13 Penginapan Terbaik Untuk Percutian Di Cyberjaya | Cyberjaya yang dahulunya adalah kawasan kelapa sawit, kini menjadi tulang belakang Koridor Raya Multimedia Malaysia. Dalam arus pembangunan Cyberjaya yang tidak pernah henti, lanskap hijaunya tetap diberi perhatian yang sama.
Selamat datang ke Cyberjaya, tempat dimana teknologi dan keselesaan berpadu di Malaysia! Jika anda datang ke Cyberjaya atas urusan kerja atau bercuti, sudah semestinya anda akan mencari tempat untuk bermalam yang sesuai dengan bajet anda. Tanpa buang masa lagi, jom kita lihat yang mana yang menarik hati anda.
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. Shaftsbury Cyberjaya by IdealHub
Jika anda datang ke Cyberjaya, Shaftsbury Residence ini juga boleh dijadikan pilihan yang terbaik untuk anda. Homestay ini miliki dua unit homestay dengan harga yang berpatutan untuk anda yang ingin menginap di sini. Anda jangan risau kerana tempat ini lengkap dengan perabot, tv, meja makan dan banyak lagi.
2. Mufasa Homestay @ Tamarind Suites
Homestay ini terletak berdekatan dengan Tamarind Square, di mana kawasan ini miliki banyak pilihan kedai makan yang viral dan kedai keperluan untuk anda. Anda juga boleh meluangkan masa menggunakankemudahan yang ada di homestay ini seperti kolam renang, gym, dan gelanggang bola keranjang.
3. EV World Hotel Cyberjaya @ DPulze
Hotel minima, EV World Hotel Cyberjaya menggabungkan tona putih dan coklat untuk dekorasi dalaman pula. Sebaik anda melangkah masuk, anda akan merasai suasa yang tenang dan menyejukkan mata yang memandang dengan corak bilik ini. Disediakan juga Tv dan juga penyejuk udara yang menyegarkan untuk setiap bilik mereka.
4. Tan’Yaa Hotel Cyberjaya
Tan’Yaa Hotel Cyberjaya memiliki lokasi yang sangat tip top kerana ianya dekat dengan pusat membeli belah Dpuzle iaitu central point Cyberjaya, kedai makan dan banyak lagi. Hotel ini juga agak jauh dari jalan besar untuk ke pusat bandar maka anda masih dapat nikmati tidur yang lena tanpa gangguan bunyi.
5. Musse Hotel
Musse Hotel ini penginapan yang sangat sejuk di mata dengan dekorasi yang tanpak santai dan minimal. Bukan itu sahaja, ia juga lengkap dengan water dispenser yang ada di luar bilik. Jadi anda tak perlu membazir membeli air sepanjang penginapan. Inilah dia salah satu penjimatan dalam segala aspek.
6. Kanvas SOHO, Jalan Teknokrat 6
Homestay ini turut menjadi pilihan pengunjung yang datang untuk menginap di Cyerjaya. Hal ini kerana tempat ini berkonsep hiasan moden dan simple, sesuai untuk anda yang minimalist. Waktu malam pula, anda boleh berjalan di Putrajaya dan nikmati suasana lampu yang sangat cantik di malam hari.
7. MyAIRA Homestay, Mutiara Ville Cyberjaya
Homestay berbentuk kondominium ini miliki 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang mana ia boleh menampung sehingga 10 orang tetamu dalam satu masa. Jika anda datang beramai – ramai, anda boleh cuba untuk sewa MyAira Homestay ini. Tempat ini sangat dengan kedai makan dan banyak lagi. Mudah dan menjimatkan masa.
8. Cybersquare 27 Cyberjaya
Tempat yang sangat lengkap mengalahkan hotel 5 bintang. Antara kemudahan yang boleh anda memanfaatkan sepanjang menginap di apartment Cybersquare 27 ini adalah kolam renang dewasa dan kanak – kanak, gym, taman permainan, jakuzi, sauna dan gelanggang tennis juga disedia untuk anda yang datang kunjung di sini.
9. Hyve Cyberjaya
Hyve Cyberjaya membahagiakan anda sekeluarga dengan semua kemudahan mereka yang lengkap. Kemudahan internet di apartment ini pula sangat pantas. Dah puas berjalan, anda boleh nonton filem beramai – ramai dengan Tv yang anda di sini. Begini lah baru percutian sebenar dan jamin anda tidak akan menyesal.
10. The Comfyhauz @ Cyberjaya, Cyber Bistari
Homestay ini adalah rumah SOHO yang miliki reka bentuk dalaman yang sangat selesa dan unik. Selain itu, homestay ini punyai kemudahan yang lengkap seperti Tv, sofa, peti ais dan banyak lagi. Jika anda ingin merasai kelainan semasa bercuti, anda boleh lah cuba bermalam di sini bersama anak – anak atau rakan.
11. Alfateh Homestay Cyberjaya, Vega Residensi
Homestay Alfateh adalah antara pilihan utama orang ramai yang ingin bermalam di area Cyberjaya ini. Homestay ini ialah rumah studio yang punyai 1 bilik tidur dan 1 tandas. Ianya sangat sesuai bagi anda yang bercuti secara solo atau berdua bersama pasangan anda atau pun datang bersama rakan anda.
12. Tune Hotel – DPulze Cyberjaya
Di mana sahaja bandar besar di Malaysia ini, pasti ada Tune Hotel. Hotel bajet Cyberjaya yang berkonsep minimal ini tidaklah lengkap seperti hotel 5 bintang, nama juga minimal kan. Namun, hotel ini lengkap dengan katil yang empuk, peralatan mandian, peti sejuk, penyejuk udara dan banyak lagi.
13. Dash Box Hotel Cyberjaya
Unik dan cantik, inilah yang disebut apabila melihat Dash Box Hotel Cyberjaya. Ianya bukan sahaja dari rekaan luaran hotel ini sahaja, tapi dekorasi dalaman yang serius sangat berbeza dari hotel yang lain, penuh dengan warna warni. Ini yang buatkan hotel ini unik dengan tarikan mereka sendiri yang tiada di hotel.