13 Penginapan Menarik Untuk Percutian Di Bandar Hilir Melaka | Melaka sudah menjadi tempat percutian yang popular di Malaysia. Ramai orang dalam mahupun luar negara yang ingin melawat tempat bersejarah, membeli – belah di Jonker Street, nikmati keindahan Pantai Klebang dan merasai keenakan makanan yang popular di sini.
Mungkin anda datang ke Melaka untuk lawatan berkerja ataupun anda sedang bercuti dengan keluarga, tempat yang anda pilih boleh menambah kepada pengalaman anda semasa berada di Bandar Hilir Melaka kelak. Penginapan di Bandar Hilir Melaka memang banyak tetapi bukan semuanya sama dengan setiap hotel menawarkan sesuatu yang berbeza. Mari kita terokai 13 tempat menarik di Melaka ini.
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. The Explorer Hotel
The Explorer Hotel ini terletak bertentangan dengan Melaka Megamall dan anda hanya perlu berjalan kaki jika hendak ke Mahkota Parade. Setiap bilik di sini berhawa dingin dan juga lengkap dengan Wifi percuma, shower air panas dan pengering rambut. Jadi anda tak perlu risau kerana semua sudah disediakan di sini.
2. Riccarton Jonkerview Cottage Hotel
Riccarton Jonkerview Cottage Hotel adalah gabungan unik antara klasik dan moden – sebuah hotel yang dibina di rumah kedai lama di Jonker Street tetapi di dalam dihiasi dengan pod kapsul ala futuristik. Kapsul ini boleh memuatkan seramai 2 orang dan lengkap dengan Android Smart TV di dalamnya.
3. Malacca Straits Hotel
Malacca Straits Hotel ini berdekatan dengan Kota A’Famosa dan mengambil masa 10 minit jika anda berjalan kaki. Bilik yang selesa dilengkapi dengan Tv serta Astro, penghawa dingin dan Wifi percuma, dan peti keselamatan peribadi untuk simpan barang penting anda semasa anda keluar berjalan di bandar Melaka.
4. Hotel Equatorial Melaka
Hotel ini bukan hanya ada satu tempat untuk anda bermandi – manda, malahan disediakan juga kolam khas untuk wanita dan jakuzi luaran di sekitar kolam renang. Seronoklah keluarga anda kalau menginap di sini. Tak perlu untuk anda mencari tempat lain untuk memenuhkan agenda harian anda sekeluarga.
5. Estadia Hotel
Kawasan di sekeliling hotel ini popular sebagai kawasan untuk berbasikal dan disebabkan oleh ini, Hotel Estadia juga menyediakan khidmat pinjam basikal. Bilik di hotel ini selesa dan datang lengkap dengan penghawa dingin, TV berserta Astro, dan bilik mandi peribadi.
6. Quayside Hotel Malacca
Quayside Hotel adalah sebuah hotel di persisiran Sungai Melaka yang bertaraf 3 bintang. Hotel ini menawarkan 4 jenis bilik yang terdiri dari Superior, Premium, Suite dan Family Suite. Setiap bilik tidur lengkap dengan wifi percuma, Astro, barangan mandi, TV dan peti keselamatan.
7. Fenix Inn
Fenix Inn berada di lokasi strategik iaitu di tengah – tengah pusat komersil bandar Melaka. Ia juga berada bersebelahan dengan pusat membeli – belah terkenal di Melaka iaitu Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, dan Hatten Square. Bilik ini punyai banyak kemudahan. Pengering rambut pun ada tau!
8. Hollitel Hotel Melaka
Hollitel Hotel yang berada betul – betul di tengah Bandar Melaka. Hotel ini hanya berada dalam 3 ke 5 minit untuk ke money changer, muzium, pusat beli – belah dan bangunan bersejarah di Bandar Hilir seperti A’Famosa, Muzium Samudera, Stadhuys dan banyak lagi.
9. Syaz Meridien Hotel
Jika anda mencari hotel yang berada betul – betul di tengah pusat bandar, Hotel Syaz Meridian mungkin hotel yang sesuai untuk anda. Setiap bilik ini lengkap dengan TV, Teh & Kopi segera, peti keselamatan peribadi, penghawa dingin dan shower. Pihak hotel juga sediakan dobi, tempat simpan bagasi dan kaunter tetamu.
10. Hatten Hotel Melaka
Dari lobi Hatten Hotel Melaka anda dapat rasa aura elegan dan ekslusif yang diketengahkan melalui rekaan dalamannya. Anda boleh nikmati pemandangan matahari naik dan tenggelam dari bilik yang dihias dengan mewah. Jangan lupa untuk mencuba latte dan kek keju blueberry dari Coffeevine, kafe hotel ini.
11. De Mawardah Inn 
De Mawardah Inn hanya 5 minit sahaja dari A’Famosa dan 3 minit sahaja jika jalan kaki dari pusat membeli – belah terkemuka Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan, hotel ini punyai bilik selesa dengan tandas di setiap bilik. Di dalam bilik, tersedia TV, penghawa dingin, pengering rambut dan banyak lagi.
12. Imperial Heritage
Hotel ini juga punyai kolam renang dan gym jika anda mencari aktiviti semasa berada di hotel nanti. Untuk bilik pula, anda akan dapat bilik yang lengkap dengan meja kerja, TV, shower air panas, dan peti keselamatan jika anda perlu menyimpan barang penting semasa anda keluar nikmati Bandar Melaka.
13. Euro Rich Hotel Melaka
Hotel kedua yang anda boleh bermalam untuk Rm100 adalah Euro Rich Hotel Melaka. Hotel ini hanya 1 km jaraknya dari Jonker Street dan A’Famosa. Bilik ekonomi yang disediakan oleh hotel ini lengkap dengan penghawa dingin, TV, bilik air serta shower air panas!
Sebenarnya banyak hotel murah di Melaka yang lain tetapi kebanyakanya berada jauh sedikit dari pusat bandar. Kebanyakan hotel ini hanya 15 minit jika anda berjalan kaki ke pusat bandar.
Jika anda ingin lihat lebih banyak tempat ini, anda boleh lihat di Booking.com untuk ketahui lebih lanjut. Selamat bercuti di Melaka!