Author: Admin Baik

Lelaki 75 Tahun Bertindak [email protected] [email protected] Nenek 95 Tahun | Seorang lelaki warga emas di Indonesia didakwa memperkosa seorang nenek berusia 95 tahun sehingga mangsa perlu mendapatkan rawatan di hospital, lapor laman berita Tribunnews. Kejadian yang berlaku di Bekasi, wilayah Jawa Barat itu menggemparkan penduduk setempat. Lelaki warga emas yang hanya dikenali sebagai M, 75, didakwa memperkosa nenek berinisial MH. Kejadian itu disaksikan oleh anak saudara MH ketika dia menghantar makanan ke rumah mangsa. Menurut anak saudara MH, dinding rumah mangsa diperbuat daripada kayu dan terdapat lubang kerana tidak semua bahagian ditutup sepenuhnya. Ketika dia menyaksikan kejadian itu, MH turut…

Read More

Marah Gagal Hidupkan Enjin, Lelaki Bakar Kereta Sendiri | Seorang lelaki Thailand yang marah bertindak membakar keretanya di wilayah timur laut Udon Thani pada Ahad lalu, lapor laman berita Thaiger hari ini. Disebabkan perbuatan itu, kenderaannya mengalami masalah dengan sistem elektrik selain enjinnya tidak dapat dihidupkan. Pemilik kereta tersebut, Panya, 58, tidak dapat menghidupkan enjin kenderaannya apabila dia ingin meletakkan kereta di garaj. Lelaki berkenaan kemudian bertindak mengalihkannya ke sebuah lokasi yang kosong di tanahnya. Dia kemudian membakar rumput di sekeliling kereta itu dan api segera merebak ke keretanya menyebabkan anggota bomba tiba di tempat kejadian di Jalan Ban Phue-Nam…

Read More

Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Selepas Tebang Pokok | Seorang lelaki disahkan meninggal dunia selepas menebang pokok berhampiran kedai serta rumah di Felda Sungai Kelamah, Gemas, di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 petang itu, mangsa, Abdul Rahman Shahdan, 56, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian. Menurut Ketua Perhubungan Rela Kawasan Felda Sungai Kelamah, Azmi Mohd, ketika kejadian dia bersama empat anggota baharu sahaja selesai penugasan Rondaan Keselamatan Dan Pemantauan Bencana Semasa Monsun Timur Laut (MTL), di kawasan felda berkenaan. Menurutnya, dia dapati terdapat seorang lelaki sudah tidak sedarkan diri terbaring di atas tanah…

Read More

Warga Emas Ditemui M4ut G4ntung Diri Pada Siling Rumah | Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung dengan tali, di siling rumahnya di Taman Alam Jaya, Cheras, di sini, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 1.25 petang tadi. Katanya seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussin Onn dikejarkan ke lokasi kejadian. “Setibanya di lokasi, kami dimaklumkan terdapat seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun dalam keadaan tergantung pada siling. “Mayat mangsa ditemui di dalam…

Read More

Takut Dijangkiti Covid-19, Wanita Dan Anak Kurung Diri 3 Tahun Dalam Rumah | Seorang wanita di India mengurung dirinya dan seorang anak lelaki di dalam rumah flat mereka selama tiga tahun kerana terlalu takut dijangkiti Covid-19, lapor portal berita MailOnline semalam. Munmun Majhi, 33 dan anak lelakinya yang berusia 10 tahun diselamatkan oleh polis pada Rabu lalu di rumah mereka di bandar Gurugra, negeri Haryana. Wanita itu terlalu takut dijangkiti koronavirus sekiranya keluar rumah sehinggakan dia tidak membenarkan suaminya, Sujan Majhi memasuki rumah mereka selepas sehari sekatan pertama Covid-19 dilaksanakan. Selepas penat dengan keadaan itu, Sujan menghubungi polis dan meminta…

Read More

Warga Emas Bedil Anak Saudara Gara-Gara Curi Pasir | Sebuah klip video tular di media sosial India memaparkan perbuatan seorang lelaki warga emas menembak kemaluan anak saudaranya sendiri kerana pertikaian melibatkan harta, lapor laman India.com. Tertuduh yang dikenali sebagai Bhaga, dilaporkan menembak kemaluan anak saudara lelakinya dalam kejadian di bandar Ajmer, negeri Rajasthan. Bhaga melepaskan tembakan selepas dicabar mangsa, Hameed alias Mehboob yang kemudian dikejarkan ke Hospital Kerajaan Amritkaur selepas keadaannya menjadi semakin parah. Video yang tular di Twitter itu dirakam sendiri oleh mangsa dalam pada Khamis lalu. Pertengkaran bermula apabila Bhaga didakwa mengambil pasir dari tanah Hameed tanpa kebenaran.…

Read More

(VIDEO) Wanita Berdepan Detik Cemas Peragut Larikan Beg Tangan | Polis sedang memburu suspek kes ragut beg tangan seorang wanita di Jalan Anggerik, Kampung Manjoi Tambahan di sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya mengesan video tular kejadian ragut itu hari ini selepas dimuat naik melalui laman sosial Twitter. Katanya, semakan mendapati kejadian itu berlaku pukul 9.39 pagi, kelmarin di mana satu laporan polis telah pun dibuat mangsa. Tonton Rakaman CCTV Kejadian Ragut Terbabit : View this post on Instagram A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online) “Semasa kejadian, mangsa…

Read More

Budak Lelaki Selamba Gendong Buaya Hidup Bawa Jalan-Jalan | Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang kanak-kanak lelaki menggendong seekor buaya di atas bahunya, lapor laman berita Suara.com. Rakaman tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram @berbagisemangat. Seorang budak lelaki yang hanya berseluar pendek dan berkaki ayam kelihatan berjalan melintasi beberapa penduduk kampung yang berkumpul di sebuah pondok. Buaya yang berada di belakang budak itu kelihatan tenang ketika kejadian. Dia hanya memegang dua kaki buaya tersebut, manakala muncung haiwan itu diletakkan di atas kepalanya ketika dia berjalan. Video tersebut mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen. “Buaya memerlukan…

Read More

(VIDEO) Penunggang Motosikal Melambung Dirempuh Kereta Langgar Lampu Isyarat | Seorang pegawai perkhidmatan pelanggan melambung apabila motosikal ditungganginya dilanggar sebuah kereta yang melanggar lampu isyarat merah di Jalan Batu Unjur, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi, mangsa dikenali AK Jonathan, 27, patah jari manis kaki kanan selain luka di bahagian belakang anggota badannya. Insiden pelanggaran itu tular di laman Twitter menerusi video berdurasi 22 saat daripada rakaman kamera papan pemuka sebuah kereta. Tonton Video Kemalangan Terbabit : View this post on Instagram A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online) Ketua Polis Daerah Klang Selatan,…

Read More

Bekas Tentera Maut Selepas Kereta Rempuh Pokok Sawit | Seorang bekas tentera maut selepas kereta jenis Nissan Almera yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 157, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Plaza Tol Cheneh, di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 2.45 petang itu, mangsa, Wan Nawang Wan Abdullah, 63, yang berasal dari Kampung Undang, Bukit Payong, Marang maut akibat parah pada beberapa bahagian badan. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, Wan Nawang dikatakan dalam perjalanan menuju ke Kuantan Pahang. “Kereta Nisaan Almera dipandu mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan sebelum merempuh sebatang…

Read More