Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin – yang beberapa hari lalu berdepan dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram – mengakui dia sukar untuk tidur malam. “Apabila saya membaca (berita) selepas pertuduhan, sukar untuk tidur malam. Isteri saya, di sebelah saya, sukar untuk tidur. Anak-anak saya risau… biasalah. “Namun apabila saya baca, jika didapati bersalah atas pertuduhan ini saya akan dipenjarakan selama 20 tahun,” katanya. Pada 10 Mac lalu ahli parlimen Pagoh itu mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta. Dia didakwa di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur,…
Author: Syifa' Syakinah
Pelakon Kamal Adli mengalami cedera parah didakwa akibat diserang oleh individu tidak dikenali, di Singapura, malam tadi. Isteri juga pelakon, Uqasha Senrose ketika dihubungi berkata, insiden tidak diduga berkenaan disifatkan berlaku dalam sekelip mata ketika mereka sedang berada pada satu acara karnival jualan di negara jiran itu. “Kami ada acara ekspo di Singapura. Hari ini adalah hari terakhir dan kami dah nak selesai. Lebih kurang jam 10 malam, ada seorang makcik nak bergambar di kerusi roda. “Saya dan suami bergambar dengan makcik itu. Tiba-tiba, ada seorang lelaki datang dan bertanya, Kamal mana. “Kami fikir, dia peminat. Kamal tegur dia, tiba-tiba…
Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal cedera dihempap dahan pokok ketika menunggang motosikal menuju ke tempat kerjanya di sini pagi semalam. Dalam kejadian pukul 8.10 pagi di Jalan Presint 7D itu, mangsa dikenali sebagai Mazlan Mohd Emran, 27, mengalami cedera ringan di tangan. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa kini sedang dirawat di Hospital Putrajaya. Beliau berkata, siasatan mendapati, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya sebelum terbabit kemalangan itu. “Siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal di lorong paling kiri sebelum dihempap oleh sebatang pokok reput yang di…
Pelakon dan Pengarah Filem, Mohd Shamsul Md Yusof atau Syamsul Yusof, 39, dilaporkan enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, dalam prosiding penceraian di Mahkamah Rendah Syariah hari ini, lapor Sinar Harian. Difahamkan pengarah filem ‘Mat Kilau’ bersama peguam syarie, Rushdan Sujak yang mewakilinya selaku defendan berkata demikian sewaktu di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas. Manakala Puteri Sarah sebagai plaintif hadir bersama penguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader. Berikutan itu, kedua-dua pihak diperintahkan untuk melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam permohonan cerai itu. Pasangan tersebut tiba di mahkamah pada jam 9.00 dan 9.38 pagi tadi bagi sebutan…
Tiga buah bank bersetuju untuk memberikan moratorium sehingga enam bulan kepada mangsa banjir di Johor. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiga buah bank itu adalah Malayan Banking Bhd (Maybank), CIMB Bank Bhd (CIMB) dan Agrobank. “Dengan langkah ini, semalam dan hari ini kita menghubungi bank-bank lain supaya mengikuti langkah yang diambil,” katanya semasa pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat. Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) yang meminta penjelasan kerajaan mengapa masih tidak melaksanakan darurat banjir khususnya di Johor dengan jumlah mangsa banjir terus melonjak di pusat pemindahan sementara (PPS). Semalam, Menteri Besar Johor, Datuk…
Terputus bekalan air dan terpaksa menumpang di rumah kakak angkat. Itu alasan diberikan seorang duda ketika dicekup berkhalwat bersama janda yang memiliki 11 anak di Taman Maju, di sini, pada Ahad. Bapa kepada dua anak berusia 35 tahun itu yang juga anggota pasukan keselamatan itu memberi alasan berkenaan bagi meraih simpati penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang melakukan serbuan. Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pemeriksaan lanjut mendapati wanita berusia 46 tahun itu adalah tunangan orang yang bakal berkahwin kali ketiga pada April depan. Menurutnya, lapan anggota Unit Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Jasin (PAIDJ)…
Berjaya mengetepikan pilihan utama dan membuatkan penghuni akademi terkejut ketika bangun solat Subuh adalah ‘salam perkenalan’ daripada bintang tenis muda negara, Annas Farish Annas Shukhairy yang berpangkalan di Florida, Amerika Syarikat (AS) sejak November lalu. Baru-baru ini pemain berusia 16 tahun itu mengejutkan ramai penggiat tenis di sana termasuk pihak akademi tempat dia berlatih, Akademi Tenis Bolt apabila berjaya muncul juara Kejohanan Bawah 16 tahun Kelab Harbour Island Athletic. Annas Farish berjaya muncul juara selepas menumpaskan wakil tuan rumah, Josh Spier 6-3, 6-2 namun sebelum itu di pusingan pertama dia berjaya mengejutkan pilihan utama, Carter Ford 3-6, 6-4 (10/8). “Ini…
Seorang wanita berusia 29 tahun dicekup berkhalwat bersama rakan suaminya di rumah mereka di Semabok, di sini, awal pagi tadi. Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, ibu kepada dua anak dan pasangannya lelaki berusia 61 tahun itu ditahan dalam serbuan jam 1.05 pagi. Menurutnya, ketika pemeriksaan, wanita itu mengaku suaminya berusia 38 tahun tiada di rumah kerana bekerja shif malam sebagai pengawal keselamatan di Batu Berendam. “Wanita itu mengaku hanya dia bersama dua anak berusia tiga tahun dan tiga bulan berada di dalam rumah bersama rakan sekerja suaminya itu. “Lelaki itu pula mendakwa sudah…
Tiga remaja direman empat hari bagi membantu siasatan kes pergaduhan melibatkan dua kejadian di taman perumahan awam dan kawasan tempat letak kenderaan pasar raya di Ara Damansara di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian merusuh itu pada 11.24 malam. “Susulan maklumat itu, pada 1.10 pagi sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berjaya menahan tiga remaja berusia 14 hingga 16 tahun di sekitar kawasan berkenaan. Jelasnya, dalam kejadian jam 11 malam itu, dua kumpulan remaja itu telah bergaduh kerana ejek-mengejek antara satu sama lain.…
Tular di laman sosial video individu mengutip beberapa naskhah al-Quran yang dipercayai dibuang pihak tidak bertanggungjawab di dalam longkang berhampiran lombong Taman Sri Murni, di sini. Menerusi video berkenaan, individu yang merakam menunjukkan anak lelakinya berada di dalam longkang untuk mengutip al-Quran yang dibuang. Sementara itu, seorang lagi lelaki dilihat menyusun al-Quran yang dikeluarkan daripada longkang berkenaan. Ada al-Quran sudah terkoyak kulit muka depannya manakala yang lain dalam keadaan baik. Lelaki yang merakam video turut meluahkan rasa kesalnya terhadap individu yang tergamak melakukan perbuatan berkenaan. “Tengok la zaman sekarang akhir zaman, manusia tak tahu apa cerita. “Mana yang buat kerja,…