Umur Baru 14 Tahun Dah Keluarkan Zakat RM10k. | Seorang pelajar Tingkatan Dua menjadi individu paling muda membayar zakat perniagaan bagi tahun lalu berjumlah RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik). Bayar Zakat.

Bayar zakat

Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustamaman, 14, yang juga pengasas produk makanan dikenali sebagai BebyCurve hadir untuk menyerahkan zakat perniagaan kepada Ketua Pegawai Zakat Maik Ameer Azeezy Tuan Abdullah pada Khamis lalu.

PRODUK CAPAI SASARAN JUALAN

Putri Mumtaz berkata, dia tampil menunaikan tanggungjawab selepas produk BebyCurve yang diusahakannya mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan sejak September tahun lalu.

“Saya mula berniaga menerusi aplikasi TikTok dan agak terkejut apabila mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan. Susulan itu, saya mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi penjualan produk saya.

“Susulan sambutan yang menggalakkan, ibu Bibi Hasnalinda Zainal Abidin, 46, dan ayah, Mustaman Che Yusof, 60, menasihati saya supaya mengeluarkan zakat perniagaan kepada Maik,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, dia lega dapat menjadi salah seorang pembayar zakat dan berharap sumbangan itu membantu golongan yang memerlukan.

PESAN NENEK

“Ini juga ajaran nenek sebab nenek selalu berpesan apa-apa mesti dahulukan zakat. Saya juga berharap bisnes BebyCurve ini semakin maju,” katanya.

Sementara itu, Bibi Hasnalinda turut rasa terharu dengan usaha yang ditunjukkan anaknya untuk tampil membayar zakat walaupun usianya masih muda.

Katanya, dia berharap tindakan itu akan menjadi contoh kepada usahawan dan ahli perniagaan lain untuk sama-sama membayar zakat.

“Saya sentiasa berpesan kepada anak bahawa apa yang kita lakukan, jangan kita lupakan Allah,” katanya.

Sumber : Harian Metro

ARTIKEL LAIN YANG MENARIK UNTUK DIBACA

Asnaf Hantar Surat Mohon Hentikan Bantuan Zakat. Ini Sebabnya..

Seorang individu asnaf dilapor menghantar sepucuk surat kepada Zakat Selangor kerana mengisytiharkan dirinya sudah tidak layak menerima bantuan, lapor Zakat Selangor.

Asnaf Hantar Surat Mohon Hentikan Bantuan Zakat. Ini Sebabnya..

Menurut perkongsian di Twitter, Zakat Selangor mendakwa, tindakan jujur asnaf tersebut ‘dikesan’ ketika pihaknya mahu menjalankan prosedur bancian semula tahunan.

“Niat nak buat bancian semula asnaf ini (aktiviti tahunan bagi lihat kelayakan semuka asnaf sedia ada), tapi kita dikejutkan, beliau sendiri nak keluar asnaf sebab sudah mampu menampung diri dan keluarga.

“Alhamdulillah! Terima kasih pengeluar zakat bantu beliau ketika susah dulu,” maklum Zakat Selangor dalam kenyataan di Twitter itu.

SURAT ASNAF

Sementara itu, dalam surat yang dihantar asnaf tersebut, dia menyatakan rasa syukur tidak terhingga atas segala bantuan yang diterima daripada pengeluar dan pihak zakat.

“Merujuk perkara di atas, dengan ini saya memohon berhenti bayaran zakat ke atas diri saya.

“Alhamdulillah sekarang pendapatan harian saya mampu untuk menanggung keluarga.

“Segala jasa baik kerjasama daripada pihak tuan/puan saya amat hargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih,” kata asnaf tersebut.

Surat yang bertajuk “Permohonan berhenti bayar zakat keatas saya” telah di tulis pada 25 Februari 2022.Jumlah Bayar zakat

Golongan asnaf sememangnya menjadi kewajipan untuk diberikan bantuan. Kejujuran mereka yang sanggup ‘berundur’ setelah mampu adalah sesuatu yang harus diberi pujian.

REAKSI POSITIF

Justeru perkongsian itu dihujani pelbagai reaksi positif di ruangan komentar. Rata-rata warganet berasa bangga dengan individu tersebut.

“Orang seperti ini selayaknya dibantu zakat, jujur dan sentiasa mencari jalan untuk memajukan diri,” memetik daripada Nazideham.

“Alhamdulillah. Jujur orangnya. Semoga beliau dan keluarga terus dimurahkan rezeki,” kata Roslee R.

“Alhamdulillah. Berita baik untuknya dan doa dipermudahkan kehidupan mereka sekeluarga,” kata AimanAirin 2. Jumlah Bayar zakat

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply