Tentera Parah Terjunam Ke Tanah Selepas Aksi Payung Terjun Gagal | Seorang anggota Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) cedera parah selepas gagal melakukan aksi payung terjun yang menyebabkan dia terjunam ke tanah pada kelajuan 144 kilometer sejam, lapor portal berita MailOnline semalam.
Berdasarkan rakaman kejadian, salah seorang anggota pasukan payung terjun Leap Frog terhempas dengan kuat ketika Pertunjukan Udara Duluth di Minnesota Sabtu lalu.
Cuba Buat Aksi Kaki Terkunci
Mangsa yang dihantar ke hospital Essentia Health St. Mary mengalami kecederaan kritikal dan dilaporkan stabil.
Ketika kejadian, mangsa dan seorang rakan sepasukannya dilaporkan ingin melakukan aksi ‘kaki terkunci’.
Namun, salah seorang mereka gagal melepaskan payung terjun tepat pada masanya.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok, juruhebah pertunjukan itu didengari berkata, ‘dua penerjun itu turun pada kelajuan 144 kilometer sejam’, sebelum menjerit ‘break’ supaya mereka melepaskan kaki.
Terhempas Ke Tanah
Namun, percubaan untuk memutuskan sambungan kaki tergendala lalu menghalang payung terjun mereka untuk mendapatkan angin yang cukup bagi mendarat dengan lancar.
Penyertaan pasukan itu dalam Pertunjukan Udara lain dibatalkan akibat insiden tragis tersebut tetapi pertunjukan udara lain diteruskan seperti yang dirancang.
Sumber : Kosmo
Baca Juga Artikel Ini :
(VIDEO) Wanita Cemas Warga Asing Lompat Dihadapan Kereta Mahu Dilanggar
(VIDEO) Wanita Cemas Warga Asing Lompat Dihadapan Kereta Mahu Dilanggar | Seorang wanita berdepan detik cemas apabila seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba melompat di hadapan kenderaannya dipercayai bagi mencetuskan kemalangan.
Menurut perkongsian video di Instagram wanita tersebut katanya, kejadian berlaku ketika dia sedang melalui kawasan di bulatan Kampung Pandan pada petang semalam.
Lelaki Itu Kejar Dan Panjat Kereta
“Pada mulanya saya memandu perlahan kerana sedang melihat aplikasi Waze, tiba di bulatan, lelaki ini tahan kereta dan mahu saya melanggar dia. Masa saya rakam video ini, sudah seminit juga dia tahan kenderaan saya.
“Saya undurkan kenderaan, tetapi dia kejar saya dan mula panjat kereta saya. Kereta banyak lalu-lalang tapi tiada siapa yang berhenti untuk membantu,” tulisnya.
Katanya, dia kemudian dibantu oleh seorang lelaki yang sedang menaiki basikal dan telah melihat kejadian itu dari awal.
Menerusi rakaman itu, dilihat lelaki terbabit cuba melawan, tetapi akhirnya berjaya diarahkan untuk turun dari kenderaan wanita berkenaan.
“Laporan polis sudah dibuat kerana bimbang jika ada yang mendakwa saya telah melanggar individu tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, wanita berkenaan juga memaklumkan dia tidak sempat berterima kasih kepada lelaki yang membantunya dan meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat sekiranya mengenali individu terbabit.
Tonton Video Terbabit :
View this post on Instagram
So this is what happen to me yesterday. Some guy lompat naik atas kereta and tuduh i langgar dia . Mujur ada yg dtg tolong . But i still kecewa .. byk kereta yg lalu disitu tak berhenti and at least on sekali buat dia takut. Alhamdulillah i lock pintu semua ( selalu kena bebel juga ni ) and lepas ni.. berhati2 if drive sorg2. Siapa kenal that indian guy.. please tag him .. tak sempat say thanks pun ..
Kejadian Tersebut Selalu Berlaku Di Luar Negara
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna bimbang dengan kejadian tersebut yang biasanya berlaku di luar negara.
“Takutnya tengok. Makin menjadi-jadi pula perangai warga asing, nasib baik ada yang membantu,” kata Nardyra.
“Dia nak adik ini jalan dan dia terjatuh jadi dia boleh tuduh adik ini langgar dia dan boleh minta ganti rugi. Terima kasih abang baju merah,” kata Bebe.
“Taktik macam ini dah selalu jadi dekat luar negara untuk tuntut ganti rugi. Risau pula dah berleluasa di Malaysia,” kata Anne.
Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 200,000 kali.
Sumber : Kosmo