Author: Syifa' Syakinah

Seorang buruh binaan etnik Rohingya maut akibat dihempap dinding batu bata yang runtuh ketika melakukan kerja membina longkang berhampiran sebuah sekolah memandu di Indera Mahkota 15, di sini hari ini. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kejadian itu turut menyebabkan dua lagi buruh binaan cedera. Katanya, berdasarkan laporan yang diterima pada jam 4.09 petang itu, seramai 10 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota dan BBP Kuantan bergegas ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat. “Setibanya di tempat kejadian, seorang buruh binaan didapati dihempap dinding batu bata ketika melakukan kerja…

Read More

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa AmBank membayar penyelesaian berjumlah RM2.83 bilion kepada kerajaan Malaysia berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pengurus Cawangan AmBank (M) Berhad, Jalan Raja Chulan, R. Uma Devi, 43, yang mengesahkan perjanjian penyelesaian membabitkan akaun 1MDB di AmBank itu, bagaimanapun, berkata beliau tidak tahu sama ada penyelesaian itu membabitkan akaun Datuk Seri Najib Razak. Saksi ke-37 pendakwaan itu berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam bekas perdana menteri itu, Wan Aizuddin Wan Mohammed, pada perbicaraan rasuah dan pengubahan wang haram Najib membabitkan RM2.3 bilion milik 1MDB. Wan Aizuddin: Adakah anda sedar tentang pengaturan penyelesaian…

Read More

Seorang bayi perempuan ditemui berdekatan sebuah kedai makan di Jalan 14/115c, Apartment Sri Rakyat, Bandar Baru Bukit Jalil kelmarin. Bayi berusia kira-kira dua bulan itu ditemui diletakkan dalam sebuah beg oleh orang awam sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa. Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu kira-kira pukul 10.49 pagi sebelum sepasukan anggota daripada Balai Polis Bukit Jalil bergegas ke lokasi kejadian. Katanya, siasatan awal mendapati bayi perempuan tersebut telah ditinggalkan dalam sebuah beg dan diletakkan di kawasan kedai makan. ‚ÄúPihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan…

Read More

Modus operandi yang digunakan adalah ingin membayar bil isteri bersalin dengan mensasarkan hospital dan klinik di bandar ini untuk mendapatkan wang. Taktik itu didakwa digunakan seorang lelaki berusia sekitar 30-an yang menghampiri mangsa berbekalkan wajah sedih dan menangis sambil memberitahu tiada wang atau kewangan tidak mencukupi untuk membayar kos rawatan isteri yang bersalin. Difahamkan taktik itu dilakukan sejak beberapa bulan lalu dan sudah ramai yang menjadi mangsa termasuk seorang pengusaha butik pengantin, Siti Nurul Salsabila Mohd Zaki, 27. Siti Nurul Salsabila mendakwa, kejadian itu menimpa adik lelakinya di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM), Kubang Kerian, dua minggu lalu. “Ketika…

Read More

Seorang kanak-kanak mencetuskan suasana cemas seketika apabila terpaksa menahan sakit lebih 30 minit susulan kepalanya tersangkut pada sebuah kon plastik di Sekolah Kebangsaan (SK) Api-Api di sini, tengah hari tadi. Namun kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun itu bernasib baik kerana berjaya diselamatkan anggota bomba. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Mohd Ezal Azman memaklumkan sebelum itu pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu jam 1.28 tengah hari tadi. Katanya, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi mendapati terdapat seorang kanak-kanak tersangkut kon di kepala. “PKO bertindak memotong kon tersebut menggunakan peralatan khas dan mengeluarkan kepala mangsa dengan selamat.…

Read More

Sungguh kejam seorang wanita di India dirogol enam lelaki kira-kira empat jam di depan suaminya sendiri. Insiden itu berlaku malam Sabtu lalu di sebuah bukit Kampung Bakoria-Bhalwahi yang terletak dalam bidang kuasa kawasan balai polis Satbarwa di Palamu Jharkhand. Polis menahan dua suspek dari kampung Bakoria iaitu Bhola Ram dan Dharmendra Ram serta melancarkan operasi mencari untuk menangkap suspek lain yang terbabit dalam kes itu. Selepas menerima laporan daripada suami wanita itu, Rishikesh Kumar Rai, yang bertanggungjawab di balai polis Satbarwa, menghantar wanita itu ke MMCH Medininagar untuk pemeriksaan kesihatan. Saudara mangsa yang hadir ke balai polis Satbarwa berkata, wanita…

Read More

Seorang pengarah urusan sebuah syarikat ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tergantung dalam sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Ringan Sungai Tukang dekat sini, semalam. Pada kejadian jam 7.55 pagi itu, polis menerima panggilan daripada seorang pekerja yang memaklumkan melihat mangsa iaitu seorang lelaki warga Jepun berusia 47 tahun, tergantung dengan tali nilon pada alang besi di tingkat bawah kilang berkenaan. Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pemeriksaan di lokasi turut menemui tangga di sebelah mayat mangsa yang tergantung pada ketinggian kira-kira lima meter. “Hasil keterangan saksi, mangsa sudah hampir 10 tahun bekerja dengan syarikat berkenaan yang…

Read More

Sekurang-kurangnya seorang mangsa tertimbus dalam kejadian runtuhan bangunan sedang dalam pembinaan di Oxley Towers, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, hari ini. Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 12.23 tengah malam tadi. Katanya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dan BBP Keramat segera dikejarkan ke lokasi kejadian. “Setibanya di lokasi, bomba mendapati kejadian membabitkan sebuah bangunan dalam pembinaan runtuh di tingkat 51. “Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa dipercayai sudah tertimbus,” katanya. https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1574593760545017857?s=20&t=vPStv4vreVRpzGf-leo2HA Seorang pekerja binaan maut dlm kejadian¬†runtuhan konkrit di tingkat 51 bangunan sedang dalam pembinaan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur tengah malam tadi.…

Read More

Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membuat laporan polis palsu berhubung sebuah madrasah pemulihan dadah kendalian sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini pada 21 Ogos lalu. Tertuduh, Zuraina Zamri, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Mohamad Redza Azhar Rezali. Berdasarkan pertuduhan, Zuraina didakwa membuat laporan dengan memberikan maklumat secara bertulis iaitu laporan polis Sri Muda yang diketahuinya palsu. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.45 tengah malam di Balai Polis Taman Sri Muda, Seksyen 25 pada 21 Ogos. Justeru dia didakwa telah melakukan satu kesalahan…

Read More

Dua beranak maut selepas motosikal yang ditunggangi terbabas merempuh pokok akibat terlanggar ayam hutan di kilometer 39.5 Jalan Kota Tinggi-Kluang, malam tadi. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kemalangan itu kira-kira 8 malam. Katanya, penunggang motosikal Yamaha MT-09, lelaki berusia 40 tahun dan anaknya berusia sembilan tahun, maut di lokasi kejadian. “Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal terbabit yang dalam perjalanan dari Bandar Tenggara menghala ke Felda Pengeli Timur, hilang kawalan akibat melanggar ayam hutan yang secara tiba-tiba melintasi jalan. “Orang awam yang menyedari kejadian itu pada 7.40 malam lalu memaklumkan kemalangan…

Read More