Satu lagi berita gembira akan diumumkan oleh Perdana Menteri menjelang Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, lapor Awani.

pm berita baik

Menerusi laman Twitter Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, beliau mengatakan kerajaan akan membawa satu lagi berita baik kepada rakyat.

“Kerajaan perpaduan akan membawa satu lagi berita baik yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Nantikan!” katanya dalam hantaran pada Selasa.

Rata-rata ramai yang mengharapkan berita baik itu adalah berkaitan dengan pemberian tol percuma sempena Hari Rayayang bakal tiba itu.

Aidilfitri: 2 juta kenderaan dijangka guna semua rangkaian lebuh raya Plus

Terdahulu, media melaporkan sebanyak 2 juta kenderaan akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya kendaliannya pada hari-hari puncak bermula 20 April, sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata hari-hari puncak merujuk kepada 20 hingga 21 April; 24 hingga 25 April, 29 April hingga 1 Mei serta 4  hingga 7 Mei ini.

“Ia merupakan peningkatan 20 peratus kenderaan berbanding jumlah trafik pada hari-hari biasa.

“Oleh itu, PLUS menyarankan agar orang ramai yang menggunakan rangkaian lebuh raya kami supaya merancang perjalanan mereka dengan baik.

“Dan pulang ke kampung lebih awal bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam lonjakan trafik pada hari-hari puncak,” katanya.

Difahamkan,  PLUS telah membuat persediaan dan mengatur pelbagai strategi bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selamat dan selesa di lebuh raya.

“Strategi-strategi tersebut merangkumi aspek keselamatan lebuh raya, pengurusan trafik dan kesesakan.

“Selain pengagihan trafik, pengurusan trafik di plaza tol, pengurusan kemudahan di kawasan rehat, hebahan maklumat trafik dan sebagainya,” ujarnya.

PLUS juga berkolaborasi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dan advokasi di lebuh raya sepanjang musim perayaan.

Selain itu, PLUS  turut menempatkan Pasukan Bantuan Kecemasan (ERT) terdiri daripada PDRM, JPJ dan lain-lain.

Sumber : Siakap Keli

Share.

Leave A Reply