Konsep surat tunjuk sebab amat perlu untuk yang perlu kuarantin telah menjadi semakin relevan di dunia hari ini. Apabila kita bekerja, penting untuk melakukan kerja kita dengan baik dan tepati masa. Tetapi kadang, perkara yang kita tidak boleh kawal, seperti jika kita sakit atau jika sesuatu berlaku dengan keluarga kita. Dalam kes wabak virus, bos mungkin memerlukan surat untuk menerangkan sebab kita tidak berada di tempat kerja atau sebab lewat. Surat ini seperti nota khas yang membantu bos kita tahu status apa yang berlaku kepada kita samada sihat atau memerlukan cuti sakit (MC) atas sebab yang tidak dapat dielak. Kita juga boleh direct dengan bos melalui telefon atau melalui chat melalui Whatsapp untuk memberitahu mereka apa yang berlaku, tetapi mereka masih memerlukan surat itu untuk mempunyai rekod rasmi. Dalam artikel ini, kita akan cerita secara lebih lanjut dalam menulis surat tunjuk sebab dalam konteks kuarantin.

kuarantin

 

Contoh Surat Tunjuk Sebab Untuk Keperluan Kuarantin

[Tarikh]

Kepada: [Pegawai Penguatkuasaan Perbatasan / Ketua Pusat Kawalan Penyakit / Pihak Berkuasa Berkaitan]

Tuan/Puan,

Tunjuk Sebab Perlu Kuarantin

Saya, [Nama Anda], dengan ini ingin maklumkan bahawa saya sedang dalam keadaan yang urgent perlu pengasingan dengan segera. Sebagai langkah mencegah wabak dari menular yang mungkin saya alami, saya telah mencapai kata sepakat untuk mengambil cuti dalam tempoh  seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Berikut adalah antara sebab yang saya perlu untuk kuarantin:

  1. Saya telah membuat lawatan ke kawasan di mana peningkatan wabak adalah tinggi.
  2. Saya telah terdedah kepada individu yang disahkan positif (inform sakit apa yang dialami).
  3. Saya telah dimaklumkan yang saya perlu in charge untuk  kuarantin atas sebab faktor wabak tidak merebak.

Harapan saya agar pihak yang turut serta dapat memberikan bantuan dan sokongan yang diperlukan semasa tempoh kuarantin ini.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama dari pihak tuan / puan.

Yang benar,

[Tandatangan Anda]

[Nama Anda]


Lain – lain artikel yang menarik untuk anda :

Surat Permohonan Anjur Program

Contoh Surat Pembatalan Kontrak Sewa Rumah 

Share.

Leave A Reply