Lelaki Terkejut 4 Ekor Babi Masuk Tidur Nyenyak Dalam Bilik | Seorang lelaki terkejut apabila di dalam bilik tidurnya dimasuki empat ekor babi yang sedang tidur di atas tilamnya, lapor sebuah portal berita Taman Pendidikan di Indonesia.

Video tular di media sosial Indonesia itu memperlihatkan keadaan sebuah bilik sewa yang dimasuki empat ekor babi yang sedang nyenyak tidur di atas tilam.

Kelihatan kawanan babi tersebut sedang tidur di atas tilam yang tidak dilapik dengan cadar.

Haiwan liar itu dilihat tidur dalam keadaan seolah-olah ia menghuni bilik sewa tersebut.

Seorang lelaki dipercayai penghuni bilik itu kemudian tiba dan menghalau babi-babi berkenaan yang kemudian melarikan diri.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen menyalahkan keadaan bilik yang serba daif itu sebagai punca kawanan haiwan itu menceroboh masuk.

“Kusangkakan ini rumah, rupa-rupanya kandang babi,” kata seorang netizen sambil berseloroh.

Sumber : Kosmo

Baca Juga Artikel Menarik Ini :

Ingatkan Rumah Mewah, Rupanya Kandang Lembu | Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah rumah yang kelihatan mewah jika dilihat dari luar, namun ia sebenarnya sebuah kandang lembu, lapor program berita Liputan6 semalam.

Rumah terletak di Madura, wilayah Jawa Timur itu menempatkan lima ekor lembu yang digunakan dalam pertandingan lumba lembu.

Berdasarkan klip video yang dikongsikan di laman TikTok, seorang lelaki menunjukkan keadaan rumah tersebut yang kelihatan mewah di bahagian luar.

Lelaki berkenaan berkata bahawa ketika berkunjung ke Madura, saya berhenti seketika dan kagum melihatkan rumah gah dan begitu mewah sekali. Belum selesai berasa kagum, kediaman itu rupa-rupanya menempatkan beberapa ekor lembu.

Tambah lelaki tersebut, lembu-lembu dibela itu berharga hingga berbilion-bilion rupiah.

Lelaki berkenaan juga berkata, ada lembu itu pernah menjadi juara beberapa kali sehingga memberi pemiliknya peluang mendapat hadiah kereta.

Menurutnya, penduduk Madura memiliki rumah yang mewah namun, bukan untuk dijadikan tempat tinggal sebaliknya, dijadikan kandang lembu.

Katanya, jadi, jangan bangga menjadi orang kaya. Orang Madura lebih gila kerana rumah mewah dibina untuk lembu.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

Seorang netizen berkata ya, wajarlah membina rumah untuk lembu kerana lembu-lembu itu dapat ‘membawa pulang’ kereta, rumah dan perbelanjaan percutian. Madura amat hebat.

seorang pengguna lain berkata, lembu bukan sebarang lembu.

Sumber: Kosmo

Baca Juga Artikel Menarik Ini : 

Buaya Muncul Dekat Landasan Lapangan Terbang | Seekor buaya sepanjang kira-kira lima meter dilaporkan ditemukan berdekatan pagar landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin di bandar Maros, Sulawesi Selatan di Indonesia.

Bagaimanapun, buaya itu berjaya ditangkap oleh pasukan Perkhidmatan Bomba Maros.

Lapor CNN Indonesia, Ketua Polis Mandai, Asep berkata, reptilia ganas itu ditemukan oleh sekumpulan penduduk yang sedang memancing berhampiran lokasi berkenaan.

Beliau berkata, buaya itu muncul di kawasan sawah milik penduduk namun anggota bomba berjaya menangkapnya.

Menurut Asep, penduduk melaporkan mengenai penemuan buaya di luar pagar landasan lapangan terbang itu, kepada jabatan bomba Maros.

Katanya, beberapa anggota bomba segera menangkap dan memindahkan haiwan reptilia itu dari sawah milik penduduk setempat.

Katanya, buaya itu ditangkap menggunakan peralatan sedia ada. Selepas itu, anggota bomba melakukan pencarian di lokasi buaya ditemukan dan menemukan 34 biji telur reptilia itu.

Tambah beliau, anggota bomba kemudian membawa buaya yang ditangkap bersama 34 biji telur haiwan itu ke Ibu Pejabat Bomba Maros.

Sumber: Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply