13 Tempat Makan Malam di Bentong, Pahang | Bentong, sebuah daerah yang terletak di utara Pahang. Bentong ini amatlah popular sebagai salah satu tempat pelancongan semula jadi yang menarik dan perindustrian ringan.
Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang ada di Bentong, Pahang.
1. GERAI MAKAN MAK CHU – MAKAN MALAM
Craving nak makan nasi Lemak malam tapi tak tahu nak cari dekat mana? Jangan risau, Gerai Makan Mak Chu adalah solusinya. Dekat sini, mereka menyediakan pelbagai jenis masakan tempatan yang korang boleh pilih terutamanya Nasi Lemak. Aroma nasi yang memikat ditambahpula dengan sambal yang padu. Korang pasti akan menjilat jari punyalah. Harga yang ditawarkan sangat mampu milik.
Lokasi ini di 33, Jalan Karak, Kampung Bukit Piatu, 28700 Bentong, Pahang dan dibuka pada 8 pagi hingga 2 pagi.
2. ADAM’S SATAY IKAN BAKAR AYAQ ASAM BENTONG – MAKAN MALAM
Bagi korang yang suka makan satay, korang boleh cuba di Adam’s Satay Ikan Bakar Ayam Asam Bentong. Dikatakan satay disini sangat juicy dan tender tau, korang pasti akan kesedapan punyalah. Bagi korang yang ingin makan bersama keluarga atau lepak dengan kawan-kawan, tempat ini sesuai untuk korang.
Lokasi satay ini di Kampung Ketari, 28700 Bentong, Pahang dan dibuka pada setiap hari pada 5 petang hingga 2 pagi . Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-9291543.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/AdamS-Satay-Bentong-Pahang-100063453231082/
3. MY BEST TOMYAM – MAKAN MALAM
Korang nak makan malam dengan harga yang murah, sedap dan bersih? My Best Tomyam adalah tempatnya. My Best Tomyam adalah salah satu hidden gem yang ada di daerah Bentong ini. Walaupun kedai ini kelihatan biasa tetapi hidangannya sungguh luar biasa. Dekat sini terdapat pelbagai jenis hidangan yang korang boleh pilih seperti Ikan Siakap Tiga Rasa, Tomyam Putih dan banyak lagi. Korang pasti akan suka punyalah. Bukan setakat tu je, kedai ini amat sesuai bagi korang yang ingin makan bersama keluarga atau rakan-rakan.
Lokasi kedai makan ini di 318, Jalan Karak, Kampung Sungai Marong, 28700 Bentong, Pahang dan dibuka pada setiap hari kecuali Selasa pada 5 petang hingga 12 tengah malam.
4. ZUL HIGHWAY CAFE – MAKAN MALAM
Korang inginkan makan malam yang santai, korang kena singgah di Zul Highway Cafe ini. Kalau korang nak tahu, mereka menghidangkan pelbagai makanan Local dan juga Western sambil ditemani dengan suasana tenang. Dekat sini korang boleh cuba menu seperti Nasi Lemak, ayam BBQ, daging dan banyak lagi. Sememangnya sedap. Dahlah sedap, harga, portion dan perkhidmatan disini memang terbaik. Korang pasti akan suka punya. Jadi, tunggu apa lagi selamat mencuba!
Lokasi ini di km 75.1, Karak Expy, Sungai Dua, 28600 Karak, Pahang dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin, Selasa hingga Jumaat dibuka pada 11 pagi hinggga 10 malam manakala Sabtu dan Ahad dibuka pada 8 pagi. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 018-3756320.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/zulhighwaycafe/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/zulhighwaycafe/
5. TANAH AINA FAREENA CAFE – MAKAN MALAM
Kalau korang ada di daerah ini, korang wajib cuba di Tanah Aina Fareena Cafe. Kafe ini adalah salah satu kafe yang popular dalam kalangan pelanggan disini. Rata-rata sangatlah berpuas hati dengan hidangan yang dijamu dan suasana yang santai. Dekat sini, korang boleh pelbagai jenis masakan tempatan dan Western yang korang leh dapatkan. Jadi, selamat menjamu selera!
Lokasi Tanah Aina ini di Lot 6073, 54.3km, Lebuhraya Karak, Kampung Lentang, 28600 Bentong, Pahang dan dibuka pada setiap hari pada 8:30 pagi hingga 10:30 malam.Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 09-2339112.
BUSINESS PAGE: https://www.tanahaina.com/fareena/
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/tanahaina/
Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerah Bentong ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Bentong, Pahang. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!