Author: Syifa' Syakinah

Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap kerajaan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha-usaha memajukan ekonomi negara dan memelihara kebajikan rakyat. Beliau berkata ia termasuk mempertimbangkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium pinjaman bank. “Itulah tugas hakiki kerajaan. Dengarlah suara rakyat yang mahukan pembelaan. “Misalnya, apalah salahnya kerajaan mempertimbangkan pengeluaran wang KWSP secara bersasar sekiranya itu adalah kehendak rakyat bagi membantu meringankan beban mereka di kala susah ini,” katanya pada sesi perbahasan Titah Diraja di Persidangan Parlimen di sini hari ini. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu turut berkata bank-bank terus membuat untung walaupun ketika negara berhadapan dengan…

Read More

Seorang lelaki 35 tahun mengalami kecederaan parah apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan 7 buah kereta dan sebuah motosikal dekat Jalan Dato Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail di sini, pagi tadi. Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM, PBK II (KUP) Rahmat Sabarudin memaklumkan pihaknya merima panggilan kecemasan dari MERS 999 pada jam 9.10 pagi. “Sepasukan operasi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat BBP Taman Tun Dr Ismail bersama sebuah jentera FRT dengan 6 kekuatan anggota lain-lain pangkat dikerah ke lokasi kejadian.” katanya dalam satu kenyataan. Rahmat berkata, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba pada jam…

Read More

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin secara rasminya dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini. Tidak hanya itu, dalam masa sama Khairy yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Rembau itu turut dilantik menjadi Penasihat Belia Johor. Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan perkara itu dengan membuat satu kenyataan di laman Facebook. Difahamkan, pelantikan itu dibuat berdasarkan kredibiliti dan pengalaman Khairy dalam mengendali urusan negara. TMJ percaya dengan pengalaman yang dimiliki oleh Khairy mampu memberikan kemajuan kepada belia dan bola sepak Johor. “Saya telah bertemu dengan Khairy Jamaluddin dan bersetuju untuk melantik beliau…

Read More

Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdogan dilaporkan telah azan dan menamakan seorang bayi mangsa gempa bumi yang baru lahir di sebuah hospital di Istanbul pada Isnin lalu, lapor Anadolu Agency. Semasa melawat mangsa gempa bumi yang terselamat di Basaksehir Cam dan Hospital Sakura City, Erdogan telah mengazankan seorang bayi perempuan yang baru lahir itu. Erdogan juga telah menamakan bayi berkenaan “Ayse Betul” dan memanggilnya sebanyak tiga kali. Menurut laporan Anadolu Agency, penamaan bayi perempuan tersebut dibuat atas permintaan dari ibu bayi itu sendiri. Beribu-ribu mangsa yang terselamat kini menerima rawatan di banyak bandar, termasuk Istanbul dan Ankara. Sekurang-kurangnya 31,643 orang terkorban…

Read More

Lelaki yang cedera ditikam seorang pesakit mental di Hospital Selayang, di sini semalam disahkan berada dalam keadaan stabil. Difahamkan, mangsa yang menghidap demam denggi datang ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan sebelum diserang. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berhubung kejadian itu, pihaknya akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) berhubung pesakit mental di wad kecemasan dan klinik. “Sebelum tular maklumat yang salah, saya ingin memaklumkan bahawa kejadian lelaki ditikam (semalam) membabitkan pesakit mental yang dibawa ke hospital oleh polis. “Ia boleh terjadi di mana-mana sahaja, jadi kita akan mengkaji semula SOP berhubung pesakit mental bagi…

Read More

Seorang bekas Menteri Kewangan dan beberapa individu kenamaan lain antara disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pendedahan ‘Pandora Papers’ yang mendedahkan mengenai penyimpanan harta luar biasa di luar negara. Difahamkan, menteri berkenaan sudah diambil keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Sumber yang dilapor BH berkata, siasatan ketika ini adalah menjurus kepada kekayaan luar biasa yang dimiliki beberapa individu dan kaitan dengan syarikat luar pesisir di luar negara. SPRM juga menyiasat, adakah terdapat hubung kait kewangan yang dimilik hasil daripada tender dan projek kerajaan. Setakat ini juga, difahamkan tiada pembekuan aset dilakukan oleh SPRM. Malah ramai lagi individu termasuk bekas…

Read More

“Saya hendak beritahu, dalam sejarah kita, sama ada (jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan) digabungkan atau tidak, itu bukan masalah. “Yang masalahnya guna kedudukan untuk rompak harta rakyat,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu dua jawatan disandang beliau ketika ini. Beliau berkata, ketirisan boleh berlaku kepada sesiapa saja jika gelap mata, menggunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan diri sendiri. “Ini terpakai di banyak kalangan. Yang bersih sama ada belah sana (pembangkang) atau belah sini (kerajaan) jangan bimbang. “Tetapi yang terpalit dengan rasuah itu harus rasa tertekan dan bimbang. “Saya bertekad apapun telahan dibuat, saya akan gunakan segala…

Read More

Bekas ketua hal ehwal pasukan polis Indonesia dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah merancang pembunuhan pengawal peribadinya pada 8 Julai tahun lalu. Tertuduh, 50, juga didapati bersalah kerana menghalang keadilan dengan mengarahkan supaya rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipadamkan, kata ketua panel hakim Wahyu Iman Santoso. Beliau berkata bekas jeneral itu didapati bersalah dan mahkamah mendapati tindakannya telah mencemarkan imej pasukan polis. Tindakan tertuduh telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat awam dan sebagai pegawai penguatkuasa undang-undang dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, kata Wahyu dalam penghakiman yang disiarkan secara langsung di televisyen tempatan hari ini. Mahkamah Daerah Jakarta Selatan juga menolak…

Read More

Berebut wanita dipercayai motif pembunuhan lelaki yang mayatnya ditemui terapung di tasik belakang Masjid Haji Fisabilillah, Cyberjaya semalam. Susulan penemuan itu, polis menahan tiga lelaki warga India berusia 23 hingga 52 tahun secara berasingan, semalam dan awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, suspek yang ditahan bekerja di pusat mencuci kereta di Kampung Sri Aman, Puchong. Katanya, dua daripada mereka diberkas pada 8 malam di hadapan rumah TNB di Kampung Sri Aman, manakala suspek ketiga yang berusia 52 tahun ditahan pada 2.30 pagi tadi di Taman Puchong Prima. Menurutnya, pihaknya turut merampas…

Read More

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan dirinya akan berehat seketika dari arena politik dan akan memikirkan serta membuat perancangan baharu. Azmin Ali yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu memaklumkan perkara tersebut di laman Twitter miliknya pada Ahad. Walau bagaimanapun, Azmin berkata beliau akan terus tekad untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. “Kepada semua rakyat Malaysia, ini adalah fasa berehat dalam kerjaya saya untuk berkhidmat kepada rakyat bagi memikirkan perancangan baharu. “Namun begitu, tekad saya untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat tidak akan putus,” katanya. Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor Sebelum ini, media melaporkan PN tidak menolak…

Read More