Pelajar Tahun 3 menjadi mangsa pertama kes mercun di Terengganu tahun ini.

Ahmad Adi Ikhwan  Mohd Noor, 9 tahun, dari  Kampung Batu Rakit, Kuala Nerus , Terengganu, hampir buta mata sebelah kanan akibat terkena letupan mercun buatan sendiri.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam Selasa, mangsa dikatakan sedang melihat rakan-rakan memasukkan belerang mercun bola ke dalam botol plastik.

Dia bagaimanapun tidak menyangka mercun terbabit tiba-tiba meletup menyebabkan serpihan botol terkena mata kanan mangsa.

Ahmad Adi dikatakan bermain mercun di hadapan surau bersama 10 rakannya yang lain.

Ayah mangsa, Mohd Noor Tahir berkata, ketika kejadian dia  sedang mengerjakan solat Tarawih  dan bergegas pulang ke rumah sebaik dimaklumkan kejadian itu.

Mangsa yang dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu menjalani pembedahan selama 8 jam pagi semalam .

Sementara itu tiga rakan mangsa berusia 8 hingga 14 tahun turut dimasukkan ke hospital kerana kecederaan di tangan dan perut dan sudah dibenarkan pulang ke rumah .

Sumber : Buletin TV3

 

ARTIKEL LAIN YANG MENARIK UNTUK DIBACA

Lelaki Hancur Jari Akibat Mercun Bola | Hasrat seorang lelaki menghalau anjing liar yang mengganggu ternakan kambingnya, bertukar malang apabila empat jari tangan kirinya hancur akibat letupan mercun bola yang digunakan dalam kejadian itu malam tadi.

 

Dalam kejadian jam 10 malam tadi, mangsa berusia 34 tahun itu dikatakan membakar mercun bola itu bagi menghalau anjing liar yang mengganggu kambing peliharaannya berhampiran rumah di Kampung Paya Besar dekat Pokok Sena.

Mangsa berkata, sejurus membakar sumbu, mercun itu meletup belum sempat ia dilempar.

Mangsa juga berkata, akibat letupan mercun itu, dia tengok tangannya dah nampak tulang putih, manakala empat jari hancur selain cedera di perut.

Di kawasan rumah, memang banyak anjing liar dan sebelum ini pernah makan kambingnnya antara tujuh hingga lapan ekor, disebabkan dia baling mercun bola untuk halau anjing liar di situ.

Beliau berkata ketika dihubungi hari ini tapi tak sangka ini yang terjadi.

Mangsa berkata, dia kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Katanya, susulan kejadian itu, dua jarinya terpaksa dipotong, manakala dua lagi kudung akibat kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan kejadian itu berlaku semalam namun tiada laporan polis dibuat setakat ini.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply