Author: Syifa' Syakinah

Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 128.4 Lebuhraya Utara Selatan (Pagoh-Yong Peng) dekat sini pada Ahad. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila lelaki berusia 32 tahun itu terlanggar belakang sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada enjin. “Akibat perlanggaran itu menyebabkan lelaki yang berasal dari Kulai itu mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta berusia 59 tahun sekadar cedera ringan. “Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nora, Batu Pahat untuk bedah siasat…

Read More

Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Lahad Datu di Dewan Sri Perdana di Lahad Datu semalam dicemari oleh insiden pergaduhan dipercayai akibat provokasi sehingga menyebabkan dua individu cedera. Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Rohan Shah Ahmad berkata dalam insiden pada 2.45 petang itu, seorang daripada mangsa yang cedera adalah kakitangan Badan Perhubungan Umno Sabah manakala seorang lagi Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Lahad Datu. “Suspek yang terlibat dalam kekecohan ini telah dikenal pasti iaitu dua lelaki berumur 33 dan 38 tahun yang juga merupakan ahli biasa Umno Bahagian Lahad Datu. “Polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Aman 2012…

Read More

Polis merampas satu bahan larangan berupa ubat gigi daun ganja yang dialamatkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata kes pada Jumaat lalu susulan laporan dibuat kakitangan kaunter pertanyaan Kementerian Ekonomi, memaklumkan menerima satu panggilan jam 9.10 pagi dari sebuah syarikat penghantaran. Katanya, kakitangan lelaki itu memaklumkan syarikat penghantaran terbabit memberitahu terdapat satu bungkusan di atas nama Rafizi dan Anwar di hab Pulau Meranti, Dengkil. “Berdasarkan maklumat, bungkusan itu disyaki mengandungi barang terlarang mengandungi daun ganja. Jadi, perkara itu telah dimaklumkan kepada Setiausaha…

Read More

Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini pada Isnin memerintahkan pelakon, Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri. Perintah itu dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah. Terdahulu, Hafidz, 29, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk pipi kiri isterinya sebanyak tiga kali hingga luka dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini pada 2 Mac lalu. Bintang filem Pusaka berkenaan membuat pengakuan tidak bersalah itu sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya. Mengikut pertuduhan, Hafidz atau nama…

Read More

Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin – yang beberapa hari lalu berdepan dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram – mengakui dia sukar untuk tidur malam. “Apabila saya membaca (berita) selepas pertuduhan, sukar untuk tidur malam. Isteri saya, di sebelah saya, sukar untuk tidur. Anak-anak saya risau… biasalah. “Namun apabila saya baca, jika didapati bersalah atas pertuduhan ini saya akan dipenjarakan selama 20 tahun,” katanya. Pada 10 Mac lalu ahli parlimen Pagoh itu mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta. Dia didakwa di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur,…

Read More

Pelakon Kamal Adli mengalami cedera parah didakwa akibat diserang oleh individu tidak dikenali, di Singapura, malam tadi. Isteri juga pelakon, Uqasha Senrose ketika dihubungi berkata, insiden tidak diduga berkenaan disifatkan berlaku dalam sekelip mata ketika mereka sedang berada pada satu acara karnival jualan di negara jiran itu. “Kami ada acara ekspo di Singapura. Hari ini adalah hari terakhir dan kami dah nak selesai. Lebih kurang jam 10 malam, ada seorang makcik nak bergambar di kerusi roda. “Saya dan suami bergambar dengan makcik itu. Tiba-tiba, ada seorang lelaki datang dan bertanya, Kamal mana. “Kami fikir, dia peminat. Kamal tegur dia, tiba-tiba…

Read More

Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal cedera dihempap dahan pokok ketika menunggang motosikal menuju ke tempat kerjanya di sini pagi semalam. Dalam kejadian pukul 8.10 pagi di Jalan Presint 7D itu, mangsa dikenali sebagai Mazlan Mohd Emran, 27, mengalami cedera ringan di tangan. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa kini sedang dirawat di Hospital Putrajaya. Beliau berkata, siasatan mendapati, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya sebelum terbabit kemalangan itu. “Siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal di lorong paling kiri sebelum dihempap oleh sebatang pokok reput yang di…

Read More

Pelakon dan Pengarah Filem, Mohd Shamsul Md Yusof atau Syamsul Yusof, 39, dilaporkan enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, dalam prosiding penceraian di Mahkamah Rendah Syariah hari ini, lapor Sinar Harian. Difahamkan pengarah filem ‘Mat Kilau’ bersama peguam syarie, Rushdan Sujak yang mewakilinya selaku defendan berkata demikian sewaktu di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas. Manakala Puteri Sarah sebagai plaintif hadir bersama penguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader. Berikutan itu, kedua-dua pihak diperintahkan untuk melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam permohonan cerai itu. Pasangan tersebut tiba di mahkamah pada jam 9.00 dan 9.38 pagi tadi bagi sebutan…

Read More

Tiga buah bank bersetuju untuk memberikan moratorium sehingga enam bulan kepada mangsa banjir di Johor. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiga buah bank itu adalah Malayan Banking Bhd (Maybank), CIMB Bank Bhd (CIMB) dan Agrobank. “Dengan langkah ini, semalam dan hari ini kita menghubungi bank-bank lain supaya mengikuti langkah yang diambil,” katanya semasa pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat. Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) yang meminta penjelasan kerajaan mengapa masih tidak melaksanakan darurat banjir khususnya di Johor dengan jumlah mangsa banjir terus melonjak di pusat pemindahan sementara (PPS). Semalam, Menteri Besar Johor, Datuk…

Read More

Terputus bekalan air dan terpaksa menumpang di rumah kakak angkat. Itu alasan diberikan seorang duda ketika dicekup berkhalwat bersama janda yang memiliki 11 anak di Taman Maju, di sini, pada Ahad. Bapa kepada dua anak berusia 35 tahun itu yang juga anggota pasukan keselamatan itu memberi alasan berkenaan bagi meraih simpati penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang melakukan serbuan. Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pemeriksaan lanjut mendapati wanita berusia 46 tahun itu adalah tunangan orang yang bakal berkahwin kali ketiga pada April depan. Menurutnya, lapan anggota Unit Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Jasin (PAIDJ)…

Read More