Lelaki Parkir Van Atas Bumbung Tak Tahan Asyik Disaman | Seorang lelaki yang merupakan jurutera awam di Taichung, Taiwan menyewa kren untuk meletakkan dua buah van di atas bumbung bangunan kediamannya, lapor portal berita Mothership hari ini.
Penduduk setempat mendapati dua van itu diletakkan di atas bumbung dan melaporkannya kepada pihak berkuasa tempatan kerana bimbang ia berbahaya, demikian menurut Central News Agency (CNA).
Lelaki itu berkata, pada mulanya, dia meletakkan kedua-dua vannya di bahu jalan tetapi berulang kali disaman kerana meletakkan kenderaan bukan di ruang pakir.
Dia menggunakan van itu sebagai ruang penyimpanan kerana tidak dapat memuatkan semua peralatan kejuruteraan awam di rumahnya, lapor saluran televisyen kabel satelit , EBC News.
Kedua-dua van itu dipercayai berada di atas bumbung tersebut sejak dua tahun lalu, kata Lin Kuan-jen yang merupakan ketua daerah tempatan seperti laporan CNA.
Kuan-jen berkata, dia telah meminta lelaki itu memindahkan kedua-dua van miliknya kerana penduduk setempat bimbang kenderaan itu berisiko menghempap mereka.
Pada Mac lalu, lelaki itu berkata, dia telah menemui tempat kosong untuk kenderaan itu tetapi masih belum memindahkannya.
Walaupun lelaki berkenaan didapati tidak melanggar mana-mana undang-undang, dia diberitahu supaya mengalihkan kenderaan itu bagi menjaga keselamatan orang awam.
Sumber : Kosmo
Baca Juga Artikel Menarik Ini :
Tak Rasa Bersalah, Warga Emas Hampir Lari Slps Langgar Penunggang Motosikal | TULAR satu video memaparkan seorang penunggang motosikal didakwa menjadi mangsa langgar lari dalam satu kejadian kemalangan di Ipoh, Perak pada Isnin.
Melalui video yang dimuat naik di halaman Facebook Viral Perak, kejadian kemalangan itu melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva yang dipandu laju di sebuah persimpangan lampu isyarat di hadapan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh.
“Viva ini dapat lesen dari mana? kejadian pagi tadi di persimpangan lampu isyarat sekolah STAR, Ipoh,” katanya.
Insiden kemalangan itu turut berjaya dirakam kamera papan pemuka (dashcam) orang awam yang dikenali sebagai Eliana Mahmud yang berada di lokasi berkenaan.
Berdasarkan maklumat data melalui dashcam tersebut, insiden itu berlaku pada pukul 8.16 pagi Isnin.
Dalam video berdurasi 29 saat, jelas kelihatan Viva terbabit memandu dengan laju dan menurut sumber, kenderaan itu juga melanggar lampu isyarat sebelum merempuh penunggang motosikal berkenaan.
Impak daripada perlanggaran tersebut menyebabkan mangsa terbaring kaku di atas jalan dipercayai tidak sedarkan diri.
Menurut pentadbir halaman Facebook berkenaan, pemandu Viva tersebut sempat memberhentikan kenderaannya sebelum melarikan diri.
“Pemandu berhenti sekejap dan terus beredar. Pemilik dashcam cuba mengejar Viva terbabit namun gagal,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna media sosial Rose Marina Shamsuddin, berkongsi satu gambar seorang warga emas wanita yang didakwa pemandu Viva berkenaan.
“Siapa yang jalan sebenarnya? Kalau diperhatikan betul-betul memang motorsikal jalankan? Bukan kereta yang jalan. Apa pasal kereta tersebut memandu dengan laju” komen seseorang lagi.
“Dah nampak berlaku kemalangan sepatutnya berhentilah, apa main jalan sahaja kereta-kereta disitu?” tegur seseorang di komen.
“Laju-laju sangat nak ke mana kereta tu? Dah langgar boleh lari macam itu sahaja, kasihan penunggang motosikal yang dirempuh, entah macam manalah keadaan mangsa tersebut ya” ulas seorang netizen.
Setakat berita ini ditulis, belum dapat dipastikan kecederaan sebenar yang dialami mangsa dan belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan pihak polis setakat ini.
Sumber: Majoriti