Wanita Warga Emas Simbah Asid Pada 3 Beranak Ditahan Polis | Gombak: Seorang wanita warga emas disyaki menyimbah asid ke arah sepasang suami isteri dan anak mereka ditahan dalam satu serbuan di sebuah taman perumahan sekitar Rawang, di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Arifin Mohamad Nasir berkata, suspek berusia lingkungan 60-an ditahan jam 4.20 petang tadi.

“Tangkapan sudah dibuat ke atas suspek namun punca kejadian kita akan cuba dapatkan selepas permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, seorang warga emas bersama suami dan anaknya yang juga pengusaha kedai roti naan menempuh detik cemas apabila disimbah asid semasa memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, di sini baru-baru ini.

Suspek tunggu depan lif sebelum simbah

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian itu tular di media sosial selepas dimuat naik seorang individu yang mengaku sebagai kenalan mangsa.

Video berkenaan memaparkan seorang suspek berdiri berhampiran mangsa semasa mereka sekeluarga sedang menunggu lif sebelum menyimbah cecair dipercayai asid sejurus mereka memasuki lif.

Sumber: Harian Metro

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Isteri Simbah Asid Ke Muka Suami Kerana Curang | Jakarta – Seorang wanita nekad menyimbah air campuran cuka dan asid ke muka suaminya sehingga mangsa mengalami cacat kekal selepas mengetahui lelaki itu berlaku curang, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Suspek bernama Fitriyani, 41, dilaporkan melakukan perbuatan itu di kediaman mereka di Gudang Pupuk Dusun Lingga Kuamang, Kabupaten Bungo dalam wilayah Jambi.

Menurut laporan polis, Fitriyani berasa marah selepas mengetahui suaminya curang dengan wanita lain dan merancang perbuatan itu dengan niat.

“Ketika disoal siasat polis, suspek berkata bahawa dia tidak sanggup menanggung rasa sakit hati kerana dicurangi dan tidak menyesal menyimbah campuran cecair itu ke muka suaminya.

“Berdasarkan pemeriksaan doktor, mangsa mengalami kesan melecur serius di bahagian mata dan wajahnya,” kata Ketua Polis Kabupaten Bungo, Asisten Komisioner Besar, Guntur Saputro.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply