Penjaga Selipar Di Surau R&R Paksa Pengunjung Bayar RM1.50 | Seorang lelaki di Indonesia terkejut apabila dikenakan bayaran oleh penjaga selipar di surau sebuah hentian rawat dan rehat (R&R) semasa dalam perjalanan pulang ke kampung, lapor laman berita Liputan 6 hari ini.
Menerusi video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @ban94ll, lelaki itu melihat ramai orang duduk di kawasan meletak selipar ketika dia keluar dari surau.
Dia kemudian menghampiri seorang wanita yang menjaga seliparnya.
Menurutnya, penjaga selipar di kawasan itu mengenakan bayaran antara 2,000 rupiah (RM0.60) hingga 5,000 rupiah (RM1.50).
Setelah video tersebut tular, kakitangan hentian R&R itu menegur wanita-wanita yang menjadi penjaga selipar di kawasan itu, tetapi mereka pula dimarahi.
Kejadian itu dikatakan berlaku di daerah Cirebon.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Kita baru tanggalkan selipar, mereka terus sibuk nak menyusun,” komen seorang netizen.
“Ketika pulang ke kampung, kami berhenti di masjid yang sesak. Saya letak selipar, tetapi diambil seorang wanita. Akhirnya minta dibayar juga,” komen netizen lain.
Sumber : Kosmo
Baca juga artikel menarik ini :
Pengguna Lebuh Raya KL-Karak Berang Penyelenggaraan Jalan Dibuat Pada Cuti Raya | PETALING JAYA – Rata-rata pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) meluahkan rasa tidak puas hati kepada pengendali laluan tersebut, Anih Berhad ekoran kesesakan berlaku ketika ini.
Ia susulan kerja-kerja penyelenggaraan yang sedang dilakukan di lebuh raya terbabit sedangkan kebanyakan pengguna mula bergerak pulang ke kampung di Pantai Timur sejak semalam.
Tinjauan Kosmo! di laman Facebook Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mendapati, pengguna mula ‘menyerang’ laman tersebut kerana ramai yang terperangkap dalam kesesakan di laluan tersebut sejak semalam.
Jelas pengguna, laluan tersebut mengalami kesesakan teruk bermula dari Plaza Tol Gombak menghala ke Bentong.
“Time (masa) nak raya baru nak selenggara jalan, bertabahlah perantau-perantau semua,” tulis Hakim Zakaria.
“Dekat-dekat nak balik kampung baru nak selenggara, bagus sangat,” tulis Mohamad Hasra.
Turut meluahkan rasa kecewa adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Halim Ismail.
“Kenapa ‘repair’ hari ni, hari ini kan ‘last’ (hari akhir) sekolah, ramai ambil anak di asrama,” katanya.
Terdahulu, LPT memaklumkan, kesesakan itu berlaku di Kilometer (Km) 11.6 dari Km 20.2 sehingga Km 31.8.
“Pantai Timur 1 (LPT 1) trafik lancar sepanjang lebuh raya di kedua-dua hala,” kata di laman Facebook.
Sumber: Kosmo
Baca Juga: Rider Langgar Lampu Merah Tak Perasan Polis Trafik Dibelakang
Segelintir penunggang motosikal sering kali dilihat melanggar lampu isyarat apabila keadaan sekeliling nampak ‘selamat’ untuk melakukan kesalahan tersebut.
Satu rakaman menerusi kamera badan polis bertugas menjadi bualan ramai apabila video tersebut menunjukkan seorang penunggang motosikal dikejar dari belakang selepas dia melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah.
Semasa penunggang motosikal itu bergerak melanggar lampu isyarat merah, pegawai tersebut turut menunggang laju untuk mengejar individu tersebut sebelum kehadiran seorang lagi polis dari arah belakang.
Ketika kejadian, penunggang motosikal itu dilihat memecut laju yang mana menyebabkan polis itu turut mengejarnya dengan pantas.
Namun selepas beberapa saat, polis itu berjaya menahan lelaki tersebut selepas memotong beberapa buah kenderaan di laluan terbabit
Selepas berjaya menahan penunggang motosikal itu, polis dilihat mengeluarkan saman kepada lelaki terbabit kerana melanggar lampu isyarat merah.
Difahamkan kejadian tersebut dipercayai berlaku di sekitar bandar Seberang Jaya, Pulau Pinang dan video tersebut dimuat naik pada Rabu oleh pengguna media sosial.
Di ruangan komen pula, rata-rata orang ramai menyatakan sekiranya penunggang motosikal tersebut bersabar beberapa saat sahaja, sudah pasti dia tidak akan ditahan oleh polis yang kebetulan berada di situ.
“Bila nampak polis itu hormat sikit, terlajak depan pun tak apa berhenti atau tolak kebelakang sikit, kalau pergi juga memang langgar lampu isyarat seakan menduga atau mencabar kredibiliti polis itu,” kata Muhammad Rafizi Ahmad.
“Dia tak langgar lampu merah biasa-biasa, laju berdesup juga perginya itu, ambil masa juga nak kejar itu,” ujar Luqman Hakim.
“Sabar sikit sahaja Bang, tak pasal-pasal dapat surat cinta dari abang polis, kau memang bertuah hari ini,” jelas Chin Soon Goh.
Sebelum ini pernah dilaporkan kejadian yang serupa, iaitu seorang gadis nyaris menjadi mangsa kemalangan apabila hampir dilanggar sebuah bas gara-gara tidak mematuhi lampu isyarat merah di Kuantan, Pahang.
Pesanan buat pembaca adalah untuk sentiasa patuhi undang-undang jalan raya walaupun jalan yang kita lalu ‘nampak’ selamat untuk melanggar lampu merah kerana dari satu kesalahan yang dibuat akan menjadi satu kebiasaan atau tabiat yang tidak baik pula.
Sumber: Majoriti