Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

13 Penginapan Terbaik Untuk Percutian Di Kota Bharu Kelantan | Kota Bharu ini masih miliki banyak bangunan lama, masjid indah dan tempat beli belah klasik yang ada di ibu negeri yang berada di Kota Bharu ini.  Percutian di pantai timur yang masih mengekalkan suasana tradisionalnya adalah salah satu tarikan orang untuk datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Tak sabar ingin melihat dengan lebih dekat tarikan – tarikan yang ada di bandar tertua di pantai timur ini? Jangan lupa juga tempat penginapan anda selama di Kota Bharu ini. Di sini kami senarai 13 tempat penginapan terbaik yang ada di Kota Bahru. Tanpa buang masa lagi, jom kita lihat yang mana penginapan yang menarik hati anda.

Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.

1. Staycity Apartments

Staycity Apartments adalah sebuah penginapan yang sesuai bagi anda yang miliki citarasa moden dan mewah. Bilik-biliknya juga luas untuk anda yang memiliki keluarga yang besar. Terletak di dalam kawasan yang strategik kerana tidak jauh dari hotel ini adalah pusat beli belah dan pasar yang popular di Kelantan.

2. Dar Es Salam

Penginapan studio apartment yang ditawarkan Dar Es Salam ini miliki aura yang agak luar biasa ‘homie’nya, dengan petikan kata-kata yang menarik ataupun quote menghiasi setiap sudut apartment. Apartment yang  dihias moden ini juga lengkap dengan kemudahan untuk keselesaan penginapan jangka masa panjang.

3. Dynasty Inn

Dynasty Inn adalah sebuah lagi hotel bajet yang miliki restoran di bahagian atas bumbungnya untuk anda menikmati sarapan sambil melihat pemandangan sekitar bandar. Pilihan makanan yang disediakan untuk sarapan juga cukup banyak, perut kenyang, barulah bersemangat nak bergerak ke seluruh Kota Bharu.

4. Cahaya Qaira Homestay @ D’Perdana Kota Bharu

Ingin nikmati pemandangan yang terindah di sekitar Kota Bharu?Anda patut booking Cahaya Qaira Homestay @ D’Perdana Kota Bharu. Bagi yang bercadang untuk menginap beramai – ramai, dua buah tilam toto turut disediakan dengan percuma sebagai tambahan kepada 2 buah katil bersaiz queen yang disediakan.

5. Flora Place Hotel

Menggabungkan warna natural serta variasi tona warna coklat dan putih dalam 45 buah bilik yang ditawarkan, Flora Place Hotel adalah sebuah penginapan yang selesa untuk anda sekeluarga inapi selama anda bercuti di Kota Bharu. Jangan lupa untuk singgah ke gerai makan yang viral dengan roti titabnya di Kopitiam Kita.

6. Crown Garden Hotel

Crown Garden Hotel adalah sebuah penginapan menarik di dalam bangunan gah berwarna putih. Dari luar sudah terpancar gaya elegan hotel ini yang turut dapat dilihat melalui dekorasi dalamannya. Bilik-biliknya dihias dengan moden, lengkap dengan segala kemudahan penting untuk keselesaan optimum.

7. Cyber Studio Apartment

Cyber Studio Apartment menawarkan bilik moden yang dihias ringkas bertemakan warna natural iaitu variasi tona coklat dan putih, gabungan warna yang sangat sedap dipandang. Biliknya juga lengkap dengan  kemudahan seperti microwave, seterika, peti ais, wifi, tv, pembakar roti dan banyak lagi.

8. Jewels Hotel

Hanyalah beberapa langkah sahaja dari Jewels Hotel anda boleh sampai ke banyak tempat makan bagi hilangkan rasa lapar yang dirasai setelah puas berjalan. Namun, untuk sarapan pagi, anda tak perlu risau kerana bayaran penginapan yang dikenakan adalah termasuk dengan sarapan dari masakan Melayu dan barat.

9. Grand Riverview Hotel

Anda mengidamkan sebuah penginapan yang lengkap dengan banyak fasiliti? Booking sahaja Grand Riverview Hotel. Dekorasi dalaman hotel ini pula cukup moden lengkap dengan katil yang empuk untuk tidur malam yang lena. Pihak hotel turut menyediakan snek percuma di dalam bar mini yang berada di dalam bilik.

10. Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu

Hotel yang dilihat cukup gah dari luar ini juga turut membawa aura yang sama melalui rekaan dalaman, elegan dan moden, lengkap dengan lantai parket, keselesaan yang ditawarkannya agak sukar ditandingi oleh banyak hotel murah yang lain. Pemandangan dari bilik juga agak menarik untuk dilihat.

11. Adha Studio & Suite Kota Bharu

Jika anda tidak membawa kenderaan sendiri sewaktu bercuti ke Kota Bharu, menginap di Adha Studio & Suite Kota Bharu adalah salah satu pilihan penginapan terbaik. Masa yang diambil jika anda jalan kaki dari penginapan ini ke lokasi menarik seperti laman seni, Pasar Siti Khadijah, Muzium Kraftangan dan banyak lagi hanya dalam 10 minit.

12. Sabrina Court Hotel

Sabrina Court Hotel menawarkan bilik yang cukup luas untuk memuatkan anda sekeluarga. Barulah seronok anak anda berlari-lari, tak gitu? Waktu cutilah waktu untuk mereka berseronok sepuas hati. Lokasinya yang begitu dekat dengan kedai makan Nasi Ulam Cikgu yang popular ini mungkin menjadi salah satu sebab anda memilih tempat ini.

13. Al Khatiri Hotel 

Di Arab Saudi atau Malaysia? Menginap di Al Khatiri Hotel boleh buat anda terasa seperti bercuti di negara Arab. Tak perlu bayar mahal untuk sebuah pengalaman penginapan yang semenarik ini konsepnya. Tambahan lagi dengan kebersihannya yang mantap persis sebuah hotel mewah.

 

Bukan main banyak lagi hotel terbaik di Kota Bharu, bukan? Berpinar mata untuk membuat pilihan. Jangan disangka pilihan yang menarik di Kota Bharu ini henti di sini sahaja sebab banyak lagi yang dapat anda temui di Booking.com, bukan sahaja menarik, malahan juga di dalam harga yang sangat berpatutan. Selamat Bercuti!

Share.

Leave A Reply