Kota Bharu: Polis menahan dua lelaki tempatan berusia 31 dan 39 tahun kerana terbabit dalam kejadian ragut seorang wanita sehingga mangsa mengalami luka kecil di lengan dan tangan kiri di Jalan Kelochor di sini, pada 16 Februari lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kedua-dua suspek ditahan di Pasir Puteh, pada 6.30 petang pada Sabtu lepas, hasil risikan dan intipan dijalankan pihak polis.
“Susulan penahanan suspek, polis merampas sebuah motosikal yang digunakan sewaktu kejadian dan hasil saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah, selain turut mempunyai rekod lampau kesalahan dadah.
“Kedua-dua suspek direman selama empat hari mulai semalam, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, video kejadian ragut itu tular dalam laman sosial dan pihak polis mengesahkan menerima laporan mengenai insiden itu yang mangsa wanita berusia 54 tahun dilihat berseorangan menunggang motosikal di Jalan Kelochor diragut dua lelaki tidak dikenali yang menunggang sebuah motosikal berwarna kuning sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.
Baca Juga: 2 Peragut Tak Sempat Lari Slps Dikepung Orang Awam.
Terbaharu, seorang rider GrabFood meraih pujian orang ramai apabila dia meluru merempuh motosikal milik peragut untuk selamatkan mangsa insiden jenayah itu.
Pada awal video tersebut ada seorang wanita memakai baju kelawar kuning hitam sedang jalan seorang diri di sekitar kawasan Menara Felda FGV. Tiba-tiba datang dua lelaki menaiki motosikal melawan arah mengekori wanita itu dari belakang.
Sejurus itu berlaku bergelutan di antara salah seorang peragut dengan wanita terbabit sehingga ke tengah-tengah jalan. Kejadian itu disedari oleh beberapa pengguna jalan raya lain yang mula memberhentikan kenderaan untuk memberikan bantuan.
Beberapa saat kemudian, datang seorang rider GrabFood meluru merempuh motosikal peragut untuk mengelakkan mereka melarikan diri. Beberapa kenderaan awam lain berhenti dan segera membantu mangsa dan rider tersebut.
Tindakan orang ramai itu telah mendapat pujian pengguna media sosial, hasil kerjasama antara satu sama lain berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa ragut.
Daripada hantaran Facebook Ronell Rekk, kedua-dua peragut telah berjaya ditahan orang ramai dan diserahkan kepada anggota polis untuk diambil tindakan lanjut.
Pada masa sama, netizen turut memuji keberanian wanita ‘berbaju kelawar’ itu kerana begitu berani melawan peragut sehingga menyebabkan kedua-duanya berjaya ditangkap.
Orang ramai juga mengecam kedua-dua lelaki itu kerana dilihat sihat tubuh badan mereka, namun sanggup melakukan jenayah yang boleh mendatangkan kecederaan kepada orang tidak bersalah.

Sumber: KMN