[VIDEO] Wanita Terima Seekor Kucing Putih Sebagai Mas Kahwin | Tular di laman sosial TikTok apabila seorang pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin kepada pengantin perempuannya dalam bentuk wang tunai dan juga seekor kucing berwarna putih.

Kejadian yang berlaku di Jakarta, Indonesia itu mendapat perhatian warganet apabila, video tersebut memaparkan lafaz ijab dan kabul oleh ayah pengantin perempuan yang menyebut kucing sebagai mas kahwin.

Ayah nikahkan dan kahwinkan anakanda kepada puteri kandung ayah yang bernama Syifa Salma Jatun Aini dengan mas kahwinnya wang dan kucing dibayar tunai.

Menerusi video tersebut kelihatan pengantin perempuan begitu gembira menerima kucing berwarna putih itu yang diberikan oleh pengantin lelaki sebagai maharnya.

Dalam pada itu, kedua mempelai terlihat sama cantik sama padan yang menyarungkan persalinan dan hiasan tradisional sunda Indonesia berona putih.

Tinjauan OhBulan! mendapati video tersebut telah memperoleh sebanyak 356.9 ribu tontonan dan 11.7 ribu tanda suka oleh warganet di TikTok.

Sumber: Oh Bulan

 

Artikel Lain

[VIDEO] Pengantin Perempuan Minta Kain Kafan Sebagai Mas Kahwin

[VIDEO] Pengantin Perempuan Minta Kain Kafan Sebagai Mas Kahwin | Momen majlis ijab kabul sepasang pengantin di Lombok, Indonesia menjadi bualan hangat netizen apabila pasangan itu menjadikan kain kafan sebagai mas kahwin.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai It’s Me di TikTok, kedengaran pengantin lelaki menyebut mahar perkahwinan berupa kain kafan serta wang tunai berjumlah 1.58 juta rupiah (RM753).

Saya nikahkan saudara dengan Baiq Sri Rtana Wahyuningsih binti Selamat Harta dengan kain kafan dan mas kahwin sebanyak 2.58 juta rupiah (RM753) dibayar tunai.

Difahamkan, pemilik video terbabit, Febriana Dwi Sulastri mendedahkan pengantin terbabit adalah ibu saudaranya.

Yang ditawarkan hanyalah kesenangan dunia dan kain kafan mengingatkan kita dengan kematian dan melambangkan ikatan cinta sampai ajal yang memisahkan kita.

Semua ahli keluarga terkejut dan ramai yang melarang sampai orang tuanya tidak setuju tapi pengantin wanita tetap nak mahar itu.

Sumber: Oh Bulan

 

Batal Pernikahan Kerana Pengantin Lelaki Gagal Sedia Mas Kahwin RM 21,198.

Batal Pernikahan Kerana Pengantin Lelaki Gagal Sedia Mas Kahwin RM 21,198. | JAKARTA – Gara-gara gagal menyerahkan mas kahwin sebanyak 75 juta rupiah (RM21,198), sepasang kekasih di Indonesia terpaksa akur untuk berpisah selepas keluarga bakal pengantin perempuan membatalkan majlis perkahwinan mereka, lapor portal berita Wolipop semalam.

Berdasarkan kisah yang tular di laman TikTok itu, gadis berasal dari wilayah Sulawesi Barat, Marwana Nareswari mendedahkan bahawa dia dan tunangnya terpaksa membatalkan perkahwinan kerana kedua-dua keluarga lebih mementingkan adat.

Menurut Marwana atau lebih gemar disapa Awa, dia dan bekas tunangnya telah menyiapkan semua persiapan perkahwinan bahkan, gambar praperkahwinan juga telah dirakam.

Awa berkata, ketika bekas tunang dan keluarga datang menemui keluarganya, ibu bapanya menentukan mas kahwin sebanyak 75 juta rupiah (RM21,198) memandangkan gadis tersebut berdarah Sulawesi.

“Rupa-rupanya, jumlah mas kahwin itu membuatkan keluarga calon suami saya terkejut. Ini kerana keluarga mereka berasal dari Jawa dan jumlah mas kahwin yang kami tetapkan dianggap amat tinggi.

“Mereka juga menyangkakan bahawa mas kahwin sekitar 5 juta rupiah (RM1,413) mungkin sudah cukup untuk diserahkan, namun keadaan berbeza bagi penduduk Sulawesi,” jelasnya.

Awa dan bekas tunangnya kemudian mula bimbang kerana menjelang tarikh perkahwinan asal mereka iaitu 9 September 2022, tiada khabar diterima daripada keluarga lelaki itu.

Menurut Awa, keluarganya turut berasa malu kerana mereka banyak menerima tanggapan negatif daripada orang ramai disebabkan majlis perkahwinan tidak berlangsung pada tarikh dirancang.

Selepas majlis ditunda ke 7 Januari 2023, Awa berkata, keluarga bekas tunangnya akhirnya pergi menemui mereka di Sulawesi tanpa membawa wang mas kahwin yang diminta untuk diserahkan.

Tidak cukup dengan itu, bekas tunangnya juga jatuh sakit serta hanya mampu menyerahkan 20 peratus daripada jumlah mas kahwin yang ditetapkan.

Keadaan itu membuatkan keluarga Awa marah lalu mengusir keluarga bekas tunangnya serta membatalkan pernikahan mereka.

“Kita seeloknya memudahkan urusan mas kahwin dan majlis perkahwinan. Bagi calon pengantin, ibu bapa dan mentua, seeloknya mas kahwin perlu ditetapkan pada kadar sewajarnya mengikut keadaan dan jangan dipaksa jika tidak mampu.

“Kita mencari keberkatan dan reda Allah, bukan reda manusia,” katanya. – Agensi

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply