Dikelilingi 500 Perempuan, Remaja Lelaki Pengsan Semasa Peperiksaan | Kejadian yang berlaku di New Delhi, India itu terjadi ketika pelajar lelaki tersebut sedang menduduki peperiksaan di dalam sebuah institusi pengajian.
Ibu saudara pelajar lelaki itu memberitahu bahawa dia terlalu gementar sehingga pengsan dan terus demam kerana dia dikelilingi seramai 500 orang pelajar perempuan yang turut menduduki peperiksaan yang sama.
Dia telah menghadiri ke pusat peperiksaan tersebut dan melihat dewan itu telah dipenuhi oleh pelajar perempuan lalu dia menjadi cemas dan tiba-tiba demam kemudian jatuh pengsan.
Menurusi sebuah video yang dimuat naik ke laman sosial Twitter, pelajar lelaki itu tidak menjawab sebarang pertanyaan apabila diajukan soalan.
Warganet pula menyatakan bahawa perkara tersebut berlaku mungkin kerana kesan pengasingan gender.
Pelajar lelaki tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Sadar untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.
Sumber: Oh Bulan
Artikel Lain
Tok Kadi Tiba-Tiba Pengsan Semasa Nikahkan Pengantin
Sepasang pengantin dan tetamu yang hadir cemas apabila jurunikah yang mengendalikan majlis akad nikah tiba-tiba pengsan dan terpaksa dikejarkan ke klinik dalam kejadian pada Ahad.
Difahamkan, jurunikah berusia lingkungan 78 tahun itu tiba-tiba terbaring dan pengsan sewaktu menyampaikan khutbah nikah dalam majlis yang dihadiri kira-kira 80 tetamu di Surau Darul Taqwa, Perumahan Kuala Telemong, di sini.
Keluarga pengantin perempuan, Aidie Amin Yatim berkata, insiden itu berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika majlis pernikahan adik iparnya, Nurul Nadia Atiqah Abd Rahman, 26, dan pasangan Muhammad Khairul Nizam Md Zaid, 26.
“Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba menyebabkan semua yang hadir cemas dan majlis yang berlangsung tergendala hampir setengah jam kerana kami terpaksa mencari jurunikah baharu bagi menggantikan tempat jurunikah tersebut.
“Mujurlah majlis akad nikah dapat diteruskan selepas menemui seorang lagi jurunikah yang kebetulan sedang sarapan di sebuah kedai makan bagi menggantikan jurunikah yang terpaksa dikejarkan ke klinik,” katanya kepada Sinar Harian, pada Isnin.
Menurut Aidie, jurunikah berkenaan telah sedar daripada pengsan dan berada dalam keadaan stabil.
Katanya, dia difahamkan jurunikah itu mengalami tekanan darah tinggi dan agak uzur namun tetap menggagahkan diri untuk hadir ke upacara yang diadakan itu.
“Jurunikah yang dikenali dengan gelaran Ayoh Ngoh Suf adalah orang lama yang telah menikahkan ramai pasangan. Uniknya setiap kali menyampaikan khutbah nikah dia bukan hanya sekadar membaca melalui teks.
“Penyampaian khutbah nikah agak berbeza kerana dia seolah-olah menyampaikan ceramah bagi memastikan kandungan khutbah dihayati oleh pasangan pengantin termasuk tetamu yang hadir,” ujarnya.
Sementara itu, pasangan pengantin tersebut bersyukur kerana majlis akad nikah dan jamuan perkahwinan yang dijadualkan pada Ahad telah selesai dan berjalan lancar.
Katanya, pengalaman itu sudah tentu menjadi detik yang tidak dapat dilupakan buat mereka berdua.
Majlis perkahwinan pasangan pengantin itu diraikan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Perumahan Kuala Telemong dengan dihadiri kira-kira 1,200 tetamu termasuk keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.
Sumber : Sinar Harian
Ibu KEKASIH Pengsan Selepas Pendedahan Wanita ‘F’. Ini Tindakan Azri Iskandar
Sejak akhir-akhir ini, nama pelakon senior Azri Iskandar menjadi sebutan ramai di platform media sosial.
Susulan keluar laporan berita yang menyatakan dia bakal berkahwin dengan wanita pilihannya yang juga penulis skrip, Dr Azra Diera tidak lama lagi.
Namun, khabar gembira itu tergugat susulan pendedahan seorang wanita ‘F’ yang mengakui menerima lamaran daripada Azri.
Ketika dihubungi OhBulan, Azri, 57, berang dengan dakwaan tersebut dan menegaskan dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap portal yang terlibat.
“Saya akan saman portal itu,” katanya.
Dalam pada itu, pemilik nama Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar berkata disebabkan dakwaan wanita ‘F’ itu, ibu kekasihnya pengsan dan dimasukkan ke hospital sejak kelmarin.
“Mak Azra sampai rebah sebab terkejut selepas tengok video temubual wanita itu yang dihantar oleh kawan.
“Kawan mak dia cakap, ‘macam ini ka yang kau nak buat menantu?’.
“Nasib baik adik Azra ada. Sampai sekarang masih ditahan di hospital. Bayangkan ini bukan perkara kecil.
Bukan itu sahaja, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim terpaksa akur selepas pihak produksi mengambil keputusan menggugurkan namanya dari persembahan Teater Tan Sri Elyas.
Terdahulu, Azri mengesahkan dia bakal berkahwin dengan Dr Azra Diera dan bakal menghantar rombongan merisik ke Perlis pada 23 Jun ini.
Untuk rekod, Azri bercerai dengan Ellie Suriati pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.
Sumber: Oh Bulan