Tular Nikah Di Hospital, Selepas 3 Minggu Isteri Meninggal Dunia | Seorang lelaki di Indonesia berkongsi kisah sedih dia sempat bernikah dengan isterinya ketika wanita itu terlantar di katil hospital sebelum meninggal dunia kira-kira tiga minggu kemudian, lapor laman berita Merdeka kelmarin.

Menurut lelaki itu yang dikenali sebagai Eko, isterinya meninggal dunia pada 13 Mac 2023 selepas mereka berkahwin pada 23 Februari lalu.

Berdasarkan video yang tular di laman TikTok, Eko berkongsi gambar pernikahan dia dan isterinya, Alfi.

Wanita berkenaan dikatakan menghidap keadaan Systemic Lupus Erythematosus (SLE) iaitu sejenis penyakit autoimun kronik yang menimbulkan keradangan pada anggota dan organ badan seperti sendi, kulit, buah pinggang dan otak.

Ketika majlis pernikahan tersebut, Eko dilihat menangis di samping Alfi semasa mereka dinikahkan dan membaca doa kesyukuran.

Video pasangan tersebut mendapat perhatian ramai dengan netizen memberikan pelbagai komen yang mengharukan.

“Kuasa cinta. Cinta hingga ke akhir hayat. Tetap kuat dan tabah,” kata seorang pengguna media sosial.

Sumber : Kosmo

Baca Juga Artikel Menarik Ini Juga :

Terperanjat Lihat Isteri Tanpa Solekan, Suami Cerai Isteri Malam Pertama | Seorang lelaki tergamak menceraikan isterinya beberapa jam selepas berkahwin gara-gara rasa tertipu selepas melihat wajah asli isterinya tanpa solekan, lapor Detik.com.

Kisah tular pasangan dari China tersebut membabitkan seorang lelaki bernama Cao yang bertemu pasangannya yang bernama Trang di media sosial. Cao dilaporkan berusia 30 tahun, manakala Trang berumur 47 tahun.

Walaupun mempunyai perbezaan jarak umur yang agak jauh, mereka dilaporkan tetap ingin meneruskan hubungan percintaan tersebut.

Sejak pertemuan pertama mereka, Cao difahamkan terus tertarik dengan penampilan Trang yang cantik, penyayang, yakin dan matang itu. Tambahan pula, latar belakang keluarga mereka juga dikatakan agak serupa.

Selepas bercinta untuk seketika, Cao kemudiannya memutuskan untuk melamar Trang. Perkahwinan Cao dan Trang diadakan secara ringkas di kampung halaman mereka.

Pada malam pertama perkahwinan itu, Cao berasa sangat gembira namun akhirnya kebahagian itu lenyap selepas dia melihat wajah asli isterinya tanpa solekan. Cao begitu terkejut apabila melihat wajah sebenar isterinya tanpa mengenakan sebarang alat solek.

Ternyata setiap kali mereka bertemu sepanjang percintaan mereka, Trang akan sentiasa bersolek dan berpakaian rapi. Kemahiran Trang dalam menata rias wajahnya telah membuatkan Cao tidak mengenali wajah asli isterinya itu.

Kejutan itu telah membuatkan Cao rasa tertipu dan akhirnya pada malam tersebut dia meminta cerai lalu menghalau isterinya keluar dari rumah.

Trang cuba untuk menjelaskan kepada Cao bahawa dia melakukan perkara tersebut kerana mahu kelihatan cantik seperti wanita lain dan memberikan tanggapan baik kepada Cao.

Kerana kecewa dengan sikap suaminya itu, Trang akhirnya memberikan dua pilihan kepada Cao untuk dibuat.

Pilihan pertama, mereka berdua akan mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah dan terus tinggal bersama. Pilihan kedua pula, pasangan itu akan bercerai tetapi Cao perlu membayar wang pampasan kepada Trang sebanyak 200,000 yuan (RM127k).

Cao yang merasakan dirinya ditipu serta tuntutan yang diberikan Trang itu tidak masuk akal telah meminta bantuan pihak berkuasa untuk menyelesaikannya.

Pun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada pasangan tersebut akhirnya bercerai atau tidak.

Sumber: Siakap Keli

Share.

Leave A Reply