Hafidz Tidak Mengaku Tumbuk Nurul Shuhada | Pelakon, Hafidz Roshdi sebentar tadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas tuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Dia didakwa telah menumbuk pipi kiri Nurul Shuhada sebanyak tiga kali sehingga luka, lebam dan bengkak pada pukul 3.30 pagi, 2 Mac lalu berhampiran susur keluar Tol Sungai Buaya dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntuk hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323 tersebut.

Pihak pendakwaan memohon agar Hafidz dihantar ke hospital bagi penilaian psikiatri.

Media sebelum ini melaporkan pelakon yang dipercayai menumbuk isterinya di R&R Sungai Buloh ditahan polis, bagi membantu siasatan kes itu.

Dia ditahan kira-kira jam 12 tengah hari ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Bagaimanapun, katanya, pelakon itu dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan pada petang hari sama.

Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa bersama suaminya berada di dalam kereta di R&R di sekitar Sungai Buloh.

Nurul Shuhada turut memuat naik gambar kecederaan muka di media sosial sebelum keluarga mengesahkan wanita itu ditumbuk tiga kali oleh Hafidz selepas berlaku pertengkaran.

Pelakon terbabit berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangga mereka menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan curang.

Pelakon itu kemudian menceraikan isterinya dengan talak satu pada 23 Februari lalu.

Sumber: Utusan Malaysia

 

Artikel Lain

Hafidz Roshdi Mendatangkan Kecederaan Di Bahagian Muka Isterinya

Hafidz Roshdi Mendatangkan Kecederaan Di Bahagian Muka Isterinya| Minggu ini, kecoh mengenai keganasan rumah tangga yang melibatkan pelakon berusia 29 tahun terhadap isteri tercinta sehingga mendatangkan kecederaan di bahagian muka.

Memetik laporan Harian Metro, polis sudah mengambil keterangan isteri pelakon yang ditumbuk suaminya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, awal pagi Khamis.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa berusia 29 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi memberi keterangan, pada Sabtu.

Mangsa selesai memberi kenyataan berhubung kejadian hari ini, manakala suspek (pelakon lelaki) akan dipanggil dalam masa terdekat.

Jika perlu tangkapan dilakukan, ia akan dibuat bergantung kepada kerjasama dan keterangan yang diberikan.

Difahamkan, pelakon terbabit dilaporkan menumbuk isterinya sebanyak tiga kali di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.

Gara-gara perbuatan itu, ibu kepada dua cahaya mata itu menerima 10 jahitan di bahagian pipi kiri dan menyebabkan cacat kekal.

Sebelum ini, pelakon lelaki itu berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangga pelakon terbabit menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan curang.

Pada 23 Februari lalu, pelakon itu kemudian menceraikan isterinya dengan talak satu sambil bersaksikan ahli keluarga.

Sumber: Oh Bulan

 

Bengang Jawab Telefon Semasa Bincang, Pelakon Lelaki Tumbuk Muka Isteri

Tidak sangka, seorang pelakon lelaki bertindak memukul isterinya beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian mata, awal pagi tadi.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang lingkungan umur 20 an itu telah membuat laporan polis susulan kejadian yang berlaku di Balai Polis Jinjang, jam 6.30 pagi tadi

“Difahamkan ketika kejadian, mangsa bersama suaminya berusia lingkungan 20-an berada di dalam kereta yang berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh, Selangor.

“Ketika kejadian, berlaku pergelutan dipercayai berpunca mangsa menjawab panggilan telefon semasa perbincangan antara mereka.

“Pelakon lelaki itu bertindak menumbuk muka mangsa tiga kali menyebabkan mangsa cedera di bahagian mata,” katanya.

Bukan itu sahaja, menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar pihaknya mengesahkan menerima laporan tersebut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian ini sedang giat dijalankan dan kita dalam proses untuk merakam percakapan mangsa,” ujarnya.

Sumber : OhMyMedia

Share.

Leave A Reply