[VIDEO] Pemandu Nampak Kelibat Misteri Sebelum Cermin Kereta Pecah Dibaling Batu | SEORANG pemandu berdepan detik cemas apabila cermin bahagian belakang penumpang keretanya pecah selepas dibaling batu oleh individu tidak bertanggungjawab di sebuah kawasan berdekatan dengan pusat beli-belah terkemuka di Cheras, Kuala lumpur.

Melalui perkongsian video yang dimuat naik oleh mangsa di TikTok @vyberliaw pada Ahad, kejadian itu berlaku pada pukul 12 tengah malam Sabtu.

@vyberliaw

This happened to us on our way back from Mytown Cheras at 12am. #crime #malaysia #incident #fyp #fypシ #foryou #cheras #mytown #mytownkl #mytowncheras #policemalaysia #malaysiaboleh #malaysiatiktok #malaysiapolice #myfm #hitzfm #flyfm #hotfm #erafm #mixfm #melodyfm #988fm #mediaprima #onefm #goxuan #aifm #litefm #astro #beritatiktok #beritaterkini #beritahariini #beritaharian

♬ original sound – Vyber – Vyber

Menurutnya, pada waktu kejadian, dia dan rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah dari pusat beli-belah di Cheras.

Persekitaran jalan raya pada waktu kejadian juga agak lengang dan hanya dilalui beberapa kenderaan.

Melalui video berdurasi 34 saat tersebut, mangsa dan rakannya berbual seperti biasa dalam kereta sebelum rakannya tadi yang duduk di bahagian penumpang menyedari kelibat seorang individu berada di tengah jalan membaling sesuatu ke arah kenderaan di depan mereka sebelum melarikan diri.

I saw something (Saya nampak sesuatu),” katanya.

Tidak lama kemudian, kenderaan mangsa pula menjadi sasaran dibaling batu. Mangsa yang terkejut dengan keadaan tersebut terus memberhentikan kenderaannya dan melihat keadaan sekeliling.

Menurut mangsa, lelaki tersebut berjaya melarikan diri dan dia sudah membuat laporan di balai polis berdekatan.

Dia turut mengharapkan orang awam yang melalui kawasan tersebut agar sentiasa waspada agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media daripada pihak berkuasa.

Sumber: Majoriti

 

Baca Juga: Lelaki Maut Dibaling Batu Ketika Tunggang Motosikal | Seorang lelaki berusia 18 tahun meninggal dunia di hospital selepas dua samseng membaling batu ke arahnya ketika dia menunggang motosikal di wilayah Satun, Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kullatat Tohem dikejarkan ke hospital pada 2 April lalu akibat kecederaan serius di kepala. Dia dirawat sebelum meninggal dunia petang semalam.

Menurut saudaranya, Kullatat mengalami kerosakan otak dan tidak bertindak balas terhadap rawatan.

Dua suspek, Fasol Tonyale dan Natthakit Dorla menyerah diri di Balai Polis Mueang Stun pada 4 April lalu.

Fasol menafikan semua dakwaan tetapi dipenjarakan selama 12 hari sebelum dibicarakan di mahkamah. Situasi Natthakit lebih ringan kerana dia seorang remaja.

Mereka didakwa melanggar Seksyen 297 Undang-undang Jenayah dengan melakukan kecederaan pada anggota badan hingga menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa.

Hukumannya ialah penjara enam bulan hingga 10 tahun dan denda 10,000 baht (RM1,277) hingga 200,000 baht (RM25,550).

Menerusi temu bual oleh MGR Online, isteri Fasol mendakwa bahawa suami dan rakan-rakannya mempunyai konflik sebelum ini dengan Kullatat.

Kullatat dan rakan-rakannya pernah memasuki rumah mereka untuk mencabar suaminya melawan mereka.

Wanita itu mendakwa suaminya tidak berniat membunuh mangsa dan tindakan itu bertujuan untuk mempertahankan diri.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply