Takut Dijangkiti Covid-19, Wanita Dan Anak Kurung Diri 3 Tahun Dalam Rumah | Seorang wanita di India mengurung dirinya dan seorang anak lelaki di dalam rumah flat mereka selama tiga tahun kerana terlalu takut dijangkiti Covid-19, lapor portal berita MailOnline semalam.

Munmun Majhi, 33 dan anak lelakinya yang berusia 10 tahun diselamatkan oleh polis pada Rabu lalu di rumah mereka di bandar Gurugra, negeri Haryana.

Wanita itu terlalu takut dijangkiti koronavirus sekiranya keluar rumah sehinggakan dia tidak membenarkan suaminya, Sujan Majhi memasuki rumah mereka selepas sehari sekatan pertama Covid-19 dilaksanakan.

Selepas penat dengan keadaan itu, Sujan menghubungi polis dan meminta mereka memeriksa keadaan isterinya.

Sujan yang bekerja sebagai jurutera dan mempunyai syarikat sendiri pada awalnya tinggal bersama rakan dan saudara mara apabila isterinya tidak membenarkan dia masuk tetapi terus membayar sewa dan bil utiliti rumah.

Dia bagaimanapun terpaksa menyewa flat lain untuk dirinya sendiri.

Setelah meminta bantuan polis, seorang pegawai menghubungi Munmun untuk memeriksa kesihatannya, tetapi wanita itu mendakwa dia dan anaknya ‘benar-benar sihat’.

“Kami kemudian membuat panggilan video dan apabila saya melihat kanak-kanak itu, saya beremosi. Rambutnya telah tumbuh hingga ke paras bahu,” kata pegawai itu.

Ketika tiba di rumah itu, polis menemui timbunan sampah dan barangan runcit selain dinding yang berconteng akibat dilukis anak lelaki Majhi untuk menahan bosan.

Selepas mereka menemui budak lelaki itu di salah satu bilik tidur, polis segera membawanya ke hospital.

Pakar Bedah Awam Gurgaon, Dr. Virender Yadav berkata: “Pasukan perubatan, termasuk pakar psikiatri sedang menilai mereka.

Kedua-dua mereka telah dirujuk ke Institut Sains Perubatan Pascasiswazah Pandit Bhagwat Dayal Sharma (PGI) di bandar Rohtak untuk menerima rawatan.

Sumber : Kosmo

Baca Juga Artikel Menarik Ini :

Hampir 70 Peratus Penduduk Shanghai Dijangkiti Covid-19 | Seorang doktor kanan di sebuah hospital terkemuka Shanghai mendedahkan 70 peratus populasi di bandar mega itu dijangkiti COVID-19, ketika China berdepan peningkatan besar kes pandemik berkenaan, lapor media tempatan semalam.

Hampir 70 Peratus Penduduk Shanghai Dijangkiti Covid-19

Penurunan mendadak jangkitan direkodkan selepas beberapa tahun pelaksanaan sekatan ketat dan ia mula dilonggarkan pada bulan lalu.

Naib Presiden Hospital Rujin, Chen Erzhen merangkap seorang anggota panel pakar penasihat COVID-19 Shanghai, menganggarkan majoriti 25 juta penduduk bandar itu dijangkiti.

“Sekarang penularan epidemik di Shanghai sangat meluas dan ia mungkin boleh mencecah 70 peratus populasi iaitu 20 hingga 30 kali ganda lebih (pada April dan Mei),” katanya ketika diwawancara Dajiangdong Studio.

Shanghai bergelut dengan perintah berkurung selama dua bulan pada April lalu.

Ketika itu, lebih 600,000 penduduk dijangkiti dan ramai diheret ke pusat kuarantin beramai-ramai.

Sekarang pula, varian Omicron tersebar berleluasa di seluruh bandar dan pakar menjangkakan jangkitan akan memuncak pada awal tahun ini.

Seperti bandar besar lain termasuk Beijing, Tianjin, Chongqing dan Guanzhou, pegawai kesihatan republik itu berpandangan gelombang sudah mencapai kemuncak.

Tambah Erzhen, hospital Shanghai merekodkan 1,600 kes kemasukan kecemasan setiap hari iaitu dua kali ganda jumlah sebelum sekatan ditarik balik.

Katanya, 80 peratus daripada kes berkenaan dalam kalangan pesakit COVID-19.

“Lebih 100 ambulans tiba di hospital setiap hari,” katanya sambil menambah hampir separuh kemasukan ke unit kecemasan membabitkan golongan berisiko berumur lebih 65 tahun.

Semalam, wartawan AFP di lapangan menyaksikan sendiri keadaan di Hospital Tongren yang sesak dengan pesakit sedang menerima rawatan kecemasan di luar pintu masuk fasiliti berkenaan.

Dalam temubual dengan stesen penyiaran CCTV kelmarin, pegawai Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC), Jiao Yahui mengakui bahawa pihaknya berdepan cabaran besar untuk menangani jangkaan gelombang kemuncak di kawasan luar bandar.

Sumber: BH

Share.

Leave A Reply