Kuala Lumpur: Seorang pemandu teksi ditahan kerana disyaki mencabul seorang anggota polis wanita dalam kejadian di sebuah medan selera di AU5, Lembah Keramat, Taman Melawati di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.55 pagi itu, anggota polis wanita berusia 30 tahun itu sedang berdiri berhampiran meja untuk memilih kuih sebelum seorang lelaki yang berada di belakang meraba punggungnya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata anggota polis terbabit yang bertugas d Balai Polis Hulu Kelang itu kemudian bertanyakan lelaki itu kenapa dia berbuat demikian.
Bagaimanapun, katanya suspek tidak mengaku dan menyalahkan pengadu kerana berdiri di kawasan sempit sambil memberitahu bahawa dia datang bersama isterinya dan sedang bersarapan di situ.
“Berikutan itu, polis yang menerima aduan kira-kira jam 12.45 tengah hari ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap suspek.
“Suspek adalah seorang lelaki warga Indonesia berusia 58 tahun dan bekerja sebagai seorang pemandu teksi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, suspek direman tiga hari sehingga esok untuk membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Sumber: Harian Metro
Baca Juga: 12 Pelajar Dicabul Guru Agama, Diumpan Dengan Mandi Kolam Air Panas
Seorang lelaki yang merupakan guru sekolah agama di Indonesia telah ditahan oleh pihak polis selepas didakwa mencabul 12 orang pelajar lelaki di institusi pendidikan tempatnya mengajar.
Memetik laporan Tribun Bali, kesemua mangsa cabul merupakan pelajar lelaki masing-masing dalam lingkungan usia 10 hingga 11 tahun.
Hasil daripada siasatan mendapati, suspek yang berusia 39 tahun itu menggunakan taktik mengajak mangsa bermalam bersamanya.
Selain itu, suspek mengumpan mahu menghantar anak muridnya itu pulang ke rumah.
Bukan itu sahaja, suspek juga menggunakan modus operandi dengan mengajak mangsa untuk mandi di kolam air panas sebelum melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
Cara lain yang dilakukan suspek adalah dengan mengikut mangsa ke bilik air.
Bagaimanapun, perbuatan jijik tersebut hanya terbongkar selepas salah seorang mangsa tampil membuat laporan di balai polis.
Susulan daripada itu, pihak polis mula menjalankan siasatan dan melakukan penahanan terhadap suspek.
Hasil daripada siasatan lanjut mendapati suspek telah melakukan perbuatan terkutuk itu sejak dari tahun 2017 lagi hingga 1 Mac lalu.
Rupa-rupanya, suspek sendiri juga pernah menjadi mangsa cabul pada tahun 1996.
Kes disiasat di bawah Pasal 82 Undang-undang Perlindungan Anak.
Selain itu, suspek mengumpan mahu menghantar anak muridnya itu pulang ke rumah.
Bukan itu sahaja, suspek juga menggunakan modus operandi dengan mengajak mangsa untuk mandi di kolam air panas sebelum melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
Cara lain yang dilakukan suspek adalah dengan mengikut mangsa ke bilik air.
Bagaimanapun, perbuatan jijik tersebut hanya terbongkar selepas salah seorang mangsa tampil membuat laporan di balai polis.
Tertuduh akan menjalani hukuman penjara maksimum 15 tahun dan minima 3 tahun dan denda berjumlah lebih RM88,000 jika sabit kesalahan.
Sumber: KMN