Pelajar Jumpa Kepala Tikus Dalam Nasi, Pihak Universiti Kata Leher Itik | Seorang pelajar di China menemui seketul daging berbentuk seakan kepala tikus ketika menikmati hidangan yang dibelinya dari sebuah kafeteria, lapor laman berita Mothership semalam.

Akhbar Shanghai Daily melaporkan, ketulan berwarna hitam, berbulu dan bergigi itu ditemui pada 1 Jun lalu di kafeteria Kolej Politeknik Industri Jiangxi di Nanchang.

Kepala tikus itu ditemui di celah nasi dan potongan kacang panjang.

Pelajar lelaki itu kemudian membuat aduan kepada kakitangan kafeteria.

Bagaimanapun, mereka mendakwa bahawa objek yang tidak dapat dikenal pasti itu merupakan daging itik.

Pelajar itu kemudian memuat naik video penemuan kepala tikus itu di media sosial dan ia mencetuskan bantahan orang ramai.

Pada 3 Jun lalu, pihak pentadbiran mengeluarkan kenyataan bahawa selepas ‘pemeriksaan dan perbandingan berulang kali’, mereka mendapati ketulan itu merupakan leher itik.

Kenyataan itu mencetuskan perdebatan sengit di mana netizen mempertahankan bahawa ia merupakan kepala tikus.

Susulan kejadian tersebut, kafeteria itu kurang menerima pelanggan selepas pelajar lebih memilih untuk memesan makanan dari luar kolej. – Agensi

Sumber : Kosmo

Baca Juga Artikel Menarik Ini :

Tunggu Makanan Lambat Siap, Pelanggan Serang Pekerja Restoran | WASHINGTON – Seorang pelanggan sebuah restoran di Washington, Amerika Syarikat (AS) mengamuk apabila hidangan taco yang dipesannya tidak dimasak dengan pantas, lapor akhbar New York Post semalam.

Seorang pekerja wanita Restoran Chipotle memberitahu laman berita Fox 5 bahawa pelanggan itu bertindak ganas selepas cuba merampas taco dari tangannya.

“Dia cuba merampasnya (taco), namun gagal sebelum saya membuangnya ke dalam tong sampah. Dia kemudian menjadi marah,” kata pekerja itu yang enggan identitinya didedahkan.

Rakaman kejadian memaparkan pelanggan tersebut cuba merampas kotak makanan ketika pekerja itu cuba menghidangkannya.

Setelah pekerja tersebut membuang taco ke dalam tong sampah, lelaki itu mula melempar barang ke arahnya.

Pekerja itu menutup mukanya daripada terkena barangan yang dilempar sebelum melarikan diri ke pintu belakang restoran. Tiada kecederaan dilaporkan ketika kejadian.

Menurut Polis Metropolitan, pegawai yang bertindak balas diberitahu bahawa lelaki itu menjadi marah kerana dia merasakan makanannya tidak disediakan dengan pantas.

Dia kemudian meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki skuter sewa, demikian laporan polis yang diperoleh Fox Business.

Sumber: Kosmo

Baca Juga Artikel Menarik Ini :

[VIDEO] PBT Sita Gerai Makanan, Peniaga Bengang Lempar Bekas Makanan Dan Minuman | Seorang penjaja bertindak mengamuk dan memaki hamun pihak berkuasa tempatan (PBT) yang datang untuk menyita gerai yang dipacak di tepi jalan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Twitter, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan tular di media sosial sejak semalam.

“Hanya berani dengan Melayu, bertabahlah wahai penjaja. Bertolak ansurlah wahai PBT,” tulis pengguna tersebut dalam video itu.

Walau bagaimanapun, PBT tampil membuat penjelasan bahawa penjaja tersebut melakukan beberapa kesalahan sehingga membahayakan pengguna jalan raya dan pembeli.

“Penjaja tersebut berniaga di pintu masuk pasar raya dan persimpangan jalan sekali gus menghalang pandangan pemandu yang keluar simpang.

“Tambah pula kekotoran akibat minyak di atas jalan selain gangguan bau kepada premis perniagaan kain.

“Mereka (penjaja) juga menjalankan perniagaan di tempat parkir kereta di mana ia tidak dibenarkan. Alatan jualan turut ditinggalkan dan menghalang pintu premis,” katanya.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen, ramai mengecam tindakan penjaja berkenaan yang dianggap jelas salah sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Biasanya PBT tidak akan datang jika tiada laporan atau tidak salah. Ini terang-terang ada salah patutlah diambil tindakan itupun sudah diberikan amaran selalunya,” komen Ain.

“Berniaga tidak ikut peraturan PBT lepas itu main ‘race card’, dan rasa terpaling kena tindas. Benda memang salah, tak kira bangsa apa, PBT akan ambil tindakan,” komen pengguna yang lain pula.

Sehingga kini ciapan tersebut telah mendapat 4,749 perkongsian dan 6,983 tanda suka.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply