Author: Syifa' Syakinah

Perikatan Nasional (PN) akan menyediakan komputer riba kepada semua guru bagi memudahkan golongan pendidik itu sebagai antara usaha meningkatkan kecekapan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Pengerusi Jawatankuasa Tawaran PN, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, perkara itu antara tawaran di bawah manifesto gabungan itu untuk memantapkan sektor pendidikan negara. Beliau berkata, meskipun guru sudah dilatih dalam konteks pendigital sepanjang Covid-19, tetapi tawaran itu membantu meningkatkan kecekapan proses PdP kepada mereka. “Semua guru kita akan disedia komputer riba sebab apa dengan teknologi digital ini banyak perkara boleh dimudahkan. “Kalau kita buat dulu secara manual satu persatu mengambil masa kita bentuk satu sistem…

Read More

Seorang pengasuh nekad meredah asap tebal sambil mendukung bayi lelaki berusia tiga bulan bagi menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran rumah di Jalan Raja Muda Musa, yang terletak berhampiran pintu gerbang Kampung Baru di sini malam tadi. Robiah Abdul Raof, 38, berkata ketika kejadian dia bersama bayi yang dijaganya berada di dalam rumah sebelum terlihat asap di bahagian atas. “Ketika itu, bayi sedang tidur dan saya segera keluar menyelamatkan diri tanpa sempat membawa pakaian atau dokumen pengenalan. “Keadaan ketika itu api sedang marak (di tingkat atas) dan asap banyak tetapi saya nekad untuk selamatkan diri dan bayi yang saya asuh sejak tiga bulan lepas.…

Read More

Lima lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan yang melibatkan dua pasukan bola sepak di sebuah padang bola di Saujana Putra, Kuala Langat malam tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd [email protected] berkata pihaknya menerima laporan pada 12.30 pagi dari seorang lelaki yang mendakwa telah dipukul semasa berlaku pergaduhan di padang bola. “Polis pada hari yang sama telah mengesan satu video berdurasi 58 saat yang dimuat naik di media sosial mengenai kejadian itu. “Kejadian berpunca disebabkan pihak pasukan lawan tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan,” katanya dalam kenyataan. Ahmad Ridhwan berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan…

Read More

Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias berkata, beliau kini sudah sihat daripada penyakit kulit yang dihidapinya. Menurutnya, ia mungkin hasil rawatan alternatif yang dijalani di Madinah selama empat hari, awal bulan September. Beliau yang terkenal sebagai Ustaz Kazim menjelaskan, rawatan itu menggunakan air telaga nabi di dua tempat di Madinah. “Pulang daripada itu, alhamdulillah saya punya wajah ok, sudah tidak lagi luka, tidak lagi berdarah…ini sikit saja…yang ni muka saya dah ok dah. “Kalau tidak, saya kena pakai topeng, saya menghadap orang pun saya segan sebab dia boleh berdarah secara tiba-tiba. “Apabila saya buat rawatan di sana (Madinah), alhamdulillah sampai…

Read More

Penceramah bebas, Datuk Mohammad Kazim Elias menjelaskan tujuannya menarik diri daripada menjadi calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Larut adalah demi kepentingan keluarga. Dikenali sebagai Ustaz Kazim Elias, 50, beliau mahu mengelak timbulnya masalah, susulan abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau mewakili Perikatan Nasional (PN-Bersatu). “Saya berpegang kepada prinsip tidak bertanding dalam bidang politik jika digandingkan bersama ahli keluarga, selain ia juga amanat arwah ibu,” katanya pada sidang media di Kompleks Darul Barakah, Manjoi, di sini hari ini. Mohammad Kazim berkata, pada mulanya beliau mengambil keputusan untuk menandatangani watikah sebagai calon BN Parlimen…

Read More

Baru kenal empat bulan di Facebook (FB) tetapi sudah berani bawa pasangan pulang ke rumah sebelum dicekup berkhalwat tengah malam semalam. Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, pasangan terbabit ditahan pada 12.35 tengah malam oleh anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) di sebuah rumah di Taman Kucai, Lunas, di sini. Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati, lelaki berusia 29 tahun itu masih bujang dan bekerja di sebuah bengkel besi di Pulau Pinang. “Wanita yang menetap di Sungai Petani itu pula berusia 34 tahun dan tidak bekerja selain berstatus janda tiada anak sejak tiga tahun lalu.…

Read More

Seorang pelatih Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) yang mengikuti Program Klinik Penjaga Gol di Akademi Hoki Raja Ashman di sini, meninggal dunia di asrama Majlis Sukan Negara (MSN) Perak pagi tadi. Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata Bill Wolfson Lianie, 14, mengadu tidak selesa dan rasa mahu pitam tiba-tiba rebah di dalam dalam biliknya kira-kira 7 pagi. “Pengurusan NHDP telah memanggil ambulans dan bantuan pernafasan dilakukan sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). “Selepas cubaan menyelamatkannya dilakukan, mendiang disahkan meninggal dunia dan sehingga kini tidak dapat dipastikan punca kematiannya,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HRPB di…

Read More

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mengeluarkan surat pekeliling senarai nama 16 individu termasuk pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias yang didapati tidak memiliki tauliah mengajar daripada MAINPP. Turut tersenarai adalah Datuk Ahmad Husam Baderudin, Ahmad Dusuki Abdul Rani, Yusni Mat Piah, Dr Abdullah Yassin, Prof Madya Dr Muhamad Rozaimi Ramle, Salman Ali, Maulana Fakhrurrazi, Mohd Rizal Azizan dan Halim Hassan. Selain itu adalah Aiman Subri, Afnan Hamimi Taib Azamudden, Shaharudin Ibrahim, Wan Hizam Abdullah Sabil, Shahrir Long dan Sobri Arshad. Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman berkata pihak penganjur dilarang menjemput individu berkenaan untuk menyampaikan ceramah,…

Read More

Hati ibu ayah mana yang tidak sebak apabila bayi tersayang meninggal di dunia setelah dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak. Begitulah yang terjadi kepada sebuah keluarga yang tidak menyangka itulah adalah hari terakhir buatnya bermanja bersama anak tersayang. Pada usia 6 bulan anak pergi menemui Ilahi setelah pihak hospital memberi pertolongan cemas. Alfatihah buat Haura Najia Binti Mohd Kamaruddin Helsa, berumur 6 bulan meninggal dunia setelah 6 jam dibiarkan tanpa pengawasan pengasuh. Kronologi kes kematian baby yang amat kami sayangi: Terlalu rindu.. Mesti bby bahagia sgt di SANA kan. Al Fatihah untuk sayang ku HAURA NAJIA BINTI MOHD KAMARUDDIN HELSA 6…

Read More

Mahkamah Persekutuan, semalam mengekalkan hukuman mati ke atas ahli perniagaan yang membunuh bekas tunangnya, sebelum membuang mayat wanita itu ke dalam sungai tujuh tahun lalu. Rayuan terakhir Yuwafee Heidi Hamdan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati ke atasnya ditolak oleh panel tiga hakim yang mendapati tiada merit dalam rayuannya. Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang mempengerusikan panel itu berkata, terdapat keterangan ikut keadaan untuk membuktikan Yuwafee bersalah. “Kami mendapati sabitan ke atasnya adalah selamat dan kami mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menyabitkan perayu (Yuwafee) dan menjatuhkan hukuman mati ke…

Read More