Bunuh Isteri

Lelaki Bunuh Isteri Sempat Ambil Anak Pulang Sekolah.

“lebih memilukan lagi apabila kejadian yang berlaku di bahagian dapur rumah dan anak lelaki arwah yang berusia 10 tahun baru pulang dari sekolah melihat ibunya dalam keadaan tidak bernyawa.”


Tanah Merah: Suspek yang dipercayai membunuh isteri di Kampung Paku, Gual Ipoh, di sini, pagi tadi. Dikatakan sempat mengambil anak di sekolah sebelum tampil menyerah diri di balai polis berdekatan selepas kejadian.

Suspek yang berusia 63 tahun dikatakan menetak isterinya berusia 40 tahun jam 10 pagi di rumah mereka. Sebelum keluar mengambil anak bongsunya berusia 10 tahun di sekolah pada jam 12 tengah hari.

Adik kepada mangsa, Mohd Jony Abdullah, 30, berkata. Ketika kejadian itu berlaku tiada bunyi bising atau pertengkaran di rumah kakaknya dan insiden tragis itu hanya diketahui selepas polis datang ke rumah.

ANAK TERDIAM LIHAT IBU TAK BERNYAWA

Katanya, lebih memilukan lagi apabila kejadian yang berlaku di bahagian dapur rumah dan anak lelaki arwah yang berusia 10 tahun baru pulang dari sekolah melihat ibunya dalam keadaan tidak bernyawa.

Namun, dia hanya berdiam diri dipercayai kerana terkejut.

“Sebelum kejadian berlaku, adik bongsu menjemput arwah kakak, Mastura Abdullah, 40. Di sebuah stesen minyak di Machang pada jam 9 pagi. Sebelum mereka tiba di rumah kira-kira jam 10 pagi. Arwah pulang ke kampung dengan menumpang lori sepupu.

“Tidak lama selepas itu, ibu, Sakinah Mat Isa, 62. Menghubungi saya dan memaklumkan bahawa kakak sudah tiada. Saya segera bergegas ke rumah kakak, namun setibanya di sana pihak polis sudah pun berada di lokasi,”. Katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Tanah Merah, di sini, hari ini.

Mohd Jony berkata, arwah kakaknya bekerja sebagai tukang masak di Selangor sejak setahun lalu dan hanya pulang dua atau tiga minggu sekali ke kampung.

KEPULANGAN BERAKHIR TRAGEDI

“Saya tidak menyangka kepulangan kakak ke rumah pada hari ini berakhir dengan tragedi, malah turut tidak menyangka abang ipar sanggup bertindak di luar jangka sehingga meragut nyawa kakak.

“Dipercayai terdapat banyak kesan tikaman pada bahagian depan dan belakang kakak, namun tidak dapat dipastikan jenis senjata yang digunakan,” katanya.

Katanya, arwah adalah isteri ketiga suspek dan mereka sudah mendirikan rumah tangga sejak 14 tahun lalu.

“Saya tidak begitu rapat dengan suspek kerana sikapnya yang kurang mesra dan pada masa sama dia juga tidak bergaul dengan penduduk kampung,” katanya.

Katanya, jenazah akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Paku sebaik selesai proses bedah siasat.

Media hari ini melaporkan, seorang wanita maut dipercayai ditikam suaminya di rumah mereka di Gual Ipoh, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

 

Sumber : HM

Share.
Leave A Reply