13 Penginapan Menarik Untuk Percutian Di Mersing Johor | Mersing adalah sebuah daerah yang sering kali disinggah oleh pelancong tidak kiralah dari dalam mahupun luar negara. Para pelancong ini selalu akan melakukan aktiviti yang disebut sebagai ‘island hopping’, di mana mereka akan pergi ke Jeti Mersing dan menaiki bot ataupun feri untuk ke pulau – pulau di Johor ini.
Untuk melawat pulau ini, ianya akan mengambil masa yang lama untuk merasai pengalaman yang lebih memuaskan. Maka, mereka akan mencari tempat tinggal seperti homestay, hotel dan chalet yang dekat dengan jeti. Mari kita terokai 13 tempat menarik di Johor Bahru ini.
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. Mersing Maple Villa
Mersing Maple Villa juga punyai khidmat kaunter di mana mereka menerima tetamu 24 jam. Bermakna, ada sahaja peluang anda untuk menginap di villa ini. Anda tidak perlu membeli atau memasak air untuk minum, kerana pihak homestay telah menyediakan Dispenser air untuk anda guna pada bila – bila masa.
2. Rasa Sayang Homestay Mersing
Rasa Sayang Homestay Mersing adalah tempat yang sesuai untuk mereka yang mencari penginapan yang selesa dan dengan pemandangan yang tenang ini. Dengan kemudahan bilik tidur yang lengkap, dapur yang juga lengkap, dan juga akses terus ke balkoni yang menawarkan pemandangan taman yang indah.
3. TAD Marine Resort
TAd Marine Resort yang berada di Pulau Tinggi, yang berada di antara Pulau Mersing dan Pulau Tioman. Jika anda sudah penat berjalan – jalan, anda boleh sertai aktiviti yang ada di sini. Resort ini menawarkan penginapan yang selesa di bilik – bilik yang luas, dan ada juga aktiviti seperti snorkeling dan menyelam.
4. Bayu Lestari Island Resort
Bayu Lestari Island Resort juga menyediakan ruang hiburan dan perkhidmatan bilik untuk memastikan anda selesa dan berpuas hati selama tingal di resort ini. Selain itu, ada juga bilik di resort ini menawarkan bilik mandi peribadi yang lengkap dengan bidet dan alatan dandanan diri percuma.
5. Ulfah Homestay
Ulfah Homestay miliki 3 buah bilik tidur, di mana bilik tidur utama dan bilik tidur ketiga punyai 1 katil bersaiz queen. Di bilik tidur kedua pula, punyai dua biji katil bersaiz single. Homestay Ulfah ini lengkap dengan dua buah bilik air, TV dengan saluran – saluran ASTRO dan juga seterika beserta papan gosok baju.
6. Singtown Guesthouse
Singtown Guesthouse adalah pilihan penginapan yang menarik di Mersing, mereka memberi keselesaan dan kemudahan yang sesuai untuk para tetamu. Selain itu, akses WiFi percuma juga tersedia untuk memastikan tetamu dapat terus berhubung dengan dunia maya semasa bermalam di situ.
7. SingHome Holiday House
Untuk keselesaan yang berpanjangan, SingHome Holiday House menyediakan 3 buah bilik tidur yang punyai 6 biji katil bersaiz queen dan 5 buah pendingin hawa. Dalam satu masa, rumah ini boleh memuatkan seramai 6 hingga 12 orang tetamu. Jadi anda boleh bawa ramai lagi ahli untuk bermalam di sini.
8. Homestay Mersing SERI
Di Homestay Mersing SERI, antara kelengkapan yang buatkan tempat penginapan ini ideal ialah kelengkapan yang serba ada. Antaranya, host menyediakan pemanggang di luar rumah dengan tujuan memberi tetamu ruang untuk guna memanggang masakan sebagai juadah seiisi keluarga.
9. Happiness Homestay
Rumah percutian berhawa dingin ini miliki 3 bilik tidur, ruang tamu, sebuah dapur yang lengkap dengan peti sejuk dan cerek, serta 2 bilik mandi yang lengkap dengan pancuran mandian dan kelengkapan mandian percuma. Tuala dan linen katil disediakan dalam rumah percutian ini.
10. Seaview Homestay Mersing
Seaview Homestay di Mersing ini punyai 4 buah bilik tidur dengan 4 buah bilik air. Selain 3 dari bilik tidur yang ada, miliki 3 katil bersaiz queen dan 1 bilik tidur yang lain lengkap dengan 1 katil bersaiz queen dan 1 lagi katil single. Apa yang best tentang bilik mandian di homestay ini adalah semuanya miliki pemanas air juga.
11. SingLeisure Holiday House
SingLeisure Holiday House berada di Mersing, Johor, penginapan dengan WiFi percuma dan tempat letak kereta percuma. Miliki 3 bilik, anda boleh membawa anak – anak untuk bermalam di sini. Penginapan ini punyai lokasi yang strategik untuk tetamu nikmati variasi tarikan di sekitar Mersing dan kawasan Johor.
12. Aqua Shelter
Dari Aqua Shelter ini anda boleh lihat suasana gunung ganang yang indah dan memberi pengalaman yang special dengan balkoni yang miliki gambaran bandar yang menarik. Aqua shelter ini lengkap dengan alat penyaman udara untuk membuat tetamu merasa selesa selama tinggal di sini.
13. Cityview Homestay Mersing
Cityview Homestay Mersing menawarkan keselesaan dan kemudahan untuk tetamu nikmati pengalaman Homestay yang memuaskan. Dengan adanya balkoni, tetamu dapat nikmati view yang menarik ke bandar, menambahkan lagi keseronokan semasa berada di sini.