Pasukan bomba mengambil masa kurang 15 minit untuk memujuk seorang wanita yang nekad terjun di KM 18.1, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah atau lebih dikenali Jambatan Kedua, menghala ke pulau petang kelmarin.

Mangsa yang dipercayai penuntut di sebuah universiti swasta di negeri ini dan berusia 22 tahun sebelum itu dilaporkan bertindak meninggalkan keretanya jenis Perodua Myvi berwarna putih di bahu jalan.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Azman Mohd. Radzi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 4.02 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

Menurutnya, maklumat awal yang diterima mengatakan wanita itu dilihat sudah berdiri di tembok jambatan berkenaan pada pukul 3 petang kelmarin.

“Sebaik anggota tiba di tempat kejadian mendapati wanita terbabit masih berdiri di situ dan berada dalam keadaan dehidrasi dan lemah kerana cuaca panas.

May be an image of 7 people, people standing and road

“Kami dengan kerjasama anggota polis mengambil masa kurang 15 untuk memujuknya sebelum menarik ke belakang. Wajah mangsa kelihatan sedih dan hanya mendiamkan diri,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Beritahu beliau, mangsa berjaya diselamatkan pada pukul 4.44 petang dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

Sumber : Kosmo

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

[VIDEO] Anggota Polis Berjaya Pujuk Seorang Lelaki Cuba Bun0h Diri Di Jambatan

Kepintaran memujuk dan tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada terjun dari jambatan di Sungai Sitiawan dekat sini, dipercayai mahu membunuh diri petang semalam.

Pegawai Bomba Kanan II Johari Tomin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.08 malam yang memaklumkan ada seorang lelaki duduk di atas jambatan merintangi Sungai Sitiawan di Jalan Seri Manjung-Pantai Remis.

“Sebaik tiba, didapati seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30an dipercayai cuba untuk terjun dari jambatan itu yang dianggarkan mempunyai ketinggian 20 meter,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan kemudian berinteraksi dan memujuk mangsa yang mengambil masa kira-kira 20 minit agar dia tidak berbuat demikian.

May be an image of 3 people and outdoors

Jelasnya, tidak lama selepas itu, anggota bertindak pantas menarik lelaki itu dengan cara memeluknya dari belakang sebelum menurunkan lelaki itu dari tembok jambatan tersebut, kemudia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi berjaya diselesaikan pada pukul 7.28 petang.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply