PRU-15: Najib Dinamakan Calon Parlimen Pekan, Ini Sebabnya.. | UMNO Bahagian Pekan kekal enamakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai antara lima calon diketengahkan untuk Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Najib yang juga penyandang kerusi itu kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman ke atasnya berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Zamri Ramly, mengesahkan nama Najib antara lima calon dikemukakan bahagian itu untuk diserahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

Beliau juga menolak jangkaan ramai pihak bahagian itu akan menamakan dua anak Najib, Datuk Nizar Najib atau Nooryana Najwa, bertanding di kerusi berkenaan.

“Tiada perancangan meletakkan anak Datuk Seri Najib untuk bertanding di Parlimen Pekan jika beliau tidak layak bertanding.

“Sebaliknya, sesiapa yang dipilih bertanding di situ nanti akan menyerahkan kembali kerusi Parlimen Pekan kepada Datuk Seri Najib selepas mendapat pengampunan,” katanya seperti dilapor dalam FMT yang memetik Utusan Malaysia.

Beliau berkata, Nizar dicalonkan namun di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan Chini, Bebar, Peramu Jaya dan Pulau Manis.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pada PRU-14, Najib mempertahankan kerusi Parlimen itu selepas memperoleh kemenangan majoriti besar 24,859 undi mengatasi tiga lagi pencabarnya di kerusi berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen di media sosial, ramai netizen memberi pelbagai komen terhadap isu ini.

“Barangkali, suatu hari nanti, orang yang sudah meninggal pun boleh bertanding. Barangkali, suatu hari nanti. Janji, ada kabel dan orang dalam” Kata seorang netizen.

“Dah salah, dah jatuh hukum, dah masuk penjara dan masih boleh jadi calon.” ujar netizen lain.

“Tak pahamlah, tolak isu politik jap. Nak tanya apa beza najib masuk penjara boleh bertanding dan anwar masuk penjara hilang terus hak kerusi parlimen? Boleh sesiapa jelaskan tak?” tanya seseorang di komen.

“Sebab najib baru dicalonkan belum lagi dapat perkenan majlis tertinggi. Baru dihantar untuk dicalonkan” Jawab seorang yang lain.

“Aku tak faham.setahu aku la bila dah jadi banduan, hukuman dah dijatuhkan, hilang kelayakan jadi ahli parlimen, pelik malaysia ku.” komen netizen lagi.

Sumber : BH

Share.

Leave A Reply