Author: Admin Baik

Tular Di Medsos Rakaman UFO, Rupanya Tangki Air | Netizen di India gempar apabila sebuah hantaran tular di media sosial memaparkan gambar yang didakwa mereka sebagai objek terbang tidak dikenali (UFO), lapor laman berita First Post. Berdasarkan rakaman yang dikongsikan di laman Twitter, seorang netizen berkata, dia menerima hantaran imej tersebut daripada seorang rakannya di New Delhi yang menyangka ia adalah sebuah piring terbang. Bagaimanapun, jika diperhatikan secara teliti, imej sama ternyata sebuah tangki air yang tidak dapat dilihat dengan jelas disebabkan jerebu teruk melanda ibu negara India itu. Bahagian atas tangki tersebut berbentuk seperti piring terbang yang sering dikaitkan…

Read More

Suami Isteri M4ut Motosikal Dinaiki Bertembung Pacuan Empat Roda | Pasangan suami isteri yang dalam perjalanan pulang menghadiri kenduri kahwin maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 16 Jalan Bentong-Raub di sini hari ini. Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu ialah penunggang motosikal Anuwar Razali, 26, dan isterinya Nisah Abas, 26, berasal dari Kampung Orang Asli Sungai Miak. Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa dalam perjalanan balik ke Kampung Sungai Miak selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Paning di sini. “Hasil siasatan awal…

Read More

Kad ATM Tertinggal Atas Menu, Wanita Belakang ‘Kantoi’ Guna Beli Burger | Seorang wanita ‘kantoi’ menggunakan kad ATM milik seorang lelaki dipercayai tertinggal kad berkenaan atas menu di sebuah kedai burger di Stadium Sultan Ibrahim semalam. Menurut lelaki berkenaan, sebelum kejadian, wanita bertudung biru itu beratur di belakangnya bersama seorang lelaki yang sedang mendukung bayi. “Semalam saya makan di WoodFire di Stadium Sultan Ibrahim ketika perlawanan Persahabatan Johor Darul Takzim dan Persis Solo. “Saya memakai baju putih dan kad debit tertinggal di atas menu. “Pencuri (wanita bertudung biru) selamba menggunakan kad debit saya yang tertinggal untuk beli burger,” katanya di…

Read More

Raja Charles III Dibaling Telur Oleh Penunjuk Perasaan | Seorang penunjuk perasaan ditahan kerana membaling telur ke arah Raja Charles III dan isteri, Queen Consort Camilla semasa lawatan diraja di Yorkshire, lapor agensi berita United press International (UPI) semalam. Polis Yorkshire Utara berkata, lelaki berusia 23 tahun itu diberkas kerana mengganggu ketenteraman awam dan masih dalam tahanan. Dia dilaporkan menjerit ‘negara ini (Britain) dibina menggunakan darah hamba-hamba’, sambil membaling telur tetapi tiada satu pun mengena pasangan monarki itu. “Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam susulan insiden di Micklegate, Yorkshire. Dia masih dalam tahanan polis,” kata Polis…

Read More

Kereta Terbabas Masuk Sungai Selepas Lulus Ujian Memandu | Seorang gadis di Britain menjadi mangsa kecaman netizen kerana memandu kereta sehingga terbabas ke dalam sebatang sungai selepas lulus ujian memandu, lapor akhbar New York Post semalam. Video kemalangan kereta itu mendapat 2 juta tontonan di TikTok sebelum dipadamkan. “Hanya kerana anda lulus ujian memandu dengan baik, ia tidak bermakna anda seorang pemandu yang hebat,” kata Leia Darnell, 18, kepada laman berita NeedToKnow.online mengenai kemalangan itu. Leia yang berasal dari bandar Oxford, teruja memandu kereta Volkswagen Polo miliknya selepas lulus ujian memandu dua bulan lalu dengan hanya membuat satu kesalahan kecil.…

Read More

Pekerja Ladang M4ut Rempuh Lembu Tidur Atas Jalan | Seorang pekerja ladang maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor lembu yang sedang tidur di atas jalan raya di Jalan Felda Aring 6 di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa, Mohammad Shahrul Hakimi Haslimi, 22, yang cedera parah pada kepala disahkan meninggal dunia semasa tiba di Klinik Kesihatan Felda Aring 1 di sini. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dari arah Felda Aring 6 menuju ke…

Read More

Tertekan Dikuarantin, Wanita Ditemui [email protected] Terjun Tingkat 12 | Seorang wanita maut terjatuh dari tingkat 12 sebuah bangunan pangsapuri di China akibat tertekan selepas rumahnya dikunci dari luar ketika menjalani perintah berkurung Covid-19, lapor akhbar Daily Star semalam. Wanita berusia 55 tahun yang hanya dikenali sebagai Wang itu dilaporkan mengalami masalah kesihatan mental. Bangunan apartmen tersebut di daerah Xincheng di Hohhot yang merupakan sebuah bandar di wilayah Inner Mongolia, dikuarantin selepas dua kes Covid-19 dilaporkan pada 26 Oktober lalu. Pegawai tempatan mengeluarkan kenyataan Ahad lalu menyatakan bahawa ahli keluarga mangsa telah menghubungi pekerja komuniti yang bertugas serta menelefon talian kecemasan…

Read More

Wanita Terima Padah Tendang Motosikal Orang | Sebuah video tular di media sosial India memaparkan seorang pembonceng motosikal terjatuh di atas jalan raya selepas menendang sebuah motosikal lain yang dinaiki oleh seorang wanita, lapor stesen penyiaran NDTV hari ini. Dalam video tersebut, pembonceng yang juga seorang wanita itu dilihat menaiki motosikal bersama seorang lelaki di lokasi yang tidak dinyatakan. Di sebelah mereka, seorang penunggang wanita lain dilihat bergerak seiring, sebelum pembonceng tersebut menendang ke arah kenderaan itu. Dia bagaimanapun hilang keseimbangan lalu jatuh bergolek di atas jalan raya tanpa disedari lelaki yang menunggang motosikal itu. Dalam masa sama, penunggang motosikal…

Read More

Puluhan Bangkai Kucing & Kurus Kering Ditemui Dlm Rumah Wanita | Sedih dan kasihan melihat haiwan yang tidak berdosa didera serta tidak diberi makan hingga kurus kering diperlakukan sedemikian demi meraih sumbangan orang ramai. Baca selanjutnya.. Sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan menemui 63 bangkai kucing, seekor bangkai anjing dan 80 haiwan masih hidup dalam keadaan kurus kering di sebuah rumah di Bangkok pada Jumaat lalu, lapor laman berita Thaiger semalam. Watchdog Thailand bekerjasama dengan pasukan polis dari Balai Polis Khan Na Yao dan Jabatan Ternakan bagi memeriksa rumah tersebut selepas menerima laporan penduduk setempat yang bimbang berlakunya pengabaian haiwan di…

Read More

Pemuda Berjalan 26KM Balik Rumah Gara-Gara LRT Tutup | Seorang pemuda terpaksa berjalan sejauh 26 kilometer (km) untuk pulang ke rumah disebabkan gangguan Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid Rail melibatkan laluan Kelana Jaya petang semalam. Bukan itu sahaja, dia perlu meredah hujan, cuba menaiki LRT di stesen-stesen yang lain di samping menaiki bas untuk pulang ke rumahnya di Lembah Keramat. Itu yang diceritakan seorang pemuda menerusi TikTok Adam Eji mengenai pengalamannya yang mana dia berjalan dari Universiti Malaya (UM) ke LRT Kerinchi, namun disebabkan stesen itu tutup, dia mengambil keputusan meneruskan perjalanan ke Stesen LRT KL Sentral. “Maka saya berjalan…

Read More