Ikan Haruan

Ikan Haruan Hidup Hampir Setahun Dalam Tong Tanpa Makanan. Kisah Ajaib Buat Netizen Tersentuh.

“Hari ini nak pakai tong, buka-buka tengok ada ikan haruan. Hampir setahun duduk dalam tong minum air sahaja,”


 

Siapa sangka, kuasa Allah lebih hebat daripada apa yang kita bayangkan. Baru-baru ini, sebuah kisah ajaib menjadi tular di TikTok. Apabila seekor ikan haruan ditemui masih hidup selepas hampir setahun terperangkap dalam tong air.

Kisah tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Iqbal Adzrin, dan terus meraih perhatian orang ramai.

Dalam video itu, Iqbal memaklumkan bahawa tong berkenaan sebenarnya sudah lama tidak digunakan. Namun sewaktu dibuka semula, dia terkejut melihat seekor ikan haruan yang masih bernyawa walaupun tidak diberi makan selama hampir setahun.

“Hari ini nak pakai tong, buka-buka tengok ada ikan haruan. Hampir setahun duduk dalam tong minum air sahaja,” katanya.

@penghibur_sepi hari ni nak pakai tong buka2 tengok ada haruan…tapi…😫😫😫 #brandatiktok #foryou #haruancore #fyppppppppppppppppppppppp #ditaja🇲🇾 ♬ Lantunan Guluncam Sedih – Aslamiyah

Keadaan Ikan Haruan Kurus Kering Undang Rasa Sebak

Lebih menyayat hati, ikan tersebut kelihatan sangat kurus, lemah dan tidak bermaya, dipercayai hanya bergantung kepada air hujan yang mengisi tong itu secara semula jadi.

Menurut Iqbal, air dalam tong itu tidak pernah kering kerana sering dipenuhi air hujan. Justeru, walaupun tidak mendapat sebarang makanan, ikan berkenaan tetap terus hidup dalam keadaan amat daif.

Kisah ini mengundang pelbagai reaksi netizen yang tertanya-tanya bagaimana haiwan tersebut boleh terbiar begitu lama.

@penghibur_sepi Replying to @amiraaaaaaaaa90 ♬ original sound – DNP

Iqbal Tak Sedar Ikan Tersebut Masih Ada

Susulan video viral itu, Iqbal tampil menjelaskan keadaan sebenar. Dia mengakui tidak sengaja membiarkan ikan itu terperangkap, sebaliknya menyangka semua ikan haruan yang diternaknya sudah dilepaskan ke kolam belakang rumah.

“Ingatkan tong itu dah tak ada ikan sebab semua ikan sudah dilepaskan dalam kolam. Bila hari ini buka tengok ada ikan dalam keadaan macam itu,” jelasnya.

Setelah menyedari situasi ikan tersebut, Iqbal segera memindahkan ikan itu ke dalam akuarium serta memberikannya makanan dan ubat untuk membantu proses pemulihan.

@penghibur_sepi Replying to @kachanghazhel ♬ original sound – DNP

Netizen Mahukan ‘Update’ Perkembangan Ikan Ajaib Ini

Di ruangan komen, ramai pengguna TikTok meluahkan rasa simpati dan berharap ikan berkenaan akan kembali pulih.

Ada juga yang meminta Iqbal agar memberikan update perkembangan ikan itu dari semasa ke semasa kerana ramai mahu melihat kecergasan haiwan tersebut kembali seperti biasa.

Kisah ringkas tetapi penuh keinsafan ini mengingatkan orang ramai tentang ketahanan luar biasa makhluk ciptaan Tuhan, serta tanggungjawab manusia dalam menjaga setiap bentuk kehidupan.

@penghibur_sepi ramai syg pak duan…ramai boleh jaga pakduan dalam live…janji pak duan cepat sihat…💪💪#haruanmalaysia #comeback #ditaja🇲🇾 #fyppppppppppppppppppppppp #haruancore ♬ suara asli – musik tenang – instrumen sedih

@penghibur_sepi Replying to @notmermaid_ ♬ Ikan Dalam Kolam – Happy Asmara

 

Sumber : Tiktok @penghibur_sepi

Share.
Leave A Reply