Author: Syifa' Syakinah

Pengarah filem, Syamsul Yusof, 38, akan memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana didakwa mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadapnya. Syamsul menerusi kiriman suara berdurasi satu minit dan 59 saat yang dihantar menerusi WhatsApp berkata, tindakan itu diputuskan selepas berbincang dengan peguamnya mengenai perkara itu. “Mereka (Jawi) sudah mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap saya, fitnah tidak benar dan boleh dikatakan palsu kepada saya. Mereka sudah memberi maklumat tidak benar itu kepada ahli keluarga saya sedangkan maklumat itu sekali lagi tidak benar, palsu dan boleh dikatakan fitnah kepada ahli keluarga saya. “Sedangkan, perkara itu juga adalah…

Read More

Dua individu ditemukan rentung di dalam kontena yang terbakar di Taman Bayam Indah, Lunas dekat sini, malam tadi. Difahamkan, mayat terbabit, masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita ditemukan di dalam kontena yang dijadikan sebagai pondok pengawal keselamatan di kawasan perumahan itu. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.56 malam memaklumkan mengenai kebakaran terbabit. “Ketika memadam kebakaran, anggota bomba mendapati terdapat dua mangsa rentung di dalam kontena terbabit. “Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari dalam kontena dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. Difahamkan, setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan dan…

Read More

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau menekankan tata kelola yang baik dalam kerajaan dan tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan rasuah. Tegasnya, peringatan itu disampaikan kepada semua Jemaah Menterinya baru-baru ini dan sekiranya wujud rasuah dalam pentadbirannya, beliau akan memecat individu terlibat dengan serta-merta. “Saya kata ‘no corruption’. Saya bercakap dengan Ketua Parti komponen… kalau ada (rasuah) semasa pentadbiran saya, saya minta mereka dipecat serta-merta. Saya tak tolak ansur. “Ini bukan kenyataan politik, ini keyakinan saya. Saya dihumban ke penjara, dipukul setengah mati, dah lama terseksa… bukan untuk mendabik dada, menang dan menjadi Perdana Menteri.…

Read More

Perjalanan konvoi bermotosikal bertukar tragedi selepas seorang penunggang maut manakala seorang lagi cedera apabila motosikal dinaiki mereka terbabit nahas dengan sebuah lori tanpa muatan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dekat Simpang Pulai, di sini, hari ini. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai, Mohd Sapri Yeop Mohamad, berkata lebih tragis apabila mangsa maut berusia 47 tahun yang menunggang motosikal Yamaha MZ150 maut selepas digilis tayar lori terbabit pada bahagian kepala. Beliau berkata, insiden itu turut mengakibatkan seorang lagi penunggang motosikal lain berusia 50-an yang berada di belakang cedera ringan akibat terbabas. “Difahamkan terdapat 40 motosikal dalam perjalanan ke…

Read More

Anak bekas Perdana Menteri Keenam, Datuk Seri Najib Razak, Yana Najib meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membenarkan sesi perbicaraan kes bapanya diadakan secara siaran langsung. Melalui satu hantaran facebook sebentar tadi, Yana Najib mendakwa bahawa bapanya pernah meminta kes perbicaraannya disiarkan secara langsung sejak dari awal lagi. Katanya lagi, ia membolehkan orang awam yang berada di luar memahami apa yang berlaku di dalam mahkamah. “Memandangkan semakan kehakiman kes SRC yang akan bermula pada 19 Januari 2023, adalah penting bagi ayah saya dan dia bakal dibebaskan, sekiranya menang,” menurut hantaran tersebut. Justeru, Yana Najib memberi saranan kepada Kerajaan Perpaduan…

Read More

Lelaki ditemukan maut di sebuah bangsal dalam kebun durian di Jalan Felcra Kerdau, di sini selepas wang simpanannya sebanyak RM156,000 lesap diperdaya sindiket penipuan. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 12.23 tengah hari semalam. “Siasatan awal mendapati mangsa diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai wakil syarikat kurier dan polis. “Difahamkan mangsa mengalami kerugian dan ekoran kejadian itu, dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak…

Read More

Tular video memaparkan kawanan gajah liar memasuki penempatan penduduk di Pusat Perhutanan Luasong, di sini, semalam. Rakaman video berdurasi satu minit lapan saat memaparkan kawanan gajah liar terdiri daripada antara enam hingga tujuh ekor memasuki kawasan rumah penduduk. Seekor gajah besar dilihat menggunakan belalainya menolak sebuah motosikal yang diparkir di hadapan rumah berkenaan. Penghuni yang menyedari kehadiran gajah itu kemudian menjerit untuk menghalau kawanan gajah berkenaan. Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau Primus Lambut ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan seramai lima kakitangan JHL Tawau digerakkan ke lokasi berkenaan. Katanya, aduan mengenai kejadian itu diterima daripada penduduk Luasong, kira-kira jam…

Read More

Polis menahan seorang calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi membantu siasatan berhubung kes penggunaan senjata api tanpa lesen serta kebenaran, yang videonya dimuat naik di media sosial. Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, wanita berusia 28 tahun itu ditahan bersama rakannya, seorang lelaki berumur 41 tahun di Petaling Jaya, Selangor, pada 10.20 malam semalam. Katanya, tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan 6.53 petang semalam, berhubung kejadian seorang warga tempatan memuat naik klip melakukan latihan menembak tanpa kebenaran di Lapang Sasar Kelab Menembak Selangor di media sosial. Katanya, video itu dimuat naik oleh wanita…

Read More

UMNO mengesahkan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, antara tiga pemimpin akar umbi parti itu dipecat keahlian masing-masing dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam tadi. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata MKT UMNO mengambil tindakan itu mengikut fasal 10.6 Perlembagaan, yang memberi hak kepada parti untuk melucutkan keahlian mana-mana ahlinya. Beliau berkata, ia termasuk jika seseorang ahli UMNO itu terbukti melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan parti serta perkara mengenai tata etika ahli. “Dua lagi ahli UMNO yang dilucutkan keahlian adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin, yang juga isteri bekas Ketua UMNO bahagian…

Read More

Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini dibebaskan daripada tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid membebaskan Abdul Azeez selaku pemohon selepas membenarkan notis usul difailkan peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Abdul Azeez supaya anak guamnya dilepas dan dibebaskan serta-merta daripada pertuduhan berkenaan. “Memandangkan tiada bantahan daripada pihak pendakwaan, permohonan notis usul itu dibenarkan. Pemohon kini dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan itu,” kata Azhar. Pada 23 September lalu, Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan (DNAA) Abdul…

Read More