Seorang ah long atau pemberi pinjam wang tanpa lesen di Thailand melepaskan lapan das tembakan terhadap seorang penghutang pada bahagian kepalanya dekat luar sebuah kedai teh di wilayah Songkhla, Ahad lalu, lapor laman berita Thaiger pada 11 Oktober.

Lelaki Maut Ditembak Lapan Kali Di Kepala. Ini Cerita Sebenar..

Pegawai dari Balai Polis Khuan Meed menerima satu panggilan pada pukul 8 malam (waktu tempatan) mengenai seseorang yang ditembak mati di daerah Chana.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, mereka menemui mayat Chusit, 42, dalam keadaan berlumuran darah akibat ditembak sebanyak lapan kali pada bahagian kepala. Sepucuk pistol yang ditemui turut diambil sebagai bahan bukti.

Saksi memberitahu, mereka pada awalnya melihat Chusit masuk ke kedai teh berkenaan dan memesan minuman.

Seorang lelaki bersenjata kemudian muncul dan menjerit: “Bang bang bang”, menyebabkan Chusit berpaling dan berjalan keluar dari kedai.

Suspek seterusnya mengeluarkan pistol dan menembak Chusit sebanyak lapan kali di kepalanya sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Menurut saudara Chusit, sebelum meninggalkan rumahnya pada petang kelmarin, dia menerima panggilan daripada ah long yang menyuruhnya pergi ke kedai teh dan meminta mangsa membawa wang yang dipinjam ke kedai itu.

Polis menggunakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) untuk cuba menjejaki pembunuh Chusit.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply