Budak Lelaki Selamba Gendong Buaya Hidup Bawa Jalan-Jalan | Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang kanak-kanak lelaki gendong seekor buaya di atas bahunya, lapor laman berita Suara.com.
Rakaman tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram @berbagisemangat.
Seorang budak lelaki yang hanya berseluar pendek dan berkaki ayam kelihatan berjalan melintasi beberapa penduduk kampung yang berkumpul di sebuah pondok.
Buaya yang berada di belakang budak itu kelihatan tenang ketika kejadian. Dia hanya memegang dua kaki buaya tersebut, manakala muncung haiwan itu diletakkan di atas kepalanya ketika dia berjalan.
Video tersebut mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen.
“Buaya memerlukan seorang wanita,” komen seorang netizen.
“Pawang buaya yang sebenar,” komen netizen lain. Gendong buaya
Sumber : Kosmo
Baca Juga Artikel Menarik Ini Juga :
Datuk & Cucu M@ti Dibaham Harimau | Seorang petani di India berusia 75 tahun maut dibunuh harimau, 12 jam selepas cucunya turut mati dibaham haiwan itu.
The National News melaporkan, insiden di negeri selatan Karnataka itu adalah yang terbaru dalam siri serangan haiwan di negara itu.
Petani itu, Raju, meninggal dunia selepas harimau itu menarik kepala mangsa di sebuah ladang di kampung Palleri, wilayah Kodagu.
Dia sebelum itu pergi untuk membuang air besar – amalan biasa di pedalaman India – di mana tandas jarang ditemukan.
Mayat warga emas ditemukan kira-kira 200 meter dari tempat mayat cucunya, Chethan.
Chethan diserang pada Ahad ketika mengutip buah kopi di tapak ladang kira-kira tiga kilometer dari Rizab Harimau Nagarahole.
Rizab merangkumi 820 kilometer persegi antara wilayah Kodagu dan Mysuru di negeri ini dan rumah kepada 125 harimau, salah satu populasi terbesar di negara ini.
Insiden itu mencetuskan ketakutan dalam masyarakat, dengan penduduk mengadu mengenai seekor harimau membaham haiwan peliharaan.
Pegawai hutan berkata, mereka akan meronda di kampung untuk mencari harimau ‘pemakan manusia’ dan doktor haiwan bersiap sedia untuk menenangkan haiwan itu.
Lima gajah digunakan dalam operasi yang membabitkan kira-kira 150 kakitangan lapangan untuk mencari haiwan itu.
Pihak berkuasa juga memasang 25 perangkap kamera untuk mengenal pasti harimau itu.
India adalah rumah kepada lebih 70 peratus harimau liar dunia.
Walaupun haiwan itu adalah spesies yang dilindungi, ia sering terpaksa berpindah dari tempat perlindungan dan hutan serta sesat ke kawasan berpenduduk.
Lebih 100 orang terbunuh dalam serangan harimau di India antara 2019 dan 2021, mengikut angka rasmi.
Sumber: Harian Metro
Baca Juga Artikel Menarik Ini :
Harimau Bintang Peliharaan Terlepas, 5 Penduduk Cedera | Seekor harimau bintang yang mengganas di sebuah bandar Pakistan selama enam jam dan mencederakan lima penduduk tempatan berjaya ditembak dengan ubat pelali, lapor akhbar Daily Mirror semalam.
Harimau bintang itu didakwa melarikan diri dari sangkar rumah pemiliknya di ibu kota Pakistan, Islamabad.
Semasa cuba melarikan diri, ia dilihat melompat ke atas tembok dan berkeliaran di kawasan kejiranan sebelum menyerang penduduk tempatan.
Terdapat laporan yang tidak disahkan bahawa salah seorang mangsa meninggal dunia.
Haiwan itu malah menyerang pegawai hidupan liar yang cuba menangkapnya di tempat kejadian. Serangan harimau itu berlaku di kawasan kejiranan DHA Fasa II yang mewah.
Selepas beberapa jam menjejaki haiwan buas itu, pekerja Lembaga Pengurusan Hidupan Liar Islamabad berjaya menenangkannya dengan ubat pelali dan membawanya ke Pusat Penyelamat Haiwan di Zoo Islamabad.
Di bawah bidang kuasa Balai Polis Sahala, seorang suspek yang tidak dinamakan didakwa mengikut Seksyen 324 (cubaan untuk membunuh) dan 289 (kelakuan cuai terhadap haiwan) Kanun Keseksaan (PPC) Pakistan.
Memelihara haiwan liar seperti harimau bintang di kediaman persendirian adalah haram di Pakistan. Siasatan bagaimanapun masih diteruskan.
Sumber: Kosmo