic.twitter.com/962Y4KlIiU
— ilmfeed (@IlmFeed) February 14, 2023
Sumber : Siakap Keli