ta13 Tempat Makan Best Seafood Di Jitra, Kedah | Jitra adalah salah satu bandar dari negeri Kedah. Ramai penduduk di kawasan ini pandai bertutur dalam Bahasa Siam disebabkan bersempadan dengan Thailand. Pelbagai tempat menarik di Jitra yang mempunyai tempat makan best.
Kebanyakan makanan di sini ada ala-ala Thai. Jika anda berkunjung ke Jitra, anda mesti kena mencuba seafood yang best. Tetapi dimana nak mencubanya? Berikut adalah 3 tempat makan seafood best yang mempunyai rating tinggi di Google.
1. RESTORAN TOK KERAMAT JITRA – SEAFOOD
Kalau nak tahu, restoran ini menghidangkan sarapan dan makanan tengah hari dengan pelbagai jenis makanan. Restoran ini sangat terkenal di kawasan Jitra dan di sekelilingnya. Makanan di sini adalah murah dan ‘trademark’ restoran ini juga adalah “paling murah di Malaysia”.
Menu seafood di sini adalah kebanyakkan ikan dan sotong. Menu di sini adalah gulai, ikan bakar, sotong bakar makanan western dan pelbagai lauk. Di sini juga ada ayam ulam, pudding dan kek.
Lokasi ini di kawasan bandar, terdekat dengan Eco-Shop @ Jitra. Lokasi tepat restoran ini adalah Restoran Tok Keramat, Kg Tok Keramat, 06000 Jitra, Kedah. Restoran ini dibuka pada hari Selasa hingga Ahad, pukul 7 pagi sampai 3 petang. Sebarang pertanyaan TEL: 04-917 4988 atau boleh menghubung melalui email, [email protected] dan untuk butiran lanjut melayari restorantokkeramat.maynuu.com.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/restorantokkeramat
2. D’JITRA SEAFOOD – SEAFOOD
Disini ada banyak jenis makanan seafood. Servis di restoran ini sangat bagus, makanan sedap dan juga harga yang berpatutan.
Menu makanan disini ada masakan ala carte, seperti masakan sayuran, masakan tomyam masakan sup, somtam, set siakap, kerabu dan pelbagai jenis makanan yang lain. Ikan juga ada pelbagai jenis masakan seperti goreng, 3 rasa dan stim. Mee Udang Galah adalah masakan yang paling digemari dan terkenal di restoran ini.
Lokasi ini di pekan Jitra, sebelah Sada Daerah Kubang Pasu. Lokasi tepat restoran ini adalah Pj2, 16a Jalan Pj1 Pekan, Pekan Jitra 2, 06000 Jitra, Kedah. Restoran ini dibuka pada hari Selasa hingga Khamis, pukul 12 tengah hari sampai 12 tengah malam. Sebarang pertanyaan TEL: 017-513 1255.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063182082801&sk=photos
3. RESTORAN ASLY TOMYAM UDANG GALAH – SEAFOOD
Restoran ini adalah restoran seafood dan Thai. Masakan di sini sedap dan harga pun murah. Di restoran ini ada pelbagai jenis makanan. Tomyam Udang Galah di restoran ini adalah paling popular.
Selain itu, menu di restoran ini adalah dijual dalam set mengikut kuantiti yang dikehendaki. Menu set ini adalah Ikan siakap 3 rasa, Tomyam campur, Daging masak merah, Cendawan goreng, Kangkung goreng belacan, nasi putih dan Air percuma. Selain itu di sini juga ada udang/sotong, ikan, nasi goreng, kerabu, mee/mihun/koey teow, dan lain.
Lokasi ini di pekan Jitra di Tok Jalai, Jitra, Kedah. Pada hari Selasa, Rabu, Khamis dan Ahad dibuka dari pukul 3:30 petang sampai 12 tengah malam. Manakala pada hari Jumaat dan Sabtu dibuka dari pukul 4 petang hinnga 12:30 tengah malam Sebarang pertanyaan TEL: 019-965 6572.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/ASLY13CCKK