13 Penginapan Terbaik Untuk Percutian Di Kuala Selangor | Kuala Selangor adalah sebuah bandar berada di barat laut Selangor, Malaysia. Ramai juga orang dari seluruh dunia yang pergi ke Kuala Selangor hanya untuk melihat pemandangan ajaib kelip – kelip yang bercahaya harmoni dalam gelap di sepanjang sungai.

Jika Sekinchan terkenal dengan sawah padinya, Kuala Selangor pula memberi pengalaman dekati kelip – kelip yang pasti sangat mengasyikkan bukan sahaja untuk kanak – kanak, malah orang dewasa juga. Jika anda memilih untuk menginap di Kuala Selangor, di sini ada senarai yang mungki sesuai untuk anda. Tanpa buang masa lagi, jom kita lihat yang mana yang menarik hati anda.

Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.

1. Sweet Home @ Puncak Alam

Menawarkan mandian spa, Sweet Home @ Puncak Alam berada di Kuala Selangor. Penginapan berhawa dingin ini menawarkan tempat letak kenderaan yang disediakan di lokasi dan WiFi percuma untuk tetamu yang menginap. Tempat ini bebas rokok juga berhampiran dengan banyak taman berdekatan.

2. Kuala Selangor Botanic Homestay

Homestay ini ialah penginapan di Kuala Selangor dengan akses ke taman, teres, serta keselamatan seharian penuh. Terdapat pintu masuk peribadi di vila untuk kemudahan mereka yang menginap. Homestay ini menyediakan bilik-bilik dengan penghawa dingin dan WiFi percuma.

3. VI Boutique Hotel

Menawarkan penginapan strategik untuk lawatan melihat kelip – kelip dan eagle feeding, VI Boutique Hotel menyediakan pilihan bilik yang luas, ringkas dan selesa sebagai tempat anda berehat bersama keluarga, selain juga lif yang memudahkan tetamu yang datang bersama anak kecil.

4. Duplex Soho @ I CITY

 

Menawarkan akses terus ke teres dengan pemandangan taman, apartmen berhawa dingin ini terdiri dari dua bilik tidur, di mana bilik tidur pertama miliki katil double dan bilik tidur kedua miliki katil single. TV skrin rata disediakan di homestay ini cukup luas untuk tiga orang dewasa.

5. Sea Lion Firefly Concept Hotel

Sea Lion Firefly Concept Hotel memberi sentuhan unik di bilik – bilik penginapannya yang bakal membuat anda terasa seperti ditemani kelip – kelip sepanjang malam anda di sini. Anda boleh memilih banyak jenis bilik yang mampu menempatkan satu, dua, tiga malah empat orang tetamu dalam satu masa.

6. J Cozy

Apartmen ini terdiri dari sebuah bilik tidur, dapur yang serba lengkap dan juganya sebuah bilik mandi. Disediakan juga tv skrin rata. Tempat penginapan ini menawarkan pemandangan taman. Untuk tetamu dengan kanak – kanak, tempat ini miliki kolam kanak – kanak dan peralatan permainan luaran.

7. KS 80 Homestay

KS 80 Homestay ini punyai empat bilik tidur, TV skrin rata dengan saluran satelit dan dapur yang serba lengkap yang menyediakan tetamu dengan mesin cuci pinggan mangkuk, peti sejuk, mesin basuh, bar mini dan peralatan dapur. Tuala dan linen katil disediakan di rumah percutian.

8. Sea Lion Kuala Selangor Semi-Detached Homestay

Rumah percutian yang luas ini punyai tiga bilik tidur, TV skrin rata, dapur yang serba lengkap dengan peti sejuk dan peralatan dapur, serta dua bilik mandi dengan bidet. Ia juga lengkap dengan dengan tempat letak kenderaan percuma, dan tetamu juga boleh membawa haiwan peliharaan mereka ke homestay ini.

9. De Palma Hotel Kuala Selangor

Jika anda lebih sukakan penginapan berkonsep chalet, De Palma Hotel menyediakan penginapan selesa dekat dengan alam semula jadi untuk percutian yang menarik bersama anak – anak di Kuala Selangor. Penginapan ini menawarkan 48 chalet dan 12 villa ini rata – rata berjaya menggembirakan tetamu yang berkunjung.

10. Paris 1

Penginapan ini miliki kolam renang peribadi, pemandangan gunung dan balkoni, Paris 1 berada di Kuala Selangor. Tempat penginapan ini menawarkan akses ke teres, tempat letak kereta percuma dan WiFi percuma. Penginapan ini punyai lif dan keselamatan sehari penuh untuk tetamu.

11. Kuala Selangor Modern Homestay

Tempat penginapan ini menawarkan akses ke teres, tempat letak kereta percuma dan WiFi percuma. Tempat ini bebas rokok dan hanya 5.8 km dari Sky Mirror Selangor. Tetamu boleh nikmati kolam renang di tempat ini yang boleh memuatkan 16 hingga 25 orang dewasa dengan selesa.

12. Plus Suite 2

Apartmen berhawa dingin ini terdiri dari 1 bilik tidur, ruang tamu, dapur yang serba lengkap dengan mesin cuci pinggan mangkuk dan cerek, serta 1 bilik mandi dengan bidet dan pengering rambut. Homestay ini sangat luas dan bersih untuk pasangan atau keluarga kecil kerana ia boleh muat hingga empat orang dewasa.

13. ECOZY SUITE 3

Ecozy Suite adalah sebuah homestay yang selesa kepada keluarga kecil yang berada di Kuala Selangor. Ianya adalah penginapan dengan kolam renang luaran, teres, restoran berdekatan dan WiFi percuma. Homestay ini miliki kolam renang peribadi percuma yang khas disedia untuk tetamu.

 

Bukan main banyak lagi hotel terbaik di Kuala Selangor ini, bukan? Berpinar mata untuk membuat pilihan. Jangan disangka pilihan yang menarik di Kuala Selangor ini terhenti di sini sahaja sebab sebenarnya banyak lagi yang dapat anda temui di Booking.com, bukan sahaja menarik, malahan juga di dalam harga yang sangat berpatutan. Selamat Bercuti!

Share.

Leave A Reply