13 Tempat Makan Malam Best di Cyberjaya, Selangor | Cyberjaya adalah sebuah bandar yang berada di negeri Selangor. Cyberjaya ini amatlah dikenali sebagai salah satu pusat siber MSC Malaysia. Jadi terdapat pelbagai syarikat multinasional bertapak disini.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang cuba di Cyberjaya, Selangor ini.

 

1. 10GRAM CYBERJAYA – MAKAN MALAM

Korang nak makan makanan Western dengan suasana yang santai dan tenang? 10Gram Cyberjaya adalah jawapan untuk korang. Kalau korang nak tahu, restoran adalah salah satu restoran terbaik dalam menghidangkan makanan Western di Cyberjaya. Terdapat pelbagai jenis hidangan yang korang boleh dapatkan seperti Butter Prawn Pasta, Crispy Chicken Chop with Tomato Spaghetti dan banyak lagi. Korang pasti akan gembira punya. Sedap pun sedap, tenang pun tenang. Memang terbaiklah orang kata. Jadi tunggu apa lagi, selamat mencuba!

Lokasi 10gram ini di A-03-05 Block A, Tamarind Square, 63200, 63000 Cyberjaya, Selangor dan dibuka setiap hari pada 10 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 010-2109210.

 

2. SANA’A RESTAURANT CYBERJAYA – MAKAN MALAM

Craving makanan Arab tapi tak tahu dekat best di Cyberjaya ini? Jangan risau, soalan korang terjawab di Sana’A Restaurant Cyberjaya. Untuk pengetahuan korang, Sana’a Restaurant Cyberjaya adalah restoran Yemeni yang paling popular di Cyberjaya ini. Seramai 2,478 telah memberikan feedback terhadap hidangan, harga, portion, suasana dan perkhidmatan disini. Kualiti makanan disini memang terjamin. Korang pasti akan suka punyalah. Bukan itu sahaja, tempat ini juga sesuai untuk seisi keluarga makan bersama.

Lokasi Sana ini di 13-G Block B Neocyber Lingkaran Cyberpoint Barat, 63000 Cyberjaya, Selangor dan dibuka setiap hari pada 11 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 010-8182345.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/CyberjayaSanaaRestaurant/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/sanaa_restaurants/

 

3. VOLCANO SHABU SHABU CYBERJAYA – MAKAN MALAM

Korang nak makan steamboat? Korang boleh ke Volcano Shabu Shabu Cberjaya. Dekat sini,  banyak jenis hidangan Seafood yang korang boleh pilih. Sememang segar, juicy dan lembut. Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan pun sangat lah berbaloi. Kalau korang ada rakan-rakan atau keluarga yang ingin makan bersama, korang boleh lah cuba singgah disini. Memang best!

Lokasi restoran ini di P3, 10, Persiaran Multimedia, Shaftsbury Square, 63000 Cyberjaya, Selangor dan dibuka setiap hari pada 11:30 pagi hingga 10:00 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 03-86882890.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/volcanoshabushabu2/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/volcanoshabushabu/

 

4. SALAM NOODLES – MAKAN MALAM

Korang nak makan makanan Chinese tapi tak tahu dekat mana yang halal? Jangan risau, korang boleh ke Salam Noodles. Salam Noodles bukan lah sebuah restoran yang asing lagi kerana restoran ini sangat lah popular dengan makanan Chinese halal. Memang lazat. Kalau korang ada dekat sini, korang boleh cuba Beef Noodle Soup, Xin Jiang Muttin Roast Stick,  Dry Chicken Dumplings, Chicken Salad Noodles dan banyak lagi. Korang pasti akan terpikat dengan keaslian rasanya. Jadi, selamat mencuba!

Lokasi ini di 4810-0-42, 2, Persiaran Flora, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor dan dibuka pada 11 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 03-83209372. 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/salam.noodles/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Klang ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Klang, Selangor. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply